in

Love

Khasiat Ulam Kacang Botor

Semalam tengok kacang botor ni ada. Lepas live webinar percuma, gigihlah hiris kecil kecil. Tapi jadi besar juga. Mata dah mengantuk waktu tu.

Biasa kacang botor atau kacang kelisa buat steam jer. Senang dan mudah makan. Hari ni teringin buat masak lemak.

Jadilah macam ni.

Kacang Botor

Personally saya tetap suka yang steam.

Kacang botor ni nampak saja kecil tapi khasiatnya besar.

Siapa sangka dia ada banyak vitamin B.

Selain thiamin, riboflavin, folate dan asid pantothenic kacang botor ada vitamin B1, B3, B6, B9.

Hebatkan?

Ingatkan itu saja nutrien dalam kacang botor ni. Rupanya ada lagi macam magnesium, manganese, fosforus, zink dan potasium.
.
Disebabkan kacang botor ini ada kandungan vitamin A dan Vitamin C yang tinggi, kacang botor dalam lambatkan proses penuaan.

Dia bagi tak nampak garis kedut kat muka.

Kalau doktor suruh ambil protein dari soya dan kita tak dapat nak telan contohnya, bolehlah beralih ke pada kacang botor.

Kandungan protein pada kacang botor ni sama saja dengan kacang soya. Jadi alternatif baik ganti soya.

Paling saya suka sebab kandungan tryptophan. Dia ada 315.23%. Banyak betul.

Tryptophan penting untuk bantu hasilkan melatonin. Hormon bagi kita mengantuk dan tidur.

Tryptophan juga penting untuk otak hasilkan hormon serotonin yang stabilkan mood. Hormon ni jugalah bantu motivasi kita.

Senang ceritanya kacang botor ni banyak khasiat. Cara masak pun senang. Semudah steam dan ratah.

Nak kelainan buatlah masak lemak. Boleh masukkan bahan macam tempe. Tambah dos power lagi.

Bolehlah cuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kelebihan Minyak Kelapa

Apa Berlaku Pada Tubuh Sejurus Selepas Ambil Minyak Kelapa?

Pumpkin Seeds Untuk Kurus & Tidur Nyenyak