Ini ‘Kesan’ Obesiti Ke Atas Kanak Kanak

Dulu dulu kalau tengok badan gempal nampak comel je.

Tu dulu lah. Tapi sekarang ni kalau tengok rasa kesian dan menakutkan.

Mungkin ada yang tertanya tanya kenapa?

Obesiti ada kesan langsung pada otak.

Kesan dia ni berbeza pada orang dewasa dan kanak-kanak.

Obesiti pada kanak-kanak sebabkan bahagian otak bernama Orbitofrontal Cortex mengecil.

Mereka menjadi impulsif. Buat tanpa fikir.

Kesan juga boleh dilihat pada kemerosotan prestasi akademik dan kokurikulum.

Obesiti juga ganggu sistem imun kanak-kanak.

Juga sebabkan keradangan ke dalam sistem tubuh mereka.

Keyakinan diri anak pun merudum. Digelar pelbagai jenis nama haiwan.

Kesianlah kan. Kecil lagi tubuh dah mula rosak.

Macam kita beli tong sampah baru.

Tong sampah akan cepat kotor kalau tak letak plastik.

Dinding dalam mulalah berdaki. Main spray dengan air pun dah tak keluar.

Macam tulah berlaku pada tubuh anak anak ni.

BACA 18 TIPS DR RIZAL UNTUK OTAK SIHAT & CERDAS

Kajian dalam jurnal National Library of Medicine tahun 2023 dapati,

Obesiti pada kanak kanak mengakibatkan masalah kesihatan seperti,

Diabetes, asthma, radang hati, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, sleep apnea dan GERD.

Apabila mereka tumbuh dewasa kelak.

Kesian kan?

 

Jadi tak payahlah bagi benda manis melampau.

Macam ais krim, yogurt berperisa, atau donut yang ditabur macam macam tu.

Makanan ‘highly processed’ seperti nuget, sosej, piza, burger, fries dan makanan sejukbeku.

Jangan ikutkan apa yang anak inginkan.

Kita yang tua bangka ni pun ikutkan atas sebab ‘sayang’.

Kalau saya betul betul sayang anak, saya tak bagi makan benda benda macam ni.

Untuk orang dewasa yang berperut buncit pun kena hadam benda ni.

Kebuncitan itulah ladang segala penyakit kronik.

Sebabkan otak jadi kecil dan mengecut.

Sama juga kalau badan asyik membesar sebagai johan. Kesian ke otak.

Obesiti juga sebabkan bahagian otak bernama Striatum jadi kurang sensitif.

Akibatnya kita akan terus makan. Terliur dan teruja melihat makanan.

Ulang ulang makan. Walaupun dok kata nak diet.

Otak ni tak de spare part. Kalau rosak habislah. Selamat jalan Romeo jawabnya.

BACA BAGAIMANA TUBUH MEMPROSES MAKANAN SEGERA?

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top