Komplen & Otak

Perkataan ini lazim didengar. Komplen ada di mana-mana.

Sentiasa meniti di bibir-bibir manusia.

Mungkin juga perbuatan yang acapkali kita lakukan.

Antara sedar atau tidak. Dalam mahu atau tidak.

Apabila berbual dengan pelajar, pasti komplenlah yang keluar.

Macam-macam rasa yang muncul. Rasa-rasa inilah yang menghalalkan komplen.

Petang tadi disapa Omar. Pelajar tahun akhir.

Tinggal dua semester sahaja lagi akan bergraduat.

Saya soal Omar.

“Bagaimana dengan semester baharu ini? Maklumbalas dari pelajar penting. Jadi perlu bertanya.

“So far ok. Cuma bilik panas sikit.” Omar membalas dengan mimik muka tidak puas hati.

“Tapi tulah. Nak datang pagi-pagi susah. Bersesak-sesak naik bas. Petang pun sama. Bersesak-sesak pulang.”

Tambah Omar lagi. Semakin ligat komplennya.

“Duit PTPTN pun tak masuk lagi. Bukan dia orang tak tahu bila semester bermula. Boleh jer bagi seawal minggu pertama.”

Makin panjang komplen Omar.

Saya hanya menangguk. Apa yang disebut Omar itu betul belaka.

Namun sekadar komplen ianya tidak membantu.

“Omar rancang nak dapat CGPA berapa?”

saya pula menyoal.

Cuba meredakan takat suhu panas Omar yang semakin meningkat.

“Semester ni kena skor Dr Rizal. Dah final. Henjutan akhir.

Tapi kalau keadaan macam ni macam mana nak skor?”

“Bagus Omar nak skor. Yang Omar sebut tadi semuanya betul.

Cuma cara Omar menyebut sahaja akan menyebabkan niat untuk skor akan terbantut.”

Terang saya.

“Maksud doktor?”

“Begini Omar. Komplen itu sebahagian dari pemikiran negatif.

Andai kita komplen 30 minit sahaja satu hari ia akan sebabkan hormone stress kortisol keluar.

Kortisol akan sebabkan sel otak mati.

Kortisol juga akan sebabkan pusat memori iaitu hippocampus jadi kecil.

Apabila belajar Omar perlukan hippocampus. Bahagian ini perlu dibesarkan. Bukan dikecilkan.

Andai kecil, subjek yang kita telaah tidak akan lekat di kepala.

Masuk exam tak dapat ingat semula apa yang dibaca.”

Panjang pula syarahan perdana saya pada Omar.

“Oh begitu ye doktor. Alamak dah tercakap. Ni depan doktor sikit jer ni. Dalam bilik berkandar-kandar komplen keluar.”

Terang Omar dengan muka sedikit bersalah.

“Habis nak buat macam mana?” Omar pula menyoal saya.

“Macam ni Omar. Apabila ada perkara yang wajar untuk dibangkitkan, tulis.

Hantar kepada pihak yang berkenaan. Pendekatan ini lebih sesuai untuk kesihatan otak kita.”

Jelas saya pada Omar.

“Ooo.” Muncung mulut Omar apabila menyebut perkataan Oooo ni.

“Baik doktor. Saya ikut cakap doktor. Tak nak hippocampus jadi kecil.”

Kata Omar penuh semangat.

Andai ada perasaan tidak puas hati, jadikan ia sebuat visual yang boleh ditatap.

Menulis adalah salah satu caranya. Lebih mesra pada otak. Lebih terpelihara organ utama kita ini.

Boleh juga bercakap dengan pihak professional seperti ahli psikologis, kaunselor, dan pekerja sosial.

Mereka-mereka terlatih untuk membantu. Tidak membebankan otak kita.

Otak kitakan tanggungjawab kita.

Siapa lagi nak jaga kalau bukan kita sendiri.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Scroll to Top