12 Khasiat Susu Kambing Ikut Kajian Terbaru

Susu kambing mempunyai khasiat yang sangat tinggi. Ianya juga lebih berkhasiat dari susu lembu. Di artikel ini kami kongsikan 12 khasiat susu kambing ikut kajian terbaru!

1. Menguatkan Tulang

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing mempunyai jumlah kalsium yang tinggi. 1 cawan susu kambing membekalkan sebanyak 327 miligram kalsium. Jumlah kalsium ini adalah lebih tinggi berbanding dengan 1 cawan susu lembu.

Susu kambing juga kaya dengan Vitamin D, iaitu sebuah nutrien yang membantu penyerapan kalsium dalam tubuh, dan seterusnya membantu menguatkan tulang.

Selain susu kambing, vitamin D juga boleh didapati daripada sumber percuma, iaitu cahaya matahari. 

Susu kambing juga mempunyai protein yang bernama CSN1S2, yang bertindak sebagai agen anti-osteoporosis (1). 

Dalam sebuah kajian, susu kambing dapat menghalang osteoporosis kepada pesakit yang menghidapi 'rheumatoid arthritis' (2).

Susu kambing juga menghalang 'bone demineralization', iaitu dimana tulang menjadi lembut. Ia juga membantu perkembangan tulang dimana tulang boleh menjadi rosak akibat kekurangan zat besi (3).

2. Bertindak Sebagai Sebuah Agen Metabolik Yang Baik

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing bertindak sebagai sebuah agen metabolik yang baik. Ianya mampu meningkatkan 'metabolic utilization of mineral' seperti zat besi, magnesium, kalsium dan fosforus (4). 

Ia juga mempunyai A2 beta-casein, iaitu lebih baik dari A1 beta-casein yang ada dalam susu lembu. A2 beta-casein adalah jenis beta-casein yang lebih selamat. Ini adalah kerana A1 beta-casein, dikatakan boleh menyebabkan Type 1 diabetes (5)

A2 beta-casein yang ada dalam susu kambing, yang lebih mirip pada susu ibu, baik untuk kesihatan manusia. Menurut kajian, ianya juga kurang menyebabkan allergi pada kanak-kanak setelah habis tempoh penyusuan ibu (6).

Susu kambing juga baik untuk pengurangan berat badan disebabkan ianya kaya dengan protein dan kalsium. 2 nutrisi penting ini dikaitkan dengan pengurangan berat badan.

3. Baik Untuk Kesihatan Jantung

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing merupakan sumber magnesium yang baik. Magnesium merupakan mineral yang baik untuk jantung.

Magnesium membantu untuk mengekalkan denyutan jantung normal dan juga menghalang pembentukan darah beku. Magnesium juga berfungsi bersama vitamin D, yang juga merupakan nutrisi penting untuk jantung (7).

Susu kambing juga mempunyai 'medium-chain fatty acids' yang lebih tinggi berbanding susu lembu. 'Fatty acids' ini membantu menurunkan tahap kolestrol dan juga bagus untuk merawat penyakit koronari.

Susu kambing juga dapat meningkatkan kolesterol baik dalam tubuh manusia, dan ini membantu untuk kesihatan jantung (8).

4. Menghalang Keradangan

Khasiat Susu Kambing

Kajian membuktikan susu kambing dapat dijadikan sebagai supplemen yang baik untuk menghalang keradangan. Susu kambing dapat trigger 'innate dan adaptive immune response' dalam badan manusia, dan ini dapat membantu menghalang keradangan.

Kebolehan anti-keradangan ini adalah disebabkan sebuah kompaun didalam susu kambing yang bernama 'oligosaccharides'. Oligosaccharides dapat membatu keradangan bowel disease (9) Menurut kajian di Spanish, ia juga mengurangkan radang usus (10).

5. Meningkatkan Kesihatan Kulit

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing kaya dengan 'fatty acids' dan 'triglycerides',  dan kedua-dua ini sangat baik untuk kulit. Ianya juga kaya dengan vitamin A, nutrien yang penting untuk kulit.

Kandungan laktid asid dalam susu kambing juga melembapkan dan mencerahkan kulit.

Anda boleh menggunakan susu kambing untuk membasuh muka pada waktu pagi.

Penggunaan sabun susu kambing juga dapat meningkatkan kesihatan kulit. Penggunaannya secara kerap juga menyebabkan kulit anda tidak perlukan moisturizer. Sabun susu kambing juga dapat mebantu mereka yang menghadapi simptom ekzema.

6. Mudah Untuk Dihadam

Khasiat Susu Kambing

Kehadiran 'fat globules' yang kecil dalam susu kambing, menyebabkan susu kambing mudah untuk dihadam (11). Apabila susu kambing ini sampai ke perut, protein dalam susu kambing ini akan membentu 'curd' yang lebih lembut berbanding susu lembu - dan ini mengurangkan iritasi yang mungkin dialami sesorang yang mengalami masalah iritasi ketika meminum susu lembu.

7. Meningkatkan Kesihatan Otak

Khasiat Susu Kambing

Kajian menunjukkan kehadiran lipid dalam susu kambing dapat mengurangkan anxiety. Susu kambing juga mempunyai 'conjugated linoleic acid', yang membantu perkembangan otak (12).

8. Menghalang Anemia

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing memiliki 'bioavailability iron' yang tinggi yang membantu dalam penyerapan iron. Ini juga bermaksud, ianya dapat menghalang anemia (13).

9. Seimbangkan Tahap pH Dalam Tubuh

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing bersifat alkali dan ianya hampir kepada tahap pH dalam susu ibu. Ini membantu untuk seimbangkan tahap pH dalam tubuh manusia.

10. Boleh Diminum Oleh Mereka Yang Ada Masalah 'Lactose Intolerants'

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing mempunyai kandungan laktosa yang rendah. Ianya merupakan pilihan yang baik oleh mereka yang menghidapi masalah 'lactose intolerant'. Susu kambing juga mudah dihadam oleh mereka yang mempunyai perut yang sensitif.

11. Meningkatkan Kesihatan Rambut

Khasiat Susu Kambing

Pernah nampak produk shampoo yang menggunakan susu kambing sebagai kandungan utama?

Ya, ada. Penggunaan susu kambing untuk membilas rambut dapat meningkatkan kesihatan rambut.

Rambut memerlukan nilai pH yang seimbang, sama seperti tubuh badan manusia. Sifat susu kambing yang alkali dapat membantu rambut mendapatkan pH yang seimbang dan seterusnya mendapatkan kesihatan rambut yang baik.

12. Lebih Baik Dari Susu Lembu

Khasiat Susu Kambing

Beberapa poin di atas telah pun menyebut tentang kebaikan susu kambing yang lebih baik dari susu lembu.

Antaranya, susu kambing lebih baik dari susu lembu berkenaan hal penghadaman. Mereka yang mengalami masalah 'gastrointestinal' lebih sesuai untuk mengambil susu kambing.

Selain itu, disebabkan susu kambing lebih sesuai untuk mereka yang menghidapi 'lactose intolerant', maka meminum susu kambing tidak menyebabkan keradangan untuk mereka.

Susu kambing juga mempunyai A2 beta-casein protein, iaitu lebih baik dan selamat berbanding susu lembu. Oleh itu, susu kambing dapat menghalang reaksi alergik.

Susu Kambing Jenis Apa Tuan Puan Minum?

Anda pasti teruja apabila dapat tahu kelebihan susu kambing ini berdasarkan kajian saintifik. Susu kambing jenis apa Tuan Puan minum? Pastikan dapat yang neutral, yang tidak dicampur bahan perasa, pewarna dan pengawet.

Anda Juga Mungkin Berminat

Ini PERBEZAAN Diet Di Malaysia & Vietnam!

Adakah Bersenam Malam Bahaya Untuk Tubuh?

Minyak Zaitun Pelindung Diri Daripada Risiko Kanser!

8 Kebaikan Ambil Minyak Zaitun Extra Virgin Sebelum Tidur

Gangguan Fungsi OTAK Punca Epilepsi

13 Kebaikan Kacang Kuda Untuk Wanita

Scroll to Top
0