Kelebihan Minyak Kelapa

Apa Berlaku Pada Tubuh Sejurus Selepas Ambil Minyak Kelapa?

Pernah berguru sebentar dengan Dr Robynne Chutkan. Dia seorang gastroenterologist. Seorang pakar usus.

Belajar dengan beliau menarik. Aku menjadi seorang yang suka bertanya soalan. Sebabnya?
Dia seorang suka menjawab soalan dengan bercerita.

Satu hari aku tanya tentang minyak kelapa. Bahaya atau tidak. Banyak penulisan di media letakkan minyak kelapa sebagai bahaya.

Jawapan Dr Chutkan aku rumuskan seperti berikut:

1. Minyak kelapa masuk dalam kategori saturated fat. Biasanya disebut tidak bagus. Minyak kelapa ini lain sikit sifat saturated fatnya.

Dia masuk dalam medium chain triglycerides (MCT) bukan long-chain triglycerides (LCT) . Yang bahaya ialah LCT.

Aku angguk. Aku tanya lagi bukankah saturated fat akan membentuk lemak pada liver?

Seperti biasa. Dr Chutkan bercerita dulu sebelum menjawab. Katanya:

2. Apabila minyak kelapa masuk ke dalam badan ia terus pergi ke liver.

Minyak Kelapa

Masuk sahaja ditukar kepada tenaga bukan disimpan sebagai lemak. Dia beri contoh kajian-kajian perihal ini.

Sekali aku angguk. Asyik angguk sahaja aku dibuatnya.

Dr Chutkan tambah lagi. Katanya minyak kelapa tingkatkan metabolisme badan.

Tubuh jadi lebih efisien dalam memproses makanan. Natijahnya, badan jadi kurus.

Pada masa itu terdengar bunyi tepukan tangan rakan-rakan lain. Mereka seronok. Bahagia beb kurus dengan minyak kelapa.

Dalam bunyi suara ramai itu, Dr Chutkan menambah lagi.

Katanya MCT ini diproses menjadi ketone. Ketone ini boleh dianggap sebagai minyak kepada sel otak (yang ini aku tambah).

Ketone kurangkan selera makan, tingkatkan fokus dan tajamkan memori.

Aku bersuara lagi. Maklumlah duduk di depan sekali. “Jadi berbaloilah kita ambil.”

Dr. Chutkan senyum. Sambil mengangguk dia menjawab “Mesti ambil. Saya sendiri ambil setiap hari.”

Aku angguk lagi. Kali ini ligat kepala memikir kat mana mahu beli.

Banyak lagi nak cerita. Nanti-nantilah. InshaaAllah.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

6 Kelebihan Daun Kucai Selain Penyedap Rasa

Scroll to Top