Kesan Stress Pada Badan & Cara Atasinya

“Aku stress betul!

“Aku tension !!!”

Ini adalah contoh-contoh perkataan yang biasa kita dengar.

Stres kronik lebih buruk dari yang dibayangkan. Impak kepada otak sangat besar. Kesannya kepada memori menakutkan.

Hormon stress seperti cortisol adalah umpama gergaji dua mata.

Stres menyebabkan kemurungan. Menyebabkan bahagian limbik otak menjadi aktif.

limbic system

Limbik yang terletak di belakang telinga adalah pengurus emosi. Apabila aktif, emosi menjadi tidak stabil. Selera makan berubah.

Selain gangguan kepada memori dan emosi, stress menyebabkan rambut gugur. Mahu merawat rambut gugur, tangani stress dulu.

KESAN STRESS

  • Melemahkan memori
  • Kemurungan
  • Emosi tidak stabil
  • Rambut gugur
  • Mengurangkan vitamin dan mineral tubuh
  • Cepat nampak tua
  • Kulit berkedut

Stres juga mengurangkan vitamin dan mineral dalam tubuh manusia. Antara yang menjadi mangsa ialah vitamic C , B dan magnesium.

Tidak cukup dengan kesan ke atas vitamin dan mineral, stress dengan hormone homocystein akan menghilangkan kolagen di dalam tubuh. Kita akan cepat nampak tua.

Kulit berkedut. Andai diletak losyen, bedak kompak, atau lain-lain rawatan muka ianya akan kekal kedut. Bayangkan muka yang lesu dan berkedut-kedut.

Cara mudah elakkan kedutan pada wajah ialah dengan tangani stress itu. Kulit akan kembali normal. Kita tidak akan nampak tua sebelum usia.

Berjalan adalah cara mudah tangani stress. Ianya percuma lagi bermanfaat. Tidak membebankan.

Berjalan selama 15 minit sahaja sudah menurunkan cortisol sebanyak 12.4%.

Apa akan berlaku apabila kita berjalan lebih dari 15 minit?

Jaga pengambilan vitamin C. 250mg di waktu pagi dan 250mg sesudah makan malam boleh menjadi penampan yang baik. Ianya akan letakkan stress dalam sangkar kawalan.

Ucapan ‘aku stres’ tidak akan membantu. Ungkapan seperti itu adalah seperti mengukir nama di atas simen yang basah. Ia kekal.

Katakan

" Semuanya dalam kawalan "

" Perkara ini boleh ditangani "

Kata-kata seperti ini lebih membantu.

Kena cuba. Baharu tahu.

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

Scroll to Top