18 Khasiat Buah Nona Ramai Tak Tahu

 Ada ke dekat sini yang menggemari buah ni? 

Kalau bahasa Inggeris, namanya pelbagai.

Sugar pineapple, sugar apple atau apple custard.

Ada juga yang panggil sweetsop.

Warna, bentuk serta tekstur kulitnya berbeza.

Kalau bahasa kampung, buah ni orang panggil buah nona.

Ambil dari nama saintifik

Annona Reticulata, Annona Squamosa.

Banyak ditanam di rumah rumah. Sekali pandang nampak biasa.

Sedap buah nona ni.

Isinya berwarna putih krim atau kekuningan.

Bahagian luar seakan akan bonjolan.

Tekstur seperti kastard dan agak berpudina.

Rasanya manis dengan biji hitam.

Kalau yang liar, kulitnya berpacak pacak tebal.

Buah nona ni saudara mara durian belanda.

Bahasa Inggeris soursop.

Antara buah kegemaran saya.

Saya suka makan time breakfast.

Campur dengan superfood avokado dan sourdough.

Breakfast cukup penting sebagai penggerak tenaga kita untuk mulakan hari baru.

Pastikan ia tinggi nutrisi, tinggi fiber.

 

 

1. Sumber terbaik mineral dan vitamin yang diperlukan untuk fungsi badan yang sihat.

  • Vitamin C
  • Karbohidrat
  • Dietary fiber
  • Protein
  • Thiamine (B1)
  • Zinc
  • Riboflavin (B2)
  • Potassium
  • Niacin (B3)
  • Phosphorus
  • Pantothenic acid (B5)
  • Manganese
  • Kalsium
  • Vitamin B6
  • Folate (B9)
  • Iron
  • Magnesium

2. Sumber ideal untuk wanita mengandung atau yang sedang ikhtiar hamil.

  • Jumlah folate (asid folik) yang tinggi.
  • Wanita yang cuba hamil disyorkan untuk masukkan folat dalam diet harian.
  • Bantu cegah kecacatan tiub saraf.
  • Sesuai untuk ibu menyusu (banyakkan penghasilan susu).

3. Kurangkan risiko serangan jantung, strok & galakkan jantung sihat.

  • Halang pengumpulan homocysteine dalam darah.
  • Jumlah magnesium yang tinggi bantu uraikan dan lembutkan otot jantung.
  • Elak pengumpulan asid amino tinggi dalam darah yang boleh sebabkan strok dan penyakit jantung koronari.

4. Kaya khasiat dermatologi untuk kulit mulus, awet muda & sihat.

  • Kurangkan tompok tompok butiran melanin.
  • Rangsang pengeluaran kolagen untuk keanjalan kulit.
  • Lambatkan penuaan, cegah selaran matahari & remajakan sel kulit.
  • Halang pigmentasi kulit serta jeragat yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Tinggi vitamin A, B, C dan antioksidan untuk kekalkan kulit mulus, awet muda dan sihat.

5. Kurangkan risiko terkena penyakit lelah (asthma).

  • Sumber vitamin C dan antioksidan yang sangat baik sekaligus bantu meminimumkan risiko serangan asma.
  • Individu yang menghidap asma sangat disyorkan untuk memasukkan buah nona dalam diet harian.

6. Kawal atur & seimbangkan paras gula dalam darah.

  • Hyperglycemia boleh terjadi akibat paras gula terlalu tinggi.
  • Boleh rosakkan saluran yang bekalkan darah ke organ penting.
  • Kesannya, komplikasi strok jantung, malfungsi buah pinggang, masalah saraf.
  • Jumlah dietary fiber yang tinggi yang efektif untuk meminimumkan risiko diabetes type-2.
  • Kurangkan penyerapan gula dalam badan secara mendadak.

7. Kawal paras tekanan darah dalam badan.

  • Jika tekanan darah tinggi kekal untuk jangka masa lama, boleh sebabkan kerosakan serius pada saluran darah.
  • Kerosakan ini boleh akibatkan komplikasi yang mengancam nyawa antaranya kegagalan jantung serta buah pinggang, hilang penglihatan dan strok.
  • Kandungan potassium yang tinggi berkesan untuk kawal paras tekanan darah dan elakkan tekanan darah tinggi.

8. Kawal paras kolesterol dengan seimbangkan kolesterol baik dan buruk.

  • Kolesterol tinggi sebabkan pemendapan deposit lemak melekat dalam saluran darah.
  • Semakin banyak termendap, semakin sukar darah untuk mengalir.
  • Risiko terkena serangan jantung mengejut.
  • Buah nona iaitu sumber niacine yang sangat bagus untuk kawal paras kolesterol dalam badan.

9. Bertindak sebagai energy booster untuk mulakan hari.

  • Gula berlebihan dalam badan boleh akibatkan kenaikan berat badan, keradangan serta diabetes.
  • Sumber thiamine dalam buah nona bagus untuk bantu tukar gula kepada tenaga.
  • Penjana tenaga serta mood booster untuk atasi kemurungan, stres dan keletihan.

10. Elak kerapuhan tulang & galakkan tulang sihat dan kuat.

  • Jumlah kalsium dan magnesium yang tinggi bantu kuatkan tulang dengan tingkatkan ketumpatan tulang.
  • Elak berlakunya osteoporosis iaitu keadaan di mana tulang hilang ketumpatan, lemah dan mudah rapuh/retak.
  • Mereka yang ada osteoporosis selalunya mudah terdedah pada keretakan tulang di bahagian pinggul, tulang belakang dan pergelangan tangan.

11. Khasiat mencegah potensi terkena kanser (anti-kanser).

  • Kandungan alkaloid dan acetogenin dalam buah nona berpotensi untuk halang sel kanser daripada tumbuh.
  • Buah manisan mengandungi alkaloid dan acetogenin yang berkesan untuk halang pertumbuhan sel tumor.
  • Kulit buah nona ada tannin dan astringent yang berkesan untuk rawat dan halang sel tumor dan kanser.

12. Cegah kekurangan darah merah (anemia).

  • Sumber iron terbaik untuk rawat serta cegah penyakit anemia.
  • Anemia, keadaan di mana kurangkan sel darah merah untuk bawa oksigen yang cukup ke tisu badan.
  • Punyai haemoglobin yang rendah boleh buatkan seseorang berasa letih dan lemah.

13. Galakkan penglihatan mata yang sihat dan jelas.

  • Mata kerap terdedah kepada UV boleh rosakkan retina.
  • Kesannya, mata mulai letih dan kering, penglihatan jadi kabur.
  • Kaya dengan vitamin C dan riboflavin untuk bantu cegah masalah mata seperti macular degeneration, penglihatan lemah, rabun malam.

14. Khasiat detoks bersih toksin dalam badan.

  • Padat dengan antioksidan dan serat larut.
  • Jadikan ia sebagai ‘julap’ semula jadi yang sempurna.
  • Memakan buah nona secara berkala penting untuk basmi toksin yang tidak diingini dalam badan.

15. Daun nona ideal untuk wanita dalam haid.

  • Lancarkan perjalanan darah ketika haid.
  • Daun buah nona direbus dan air diminum oleh wanita yang sedang datang bulan.
  • Mineral dan nutrien penting seperti iron, manganese dll bantu tambah semula segala zat yang hilang.

Lain-lain Khasiat Buah Nona:

  • Galakkan kenaikan berat badan sihat.
  • Rawat jangkitan psoriasis, eczema.
  • Sembuhkan luka.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

Scroll to Top