Kesan Menjaga Binatang Peliharaan

TETAMU TAK DIUNDANG

Petang tadi muncul seekor anak kucing. Berwarna putih. Malnutrisi. Diselamatkan kerana hampir menjadi mangsa langgar.

Bila dijamu makan, dia rakus menelan. Langsung tak pandang kiri kanan. Maklumlah yang dijamu adalah ikan.

Sudah ada enam ekor semuanya. Seekor buta sebelah mata. Tiga anak beranak pulak sihat adanya. Lagi satu mangsa trauma.

Yang bertandang menagih kasih dan makanan pula hampir buta dua mata. Dibuang tuan kerana menjadi beban. Bermukim di rumah mengharap suapan.

Menjaga binatang peliharaan ada kesan pada otak. Kesannya luar biasa.

Pada otak rembesan oxytoxin berlaku. Hormon ini juga dikenali sebagai ‘Love Hormone’.

Berkait rapat dengan kasih sayang. Otak sangat dambakan kehadiran hormon ini.

Kesan hadirnya hormon ini pada diri kita mengujakan. Minda jadi senang dan tenang.

Mulut sentiasa menguntum senyuman. Tambahan pula dopamin dirembeskan.

Dopamin ini dikenali sebagai “Feel Good Hormone”. Hadirnya pada otak sentiasa diidamkan. Bukti hebatnya ciptaan Tuhan.

Ada sedikit rasa ehsan dan kasihan mengundang impak positif.

Bahagian otak bernama ventral tegmental area (TVA) akan menjadi aktif.

Letaknya hanya dibelakang telinga manusia.

TVA ini adalah tempat bertumpunya motivasi.

Mahu kekalkan motivasi aktifkan kawasan ini. Di sini juga oxytoxin, dopamin dan vasopression berkonsentrasi.

Ada rasa kasih dan belas pada haiwan mengundang kehadiran hormon-hormon yang baik pada otak. Keluarga akan bahagia. Anak-anak lebih ceria.

Ini dapatan kajian bukan mereka-reka.

Andai mahu hadirkan hormon-hormon ini, keluarkan ehsan dan kasihan pada haiwan.

Tidak ada apa perlu dimalukan. Kesan pada otak menakjubkan.

Ada pahala pula sebagai balasan.

Anda Juga Mungkin Berminat

7 Kesan Perubahan Iklim pada Badan Ramai Tak Sedar

Rahsia Puasa Enam: Bukan Sekadar Ibadah, Tapi ‘Reset’ Otak & Badan Anda!

Kesan El Nino Kepada Badan: Kenapa Ramai Tiba-Tiba Cepat Letih, Sakit Kepala & Mudah Stress?

Rahsia Anak Lebih Bijak & Fokus: Aktiviti Berseni Bantu Otak Anak Perform Secara Semula Jadi!

Rahsia Terapi Muzik untuk Otak: 4 Cara Mudah Tajamkan Memori & Fokus

Tips Jaga Otak Ketika Shift Malam: 5 Cara Elak Otak “Burnout” Walaupun Kurang Tidur

Scroll to Top