6 Sebab Kenapa Kita Ketagih Kepada Simple Carbo

Jam dah pukul 4. Masa untuk pulang semakin menghampiri.

Syanie lihat jam sekali lagi. Mahu pastikan.

Hari ini lain sikit rasanya. Mulut rasa seperti mahu kudap sesuatu.

Sedari pagi lagi perasaan mahu berkudap ini bermukim.

Tangan dan mulut Syanie jadi ringan.

Bertanya teman, “Makan apa kau ada? Biskut ada? Mee segera ada?”

Teman Syanie, Kak Kiah faham dengan gelagat Syanie.

Kalau dah naik syeikhnya habis semua makanan mahu dirembat Syanie.

Hari ini Syanie tidak peduli. “Diet miet,” katanya dalam hati.

“Janji craving aku ni hilang.” Tambah Syanie lagi.

“Nyum nyum. Esoklah diet balik!” Syanie terus bermonolog sendirian.

Syanie bukan sendirian dalam hal rasa nak berkudap ini.

Ramai orang alaminya. Mungkin anda sendiri atau orang yang ada kenal alaminya.

Ada 6 sebab kenapa kita tiba-tiba menjadi monster untuk berkudap.

Semua makanan nampak sedap pada waktu itu.

Pastinya tiada kata-kata atau manusia dapat menghalang craving luarbiasa pada saat itu.

Antara sebab kita ketagih pada makanan simple carbo seperti biskut, donut, jajan, roti canai dan lain lain ialah kerana:

1. Diet karbo ringkas – tubuh manusia akan proses makanan simple carbo dengan cepat.

Habis sahaja akan ada permintaan baharu.

Makanan simple carbo tidak bertahan lama. Jadikan kita cepat lapar.

Tubuh akan minta makan lagi. Di mulut kita akan terpacul perkataan “Lapar lagilah.”

Kata-kata ini akan sebabkan kita mencari makanan untuk dijamah.

Makin dijamah makin sedap. Sukar untuk berhenti. Begitulah ia berulang ulang.

Hinggalah kita membesar sebagai johan, menjadi jalur lebar.

2. Dopamin lintang pukang – dopamin adalah hormon feel good.

Ia keluar apabila motivasi meningkat. Keluar apabila kita capai sesuatu. Bantu kita terus lakukan perkara baik.

Sistem dopamin ini di hijack apabila kita ambil makanan simple karbo.

Makanan proses yang punya kandungan gula yang tinggi, tinggi perisa tambahan, guna gajet atau sosial media berlebihan.

Semua ini jadi punca dopamin keluar berpesta.

Mahu keluarkan dopamin bukan melalui makanan atau sosial media.

Ia semudah berjalan keluar dari bilik. Dapatkan sentuhan mentari.

Pasti dopamin akan turun keluar memberi bahagia.

3. Dehidrasi juga jadi punca kepada ketagihan makanan karbo ringkas.

Kita selalu tertipu antara lapar dan dahaga. Selalunya dahaga tertukar dengan lapar.

Natijahnya, ‘makanan’ dikudap. Sepatutnya air yang diminum.

Biasanya apabila air diambil, pasti ‘lapar’ itu akan hilang.

Perasaan ‘lapar’ itu asalnya adalah mesej tubuh perlukan air yang dihantar.

4. Tidur tidak cukup – Ya, gangguan pada tidur tingkatkan rasa ingin berkudap.

Puncanya ialah pada gula dalam darah menjadi tidak stabil.

Letih meninggi. Craving meningkat. Tubuh minta diisi lagi.

5. Jangkitan usus – Jangkitan pada usus sebabkan kulat candida tumbuh.

Sumber makanan candida ialah gula.

Apabila candida mula merakyat, ia pengaruhi keputusan kita untuk makan.

Caranya ialah menghantar signal yang tidak sepatutnya kepada otak.

6. Kekurangan Nutrisi – Nutrisi seperti magnesium, chromium dan vitamin B penting untuk menghalang craving atau ketagihan pada makanan.

Kekurangan chromium contohnya sebabkan glucose intolerance.

Vitamin B pula terlibat dalam proses metabolisme gula.

Apabila vitamin B cukup ia tukarkan gula kepada tenaga.

Sekiranya kurang, ketagihan menjulang tinggi.

Apabila rasa ingin berkudap naik mencanak, semak diri dulu.

Usah terus cari makanan.

Sekiranya kita mahu elakkan diri dari menjadi jalur lebar, pastikan makanan yang diambil punya nutrisi, buka dari sumber simple carbohidrats.

Anda Juga Mungkin Berminat

Resepi Brownie ‘Sihat’ Tanpa Guna Tepung

6 Tips Kawal ‘Craving’ Makanan Bergula

2 Resepi ‘Nampak Simple Tapi Power’

Ini ‘Rahsia’ Kurangkan Kalori Nasi Putih

7 Tips Simpan Rempah Ratus Agar Tahan Lama

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

Scroll to Top