Confirm kecur ayaq liuq bila sebut pasal daging lembu.
Setiap bahagian daging lembu pula ada rasa dan tekstur tertentu.
Kebiasaannya, yang paling sedap paling tinggi lemak!
Siapa sangka?
Bahagian paling berlemak ialah EKOR dan TULANG RUSUK
Macam tak masuk akal bukan?
Tapi itulah realitinya.
Bahagian ekor ada 71g lemak manakala tulang rusuk 42g lemak
Bahagian lain termasuk:
1. Chuck
(daging bahu)
2. Rib
(tulang rusuk)
3. Short loin
(daging bahagian belakang di tengah)
4. Tenderloin
(daging batang pinang)
5. Sirloin
(daging batang pinang bahagian pinggang)
6. Round
(daging sepaha)
7. Flank
(daging lambung dekat bahagian otot perut)
8. Brisket
(daging dada)
9. Hanger
(daging penggantung di bahagian diafragma)
Apabila daging lembu diambil secara berhemah.
Boleh bekalkan nutrisi untuk tubuh.
Daging lembu kaya sumber Protein penting.
Bagus untuk tumbesaran otot manusia.
Ia juga tinggi zat penting lain seperti Iron dan Zinc.
Bantu hasilkan sel darah merah mencukupi.
Daging lembu juga antara sumber utama vitamin B iaitu:
Thiamine (B1)
Riboflavin (B2)
Niacin (B3)
Pyridoxine (B6)
Cobalamin (B12)
Folic acid (B9)
Yang sangat penting kepada manusia.
Ia juga ada Linoleic acid.
Bahan penting bantu tingkatkan sensitiviti insulin.
Dalam seminggu, boleh makan daging lembu sekali atau dua kali.
Kuantitinya pula ikut sukatan tapak tangan.
Lebih mengundang bahana.
Terlebih daging undang kanser usus sebanyak 36x ganda!
Kurangkan daging bantu jaga bakteria usus.
Dari segi masakan, pastikan daging dimasak sepenuhnya.
Daging tak masak undang risiko ‘food poisoning’.
Pastikan daging dikunyah betul-betul supaya senang dihadam.
Boleh begitu?