Anak Asyik Dengan Gajet dan Ini Kesannya Pada Otak

Hari selasa. Macam biasa tunggu anak. Kuching dibasahi rahmah Allah.

Aku pandang luar. Lihat pelajar-pelajar sekolah. Masing-masing menjinjing telefon bimbit. Sibuk dengan dunia maya mereka.

Ada yang tengok sendirian. Ada yang tengok beramai-ramai dan ketawa.

Aku teringat terima mesej dari teman.

Kisah anak asyik dengan gajet. Masih kecil tetapi tidak boleh lekang. Makan, minum dan tidur dengan gajet. Sentiasa di tangan.

Apabila diambil mengamuk sakan. Menjadi pemarah. Makan pun sudah tiada selera. Mata merah.

Apabila membaca tentang mesej beliau aku geleng kepala. Tarik nafas. Kesian pada anak-anak sebegini dan ibubapa.

Ramai tidak sedar bahayanya gajet ini untuk anak-anak. Walau ada yang kata bagus untuk perkembangan anak, mohon faham itu adalah marketing orang berniaga.

Kajian menunjukkan kanak-kanak dan remaja guna gajet lebih dari 7 jam sehari.

Menakutkan!!

KESAN GAJET TERHADAP ANAK-ANAK (Kajian dari University of Washington)

1. Berlaku gangguan pada kemampuan untuk beri perhatian dan fokus

2. Perkembangan otak terbantut

3. Pembelajaran terganggu. Bahasa mudahnya anak-anak jadi BODOH. TERENCAT.

Kajian dari Harvard University lebih menakutkan.

Mereka ini jadi seperti penagih dadah.

Imbasan otak yang diambil ke atas penagih gajet dan penagih dadah menunjukkan kesan yang sama.

Menginsafkan.

Sebab itu apabila gajet diambil mereka mengamuk dan menggila. Jadi pemarah. Bercakap tetapi mata tidak pandang pada ibubapa.

Apabila gajet diguna di waktu malam. la ganggu tidur. Waktu tidurlah otak akan membesar.

Apabila tidur diberi diskaun tidak terganggukah proses membesarnya otak?

Apa berlaku apabila otak kecil. Tidak membesar seperti sepatutnya?

Sanggupkah kita lihat anak anak kita menjadi terencat di depan mata?

Lebih buruk ialah ia hasil kerja tangan kita?

Apabila memberi perlu berhati. Perlu perhati. Buatkan limitasi.

Anak-anak yang guna gajet lebih dari dua jam sahaja juga terganggu psikologi mereka.

Mereka lebih mudah terkena penyakit kemurungan, menjadi agresif, anxiety juga mudah terganggu emosi.

Gajet tidak sesuai dengan anak-anak. Walau mereka suka. Walau kita rasa tidak apa.

Cukup-cukuplah. Sudah-sudahlah. Ada yang akan bertanya bagaimana nak atasi.

Nak tahu?​

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

Scroll to Top