7 Khasiat Menakjubkan Ada Dalam Kupang (Mussels)

Siput ada macam macam jenis. Selalu dengar kupang.

Ada lokan, lala, tiram, kepah, siput mentarang, siput retak seribu, siput buluh, siput belitung

Kupang tinggi sumber protein, zinc dan iron.

Bagus untuk pertumbuhan otot. Legakan otot sengal dan tegang.

Protein kupang ni lebih mudah dihadam tubuh.

Jadi, ia diserap sepenuhnya oleh tubuh.

Kupang juga tinggi iron untuk pembentukan sel darah merah.

Cegah risiko anemia – kurang sel darah (haemoglobin).

 

Kaya vitamin A untuk kulit, mata.

Vitamin B12 untuk sistem saraf, sel darah, DNA dan otak (cegah letih dan fatigue).

Kajian dalam jurnal Nutrients (2019) ada kaji pasal khasiat kupang.

Kupang didapati tinggi Omega-3 jenis polyunsaturated fatty acids (PUFAs).

Dan sumber essential amino acids yang bagus.

Omega-3 sangat bermanfaat untuk kesihatan otak dan jantung.

Bila diambil secara sederhana.

Kupang bantu turunkan paras kolesterol berlebihan.

 

Kajian juga dapati,

Memakan kupang sebagai hidangan sumber protein utama 3 kali dalam seminggu

Selama 2 minggu cukup untuk tingkatkan indeks Omega-3 secara sederhana bagi peserta dewasa sihat

Selain sesuai dimasukkan dalam diet untuk turunkan berat.

Ini resepi mudah buat kerabu kupang santan limau kasturi.

BACA 6 KHASIAT ADA DALAM KETAM

Bahan:

1kg kupang (rebus isinya)

1 tangkai cili besar merah (potong halus)

1 tangkai cili Siam/cili besar hijau (potong halus)

1 biji bawang merah (cincang)

1 cm halia (sagat halus)

2 ulas bawang putih (hancurkan)

3 sudu makan santan segar

1 sudu makan cuka epal cider

2 sudu makan perahan limau kasturi

Garam secukup rasa

 

1. Kukus kupang. Asingkan isinya.

2. Gaul kesemua bahan lain bersama isi kupang.

 

Kan mudah? Cubalah.

Anda Juga Mungkin Berminat

Apa Kesan Tidur Berdengkur Pada Kesihatan?

Perbezaan Omega-3 Dan Omega-6 Perlu Tahu

Apa 9 Faktor Risiko Kanser di Malaysia?

Minum Kopi Boleh Menyebabkan Osteoporosis?

Guna 3 Tips Ini Ketika Bercakap Dengan Anak

8 Manfaat Senaman Aerobik Untuk Kesihatan

Scroll to Top