Konflik & Otak

Konflik adalah perkara negatif. Ia datang samada diundang atau tidak.

Samada kita suka atau benci.

Kesan konflik pada otak besar. Dua hormon stres iaitu adrenalin dan cortisol dirembes serentak.

Keduanya membanjiri otak dan tubuh kita.

Apabila konflik berlaku, amygdala menjadi aktif.

Amygdala adalah sistem penggera ancaman di dalam otak.

Andai kita berasa terancam, itulah hasil kerja amygdala.

Apabila berasa terancam, tapak tangan berpeluh. Dada berdebar. Warna pada wajah berubah.

Apabila ini berlaku, amygdala sedang sediakan kita samada untuk lari atau lawan. Itu mod asas dari amygdala.

Ketika ini, amygdala mengambil alih tugasan prefrontal cortex – CEO pada otak.

Ada rampasan kuasa. Amygdala berkuasa.

Apabila amygdala berkuasa butir bicara semasa bertengkar menjadi tidak terkawal.

Jerit menjerit berlaku. Kemampuan membuat keputusan kompleks juga terancam.

Pandangan menjadi sempit. Sudut pandang utama ketika itu ialah ‘aku betul engkau salah.

Pada waktu lain perspektif kita berbeza. Lebih rasional.

Andai mahukan Prefrontal Cortex mengambil alih semula tampuk pemerintahan lakukan A.P.A

A – Alpha : Wujudkan gelombang alpha di otak dengan teknik pernafasan atau berwuduk.

P – Pindah : Pindah ke tempat lain. Andai konflik di pejabat, keluar sekejap. Ambil angin.

A – Alihkan perhatian kepada isu lain. Cari teman yang boleh berbual tentang hal lain.

Perlu lakukan satu per satu. Konflik mengundang penyakit.

Punca dari dua hormone stress.

Tidak wajar menjemput penyakit hanya disebabkan konflik sahaja.

Cukai kesakitan tinggi andai kita terus membuai melawan perasaan berpunca dari konflik.

Silakan share jika bermanfaat.

P/s: Jika mahu share ke whatsapp, boleh klik ‘button’ Whatsapp di bawah ini. 

Mahukah saya tunjukkan kepada anda Bagaimana Meningkatkan Prestasi Otak Sebanyak 35% Dalam Masa 27 minit?

Anda Juga Mungkin Berminat

Khasiat Plum Kering Bagi Wanita Menopause

Apa Penyebab Anda ‘Ketagih Makan’?

3 Nutrien Ini Bantu Menguatkan Jantung Anda!

3 Bahaya Demam Kepialu (Typhoid Fever)

6 Tips Untuk Wajah Lebih Runcing Dan Tirus

Apa Perlu Tahu Tentang ‘Sindrom Kesunyian’?

Scroll to Top
0