mee segera

21 Kesan Buruk Makan Mee Segera

Penangan Mee Segera

Mee segera tidak kalah pada kemahuan setiap orang.

Tarikannya sentiasa menggoda. Bikin air liur meleleh hingga ke dada.

Lebih-lebih lagi apabila makanan dan aroma menggoda disaji.

Apa yang berlaku pada otak bila menghidu mee segera ni?

Apabila aroma mee segera menakluk ruang hidung, aktiflah otak menggali memori lama.

Sedap dan indah mula menjelma.Air liur mula berpesta.

Lambakkannya buatkan kita telan tanpa rasa. Otak keluarkan hormon ghrelin.

Tanda masuknya waktu “berbuka”.Bahagian otak nucleus accumbens juga aktif.

Ini bahagian rewards atau habuan. Ia keluarkan Hormon dopamin – tingkatkan WANTING atau MAHU.

Jengah dopamin bukan jengah biasa. Ia jengah berbisa. Mahu rasa dikota.

Hati dirobek semahu-mahunya. Keinginan bersuara. Menanti penuh teruja.

Perut pula tidak tahu akan derita.

Mee segera kemudian bermaharajalela dengan 12 bahan kimia beracun tersedia.

Persoalanya, sejauh manakah Mee Segera ini selamat untuk dimakan.

Baca perkongsian saya lanjut.
.
.

Kandungan Mee Segera

  • Tinggi garam

  • Tinggi perasa

  • Mengandungi lemak trans fat

  • Menyebabkan kegemukan

  • Rendah zat makanan

  • Highly processed food

.
.

10 Ramuan Yang Terdapat dalam Mee Segera

potions_neuro

1. Kalsium Sulfat : Kapur Paris.

2. Asid Tartarik : Bahan kimia yang digunakan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3. Kalsium Oksida : Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4. Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ) : Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5. BHT : Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6. Propyl Gallate : Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7. Pentasodium triphosphate : Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8. Propylene Glycol : Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9. Polydimethylsiloxane : Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10. Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf mungkin menjadi penyebab kanser.
.
.

Kesan Mee Segera Pada Otak

brain_waves

Pagi ni review pembentangan kajian pelajar. Teruja sikit. Kajian lihat brainwave manusia.

Menariknya kajian tentang makan mee segera beri kesan ke atas gelombang otak.

Sebelum makan gelombang otak diukur dengan mesin neurofeedback.

Selepas makan diukur lagi.

Mungkin ada yang bertanya gelombang apa yang mahu dilihat.

Jawabnya gelombang alpha.

Bila tenang, nak belajar, nak kusyuk perlu gelombang ni.

Peserta diuji 5 kali. Maksudnya 4 kali mereka hadap mee segera ni. Sebelum makan peserta ujian diuji ada atau tidak gelombang alpha.

 ada gelombang alpha sebelum makan. 

brain wave_neuro

Selepas makan kali pertama, menurun gelombang. Hampir mencecah gelombang beta.

Selepas makan 4 hari berturut turut, gelombang terus turun ke beta. Serabut sikit fikiran.

Mesej kajian senang sahaja. Tak yahlah makan mee segera. Tak bantu otak pun. Gitu
.
.

Keburukan Mee Segera Pada Tubuh:

Kanser

kanser

Satu bahan bernama Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ) iaitu bahan tambahan dalam makanan yang diproses yang murah dijumpai dalam mee ini.

Kalau lihat pada 10 ramuan diatas, TBHQ ini adalah produk yang terhasil daripada industri petroleum.

Pengambilan bahan ini boleh memudaratkan kesihatan.

Pada tahun 2012, Pentadbiran Makanan dan Perubatan Korea Selatan (KFDA) telah menemui bahan yang boleh mengakibatkan kanser dalam enam jenama mee segera yang berbeza.

Bahan itu dikenali sebagai 'Benzopyrene'. Bahan boleh menyebabkan kanser.

Ada satu lagi bahan dalam Mee Segera terdapat yang dipanggil 'Styrofoam'

Juga merupakan punca menghidapi kanser.

Hati-hati bila nak jamu diri sendiri.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
.
.

Buah Pinggang

kidney

Dalam Mee segera ada bahan merbahaya dipanggil Glikol Propylene”.

Bahan yang digunakan ini boleh menghalang mee dari pengeringan dengan mengekalkan kelembapan.

Jika dimakan berlebihan boleh merosakkan buah pinggang.

Disebabkan andungan bahan tersebut mudah diserap oleh badan dan ia berkumpul di dalam buah pinggang.

Sekaligus menyebabkan keabnormalan dan kerosakan kepada kawasan-kawasan tertentu.
.
.

Tekanan Darah Tinggi

darah tinggi

Kandungan Sodium atau istilah nama lain adalah garam tak dapat disangkal lagi.

Jika diambil dengan kadar yang berlebihan akan menyebabkan tekanan darah tinggi.

Pengambilan sodium yang tinggi mungkin memberi kesan negatif kepada seseorang yang alah terhadap garam.

Kajian menunjukkan bahawa mengurangkan pengambilan sodium adalah sangat baik bagi mereka yang mempunyai sensitiviti terhadap garam.
.
.

Keguguran

miscarriage_neuro

Ibu mengandung makan, beri kesan pada anak yang dikandung dalam rahim.

Pembangunan janin tidak kuat jika selalu mengambil mee segera.

Tambahan pula mengandungi banyak bahan kimia tinggi dalam mee dan perasa sehingga menyebabkan komplikasi terhadap kandungan.

Ibu menyusu makan, beri kesan pada anak yang menyusu.

Kalau boleh cuba elakkan. Elakkan mee segera ini dari simpan dalam rumah.
.
.

Sel Otak Mati

brain damage_neuro

Ada kajian menunjukkan kandungan MSG memberi kesan negatif kepada kesihatan otak.

Berdasarkan kajian tersebut, didapati MSG boleh menyebabkan kematian sel-sel otak yang matang.

Ada sesetengah orang yang mungkin mempunyai masalah kesihatan sensitiviti terhadap MSG maka haru mengehadkan pengambilannya.
.
.

Migrain

migrain_neuro

Kandungan Monosodium Glutamat (MSG) yang digunakan untuk meningkatkan rasa mee segera berisiko mendapat migrain.

Lebih-lebih ada sebahagian yang alah dengan MSG, apabila diambil dalam diet seharian mereka.

Akhirnya akan mengalami sakit kepala yang teruk.
.
.

Obesiti

childhood-obesity

Makan Mee adalah punca utama obesiti.

Mee mengandungi jumlah lemak dan jumlah natrium yang tinggi.

Ia juga menyebabkan pengekalan air dalam badan yang menyebabkan peningkatan berat badan berlebihan.Apa yang berlaku bila seseorang itu obese?

  • risiko diabetes
  • menganggu sistem imunisasi
  • prestasi otak merosot
  • ganggu sistem memori
  • mengecilkan orbitofrontal cortex

.
.

Lemahkan Daya Ingatan

brain disorder

Mee segera tidak memperoleh nutrient yang penting untuk pertumbuhan.

Paling ketara adalah zat besi dan vitamin.

Kekurangan zat besi akan menjejaskan perkembangan otak.

Seeloknya, elakkan anak-anak dari terbiasa makan mee segera ini.
.
.

Ganggu Hormon Dalam Badan

sex hormones

Bahan kimia yang mengandungi dalam Mee Segera iaitu Bisphenol A (BPA) dalam plastik bungkusan Mee Segera boleh menyebabkan hormon dalam badan terganggu.

BPA ini boleh menyamar jadi hormon estrogen (hormon lelaki).

Kebiasaannya jika wanita kerap mengambil mee segera ini, boleh menganggu kestabilan hormon estrogen dalam badan.

Yang menyebabkan kitaran hadi terganggu.

Lelaki pula, jika selalu makan mee segera beri kesan pada hormon seks.

Hormon seks akan berkurang dan menurun.
.
.

Kerosakan Usus

intestinal-neuro

Mee segera ambil masa lama untuk dihadam.

Ia mengandungi nutrien yang sedikit boleh menyebabkan sembelit.

Buat usus kerja lama.

Ada yang bertanya berapa hari usus nak proses?

7 hari itu masanya. Lama tu.

Fikir-fikirkanlah..
.
.

Metabolisme Menurun

low metabolisme

Pengambilan mi segera menjejaskan metabolisme badan, kerana bahan-bahan kimia seperti bahan tambahan, pewarna dan bahan pengawet di dalam mee segera.

Bahan dalam mee segera dipanggil “Glikol Propylene” yang mempunyai anti-beku. 

Bahan ini digunakan kerana ia menghalang mee dari pengeringan dengan mengekalkan kelembapan.

Ia melemahkan sistem imun badan kita.

Ia mudah diserap oleh badan dan ia berkumpul di dalam buah pinggang, jantung dan hati.

Ia menyebabkan keabnormalan dan kerosakan kepada kawasan-kawasan tertentu.
.
.

Kerosakan Mata

penglihatan kabur

Bahan yang terdapat dalam Mee segera mengandungi bahan yang bertoksid tinggi.

Kebiasaan bahan dimasukkan untuk kekalkan jangka hayat mee tersebut.

Semestinya bahan yang 'harsh' sebegini menyebabkan penglibatan jadi kabur.

Sehingga banyak kesan sampingan lain yang beri kesan terhadap tubuh badan kita.

Badan bukan untuk diguna untuk setahun dua.

Kita mahu pelihara badan untuk jangka masa yang panjang.

Sayangi anggota tubuh anda sendiri.
.
.

Tiada Serat & Nutrisi

maggi_neuro

Mee menghalang penyerapan nutrien untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

Mee segera boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah kekurangan zat makanan, kegemukan dan kurang berat badan.

Berikut merupakan kenyatan dari pakar UNICEF.

Mee segera penuh karbohidrat, tidak mempunyai vitamin, serat dan mineral. Sebab itu mee segera dianggap sebagai makanan ringan.

Mahukah kita jamu makanan sebegini kepada anak?
.
.

Mengandungi Bahan Kimia & Pengawet

neuro_chemical

Tahukah anda?

Mee Segera mengandungi 12 bahan kimia beracun tersedia.

Usus akan dirobek semahunya. Ditusuk seadanya. Dibunuh bakteria baik yang sedang bertakhta.

Hmmm penangan mee segera.

Bau menggoda. Penuh perisa.Masuk tubuh jadi bisa.

Ingat, apa yang kita makan itulah yang ada dalam tubuh kita.

Jika makan makanan sihat, maka sihat tubuh badan kita.

Jika makan makanan tidak berkhasiat, maka rosaklah seluruh tubuh.

Apa kata lepas ini kurangkan ambil mee segera. Kalau boleh tak ambil langsung lagi bagus.

Boleh boleh?

.
.

3 Sebab Kenapa Mee Segera Tetap Menjadi Pilihan Pertama di Pasaran?

1. Harga yang mampu milik
2. Sedap lagi mengenyangkan
3. Pantas, cepat dan segera!

Orang kata masa itu emas, ada orang yang sanggup spend waktu untuk makan.

Namun, ada juga golongan yang berperang dengan waktu untuk sediakan makanan.

Contohnya, macam golongan ibu ibu yang bekerja, dalam masa yang sama nak masak dan uruskan anak serta keluarga. Pasti terkejar2 dengan masa.

Sampai time nak masak tu kadang terpaksa masak yang segera2 asal perut keluarga terisi penuh bahagia.

Tak kurang juga yang kalut raya baru2 ni. Gara2 rumah diserbu sampai habis juadah raya, ibu ibu terpaksa hidangkan mi segera untuk tetamu yang ada.

Walau tetamu happy puas hati, namun jauh disudut hati pasti ada rasa guilty bila "terpaksa" hidangkan mi segera yang semua sedia maklum dari segi khasiatnya.

Ishhh... Bila tgk situasi ni, terus terlintas difikiran. Mesti bestkan bila ada mi segera versi sihat, sedap dan segera. 
.
.

Mee Sihat Pertama di Malaysia!

mkn_neuro

Mee Kari Nyonya OCOC.

Produk yang utamakan sihat dan sedap.

Setakat ni tiada lagi produk macam ni dekat Malaysia bahkan di luar negara.

Kanada pun tiada. Orang sana terpesona dengan rasa baru produk ni.

Tak pernah rasa yang seperti ni lagi katanya.

Berbeza terus dengan produk yang biasa dimakan. Ada rasa sihat tu.

Jadi, aku ingin sahut cabaran itu.

Want to make it a reality. Bukan sekadar mimpi.

Maka bermulalah proses pembuatan disertai dengan banyak sampel untuk dicuba.

Dirasa. Dinilai.

Setiap satu diambil kira. Tiada yang tertinggal. Dari kualiti bahan yang digunakan.

Dalam perancangan, aku ingin utamakan 4 sekawan ini.

  • Tanpa MSG
  • Tanpa Pengawet
  • Tanpa Perisa Sintetik
  • Tanpa Pewarna Tiruan

Dari segi kualiti dan tekstur mee. Rasa perencah cili. Takat serta kepekatan diuji.

Pedas tu kena seimbang.

Tak mahu lah tak pedas nanti tak kick rasanya.

Tak mahu juga lah terlalu pedas sampai tercirit tak sudah.

Dan kualiti bahan packaging yang tidak bahayakan nyawa. Bebas kimia berbahaya.

Perjalanan ini semestinya makan masa, kudrat dan wang ringgit.

Tapi berbaloi. Worth the struggles bak kata orang putih.

Produk istimewa Mee Kari Nyonya OCOC ini membuat penampilan yang kejulung kalinya.

Produk masak-hidang pertama di Malaysia. Seminit siap.

Boleh diolah jadi pelbagai jenis masakan ikut citarasa.

Berlauk, berkuah, reneh, rebus, saute, goreng kilas dan sebagainya.

Letak sayuran hijau. Letak udang, sotong, ayam atau daging.

Produk yang utamakan sihat dan sedap.

Setakat ni tiada lagi produk macam ni dekat Malaysia bahkan di luar negara.

Kanada pun tiada. Orang sana terpesona dengan rasa baru produk ni.

Tak pernah rasa yang seperti ni lagi katanya.

Berbeza terus dengan produk yang biasa dimakan. Ada rasa sihat tu.

.

.

Kisah 6 Beranak Jamu Mee Segera di Pagi Raya

Gara gara raya opocot terkezuttt baru ni.

Ramai yang tak sempat nak masak juadah raya utk dihidang di pagi Syawal yang mulia.

Tu yang sampai tular di social media, ada family yang terpaksa jamah mi segera di pagi raya.

Tak caya tengok berita penuh DI SINI

Ni betul betul juadah ekspres ni! Asal perut terisi.

Namun, cuba kita sama sama bayangkan, impak keburukan Mee Segera ini kepada kita?

Lebih indah dan syioknya pagi raya andai makanan ekspres yang dijamah itu.

Versi segera yang sihat lagi sedap.

Mee mana kalau bukan Mee Kari Nyonya OCOC.

Nak jamu pada tetamu pun tak segan mana. Dah nama lagi sihat.

Mudah dan senang disediakan. 

Buat mi ‘kosong’ saja pun boleh. Atau nak campur tauge, ayam, telur pun okey juga.

Kalau saya letak telur ayam kampung dua biji.

Tak payah nak buat hard boil egg lagi.

Rupa dan rasa dah macam kita masak sendiri.

Kasi hias hias sikit nak nampak macam masakan rumah.

Betul tak yang dah cuba?

Cuma kena standby kat dapur. Anytime siapa nak datang pun tuan rumah bersedia.

Tak de ler nak kalut kan.

Ramai yang tanya, betul ke MKN ni tiada MSG? Ada yang was was.

KLIK SINI untuk artikel penuh.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top