3 Cara Untuk Perbaiki Bahagian Otak Yang Mengawal Emosi

Limbik adalah bahagian otak yang penting. la proses emosi. Stabil limbik maka stabillah hidup.

Limbik yang tidak stabil sebabkan manusia meroyan. Memaki orang tidak tentu pasal. Murung dan sedih tidak kira tempat.

Limbik pengaruhi Prefrontal Cortex (PFC) – CEO otak kita. PFC tempat buat keputusan. Pusat rasional.

PFC bahagian selesai masalah. Limbik ada pengaruh besar ke atas PFC ini. Limbik yang tidak stabil pengganggu utama PFC.

Dalam Limbik ada lima pecahan kecil. Kita Fokus pada tiga dahulu:

limbic system

1. Amygdala – bentuknya seperti almond. Tugasnya proses emosi yang berkaitan dengan ancaman dan rasa takut.

Apabila kita takut tempat gelap, lipas atau rasa bahaya melihat orang-orang tertentu, amygdala akan menjadi super aktif. Tugasnya beri amaran pada kita

2. Hippocampus – bentuknya macam kuda laut. Bantu bentuk memori yang kita bina dan pindahkan ke memori jangka panjang.

Apabila kita sebut “Sampai mati aku takkan lupa apa yang kau buat kat aku,” kita sedang alihkan memori kita ke meori jangka panjang.

3. Hypothalamus – saiznya seperti mutiara Sabah. la kawal bahan kimia di otak yang berkaitan dengan lapar, seksual, mengantuk, seronok, marah dan duka.

Limbik boleh di stabilkan. Boleh diberi ekstra power dengan TIGA cara mudah:

1. Senaman – semudah berjalan kaki.

2. Suplemen dan vitamin – suplemen yang mengandungi omega 3 dengan kandungan tinggi EPA dan S-adenosylmethionine lahirkan mood gembira.

3. Passion – Cari perkara atau benda yang kita ada passion. Passion sangat membantu limbik.

Tiga perkara ini MUDAH dilakukan. Semuanya berasal dari kajian SAINTIFIK. Terbukti secara KLINIKAL.

Ramai beroleh manfaat.

Anda Juga Mungkin Berminat

Oregano Bukan Sekadar Herba Piza: Ini 8 Kelebihan Oregano Yang Ramai Tak Sedar Boleh Sokong Kesihatan Tubuh

Waktu Sesuai Makan Epal: Ramai Makan Betul, Tapi Waktunya Salah

Makan Labu Selalu, Ini Yang Berlaku Pada Gula Darah, Kulit & Jantung Anda

Minum Air Lemon Garam Waktu Pagi: Rahsia Hidrasi Pantas Selepas Bangun Tidur

Selalu Rasa Cemas Tanpa Sebab? Ramai Tak Sangka Rock Melon Boleh Bantu Tenangkan Anxiety Secara Semula Jadi

Kubis Selalu Jadi Lauk Sampingan, Rupanya Ada 18 Kebaikan ‘Hidden’

Scroll to Top