Apa Penyebab Anda ‘Ketagih Makan’?

Setiap kali dijamu dengan makanan enak, mesti rasa happy semacam.

Tahap happy meningkat 2 kali ganda lagi lagi kalau ada orang belanja makanan sedap.

Pekena pula nasi kandaq kuah banjiq memang merecik bak kata.

Sebab OTAK rembeskan banyak hormon happy iaitu Dopamine, GABA, Serotonin.

Namun, jika berlebihan undang padah.

Berlaku ketagihan makan. Ketagihan rampas fungsi OTAK.

Sel neuron rembes terlalu banyak Dopamine.

Dopamine ini kemudian masuk ke dalam Nucleus Accumbens.

Letaknya di belakang sideburn Tuan/Puan.

OTAK jadi ibarat ambil ‘dadah’.

Akibatnya, lahirlah rasa ‘high’ – seronok berganda dengan makanan.

Nucleus Accumbens juga berkait rapat dengan motivasi & memori.

Motivasi untuk ‘nak makan’ terus meninggi.

Punca ‘stress eating’ dan ‘binge eating’.

Tak hairan lah kalau yang dulu kurus sekarang ni melebar dengan penuh jayanya.

Lagi satu, Dopamine juga gemar benor berinteraksi dengan Pak Aji.

Nama penuh Pak Aji ialah Monosodium Glutamate.

Makanan dekat luar sana penuh padat dengan Pak Aji.

Pak Aji punca kebanjiran Glutamate dalam tubuh.

Macam mana nak elak jadi begini?

Ambil makanan sihat. Makanan sebenar. Makan hanya sekadarnya.

Boleh begitu?

Anda Juga Mungkin Berminat

Kenapa Berbuka Dengan Kurma Dahulu? Ini Hikmah Kesihatan Yang Jarang Dikongsi

Menu Ramadan Penentu Tenaga dan Emosi Anak-Anak

Kesan Penggunaan Handphone Sebelum Tidur: Punca Tidur Tak Lena Ramai Tak Sedar

Rahsia Terbongkar: Makanan Mengganggu Tidur Buat Anda Penat Setiap Pagi!

Tips Tidur WWW: 3 Amalan Sebelum Tidur Yang Ramai Tak Buat

Tidur Nyenyak Dengan Cahaya Matahari? Ini Sebab Ramai Tak Sedar Kesannya Pada Otak

Scroll to Top