Ketahui Bahagian Otak Mana Yang Perlukan Perhatian Melalui Penggunaan Bahasa

Otak menguruskan segalanya. Otak menguruskan dunia. Hubungan ayah, ibu dan anak. Hubungan pekerja dan majikan.

Alatnya ialah bahasa. Bahasa penentu tahap kesihatan otak kota. Bahasa bukan sekadar alat komunikasi semata.

Penggunaan Bahasa

Adakah bahasa kita seperti berikut:

Bahasa Satu

  • “Jangan pandang aku sebegitu.”
  • “Apa yang kekal dalam ingatan adalah kisah duka sahaja.”
  • “Aku ingin sendirian.”

Bahasa Dua

  • “Aku tahu perkara ini tak akan berjaya.”
  • “Saya rasa tension betul.”
  • “Saya tak mahu bangkitkan masalah ini. Saya mahu pendamkan sahaja.”

Bahasa Tiga

  • “Nanti saya akan buat.”
  • “Fikiran saya jadi kosong apabila saya cuba lahirkan hasrat hati.”
  • “Bising betul! Aku tak tahan dengan bunyi bising.”

Bahasa Empat

  • “Aku tidak akan maafkan kau selagi ada bulan dan bintang.”
  • “Aku tidak akan tukar. Aku tidak akan berubah.”
  • “Saya benci awak selamanya.”

Bahasa Lima

  • “Memori saya semakin merosot.”
  • “Saya cepat berasa marah.”
  • “Saya selalu salah tafsir apa yang orang cakap.”

Di antara kelima bahasa ini, yang mana satu bahasa yang kerap kita tuturkan? Sila komen bahasa Satu, Dua, Tiga, Empat atau Lima. Saya akan terangkan bahagian otak mana perlukan perhatian.

Bahagian Otak Mana Yang Perlukan Perhatian

Posting diatas ada beberapa soalan dititipkan. Bahasa apa yang kita selalu gunakan. Banyak jawapan yang muncul.

Posting dibawah difokuskan pada bahagiannya pulanya. Diterangkan juga tanda-tandanya. Sila amati dan cermati.

Contoh Bahasa Satu:

  • “Jangan pandang aku sebegitu.”
  • “Apa yang kekal dalam ingatan adalah kisah duka sahaja.”
  • “Aku ingin sendirian.”

Apabila Bahasa Satu yang dipilih itu tandanya bahagian sistem limbik kita ada sedikit isu. Limbik menjadi terlebih aktif. Letaknya di bahagian belakang telinga.

Tugasnya memproses emosi. Apabila ianya stabil, lahirlah fikiran positif. Andai kita banyak fikiran negatif itu tandanya limbic kita terlalu aktif.

Kita juga akan menjauhkan diri dari orang. Mahu bersendiri. Mulut berat untuk berbicara.

Contoh Bahasa Dua:

  • “Aku tahu perkara ini tak akan berjaya.”
  • “Saya rasa tension betul.”
  • “Saya tak mahu bangkitkan masalah ini. Saya mahu pendamkan sahaja.”

Andai Bahasa dua yang terpilih, itu tandanya bahagian otak bernama Basal Ganglia bermasalah. Letaknya di luar limbic. Seolah-olah menutupi limbic.

Kerjanya mudah. Satukan perasaan, pemikiran dan gerakan. Apabila kita gembira, kita melompat kegirangan. Itu kerja Basal Ganglia.

Apabila cemas, tangan ketar. Lidah kelu bila dimarahi bos. Itu kerja Basal Ganglia.

Cara mudah kenali Basal Ganglia yang terlalu aktif ialah melalui tulisan.

Andai tulisan kita yang kemas tiba-tiba bertukar seperti cakar ayam, itu tandanya Basal Ganglia lebih aktif dari biasa.

Contoh Bahasa Tiga:

  • “Nanti saya akan buat.”
  • “Fikiran saya jadi kosong apabila saya cuba lahirkan hasrat hati.”
  • “Bising betul! Aku tak tahan dengan bunyi bising.”

Ini adalah bahasa yang kita gunakan itu tandanya Prefrontal Cortex (PFC) kita bermasalah. Letaknya di belakang dahi kita. Juga dikenali sebagai CEO kepada otak.

PFC ini adalah bahagian yang sangat penting untuk otak manusia. PFC inilah tempat kita berfikir dan buat keputusan (pusat rasional).

Kita membuat pertimbangan perkara yang baik & buruk. Apabila kita merancang masa depan, kita menggunakan PFC.

Apabila PFC stabil, kita mudah mencapai perkara yang dirancang. Kita menjadi seorang yang efektif. Kita berfikir dahulu sebelum bersuara.

Kita akan mudah belajar dari kesalahan. Teguran diambil secara positif. Apabila PFC terlalu aktif, kita cakap dahulu. Fikirnya kemudian.

Akibatnya selalu buruk. Sukar juga untuk kita mendengar. Telinga cepat panas apabila ditegur.

Itu juga menunjukkan bahawa PFC kita ada masalah dan perlu diperbaiki.

Contoh Bahasa Empat:

  • “Aku tidak akan maafkan kau selagi ada bulan dan bintang.”
  • “Aku tidak akan tukar. Aku tidak akan berubah.”
  • “Saya benci awak selamanya.”

Andai ini bahasa kita, Anterior Cingulate Gyrus (AGC) kita terlebih aktif. Ianya seperti gear kereta. Bayangkan kita memandu pada gear satu tanpa dapat menukar gear.

Kesannya enjin kereta akan meraung. Mungkin berasap enjin dibuatnya. Begitu juga dengan otak.

Otak tersangkut pada satu-satu isu. Pemikiran berlegar pada isu sama.

Andai bahagian ini terlebih aktif, kita akan berterusan tidak dapat lupakan sesuatu perkara. Isu yang sama diulang-ulang. Menyakitkan telinga dan hati si pendengar.

Andai AGC terlalu aktif, kita akan selalu mengenang peristiwa dan derita lama. Fikiran akan menjadi rigid. Tidak fleksibel.

Contoh Bahasa Lima:

  • “Memori saya semakin merosot.”
  • “Saya cepat berasa marah.”
  • “Saya selalu salah tafsir apa yang orang cakap.”

Ini bahasa Temporal Lobe (TL). Letaknya di belakang mata. Apabila TL stabil, emosi turut stabil.

Sebabnya kita dapat proses apa yang dituturkan oleh orang lain dengan tepat. Tiada buruk sangka.

Apabila bahagian TL terlalu aktif, kita mudah menjadi pemarah.

Walau perkara kecil, marahnya tetap besar. Cakap dan tingkah laku menjadi agresif.

Andai TL kita terlalu aktif, kita juga akan menjadi sedikit paranoid. Buruk sangka. Salah tafsir pada tutur bicara orang.

Natijahnya, mudah cari pasal dengan orang. Bermasam muka. Tidak bertegur sapa.

Bayangkan kalau kita biarkan otak kita tidak terurus. Tidak cantik. Natijahnya buruk sekali.

Kesan pada hubungan kita dengan pasangan kita, anak-anak, adik beradik dan rakan taulan akan buruk.

Otak kita tanggungjawab kita. Perlu dijaga. Perlu dibaja.

P/S: Mahukah Tuan & Cikpuan saya tunjukkan beberapa soalan yang Tuan & Cikpuan perlu jawab untuk mengenal pasti bahagian otak manakah yang Tuan & Cikpuan perlu baiki?

Apabila Tuan & Cikpuan kenal pasti masalah tersebut, seterusnya saya akan bantu Tuan & Cikpuan untuk dapatkan supplemen² yang sesuai Tuan & Cikpuan perlu ambil.

Apakah aktiviti yang sesuai dan bagaimanakah cara tidur yang betul dalam membantu Tuan & Cikpuan menstabilkan bahagian-bahagian otak yang tidak stabil ini.

Klik: https://neuroversiti.com/neuro-assessment

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top