10 Khasiat Halba (Fenugreek) Untuk Kesihatan

Saya sering datang melawat negeri Kelantan.

Sungguh menarik saya lihat ada macam macam jenis kuih muih.

Cukup terkenal dengan kuih tradisional Melayu.

Lagi lagi bila tiba musim tengkujuh, memang penuh aneka.

Dalam perjalanan saya untuk kembali ke Selangor, sempat singgah di Kuala Krai.

Pekena pula sejenis kuih namanya putu halba.

Orang sini panggil ‘bare dalam kain’.

Bare tu bermaksud barang.

Memang jadi buruan orang orang di sini

Kerana putu halba hanya dijual sewaktu musim hujan

Dimakan panas panas.

Ada cebisan halba dan bawang dimakan dengan kelapa parut.

Intinya pula gula nisan atau gula kelapa.

Apa yang buatkan putu halba Kelantan ni berbeza?

Daripada putu di negeri negeri lain?

Dalamnya ada sejenis rempah namanya halba

Dipanggil fenugreek dalam bahasa Inggeris

Kenapa musim hujan je,

Mesti muncul putu halba di negeri Cik Siti Wan kembang ni?

Salah satu khasiat halba ialah bantu panaskan badan

Suhu rendah pada cuaca sejuk buatkan tubuh senang nak demam.

Orang sini makan untuk panaskan badan.

Kalau musim kemarau, orang tak jual takut menggelupur kepanasan nanti.

Sungguh menarik bukan?

Putu halba ni sangat sedap dan sihat pula tu.

Bukan itu je,

Halba turut dikaitkan dengan bantu kawal gula darah.

Banyakkan susu ibu. Selain bantu boost hormon testosterone.

Kajian dibuat ke atas ekstrak halba.

Dalam Journal of Personalized Medicine tahun 2023,

Kajian dapati ia bantu muscle performance.

 

Apa lagi khasiat halba ni?

Ada diosgenin – bahan sama dalam ubi keladi.

Diosgenin bersifat anti-tumor terutama terhadap leukemia dan kanser kolon.

Sifat lain termasuk galakkan pertumbuhan sel neuron.

Halba juga herba tinggi antioksidan.

Sebatian dalam halba bernama 4-hydroxy isoleucine.

Bantu turunkan jumlah gula ada dalam darah.

Dengan meningkatkan rembesan insulin.

Bahan lain iaitu galactomannan juga bersifat anti-diabetic.

Halba sumber anti-inflammatory.

Terutama untuk legakan sakit, bengkak dan luka.

Halba ni bagus untuk wanita.

Bantu rangsang penghasilan haemoglobin iaitu sel darah.

Sangat membantu ketika menstruasi.

Serta cegah risiko anemia.

Halba juga bantu turunkan paras serum kolesterol.

Sekali gus bersifat anti-obesity.

Sebab halba ni boleh boost metabolisma tubuh.

Suplemen halba juga bantu hair growth.

Banyak rupanya khasiat halba ni. 

Anda Juga Mungkin Berminat

Hari Kanser Ovari Sedunia – 8 Mei 2024

Hari Talasemia Sedunia – 8 Mei 2024

6 Kesan Tubuh Kekurangan Nutrisi (Malnutrisi)

Apa Jadi Dekat Tubuh Selepas Larian Maraton?

9 Punca Utama Ramai Gagal Capai BMI Normal

Ada Berapa Kalori Dalam 100g Kekacang?

Scroll to Top