Kulit Cantik & Tidur

Sudah lama kelibat Udin tidak kelihatan. Kelmarin Udin muncul. Seperti biasa, Udin muncul dengan kuntuman senyum dibibir.

Ketika itu aku baru selesai perbincangan Projek Tahun Akhir (PTA) pelajar. PTA banyak mencuri masa. Banyak memerah tenaga.

“Sir, boleh jumpa kejap?” selamba Udin bertanya. “Wa’alaikumussalam,” kataku memerli bila Udin mulakan bicara tanpa salam.

Memberi salam ini tuntutan. Hebatnya salam kerana ianya doa. Doa kepada orang. Doa pada orang juga menjadi doa para malaikat kepada kita.

Seperti biasa Udin akan tersengih. Menampakkan gigi kuningnya itu. Seoalah-olah menjadi trademark Udin. Udin Si Gigi Kuning. Sedap juga bunyinya.

“Alah doktor perli pulak. Assalamualaikum doktor,” ucap Udin cepat-cepat membetulkan kesilapannya. “Wa’alaikumussalam,” jawabku pantas. Baru lega didoakan oleh pelajar sendiri.

Udin seorang yang lurus. Anak pertama dari empat orang adik beradik. “Saya orang kampung,” antara kata-kata Udin menggambarkan siapa dirinya.

“Doktor sibuk ke,” tanya Udin ringkas. “Ada banyak kerja Udin. Innovation, Career & Education Fair atau ICE2016 minggu depan. Ada banyak perkara perlu diteliti,” balasku dengan menunjukkan ke arah pelajar-pelajar hebat yang menjadi tulang belakang ICE2016.

“Udin, you nampak lain sekarang. Kulit nampak bersih dan cantik sikit. Rambut pun dah tak beruban. Ada pakai produk apa-apa ke?” giliran aku pula menyoal.

“Eh tak de doktor. Saya tak pakai apa-apa pun. Saya ikut betul-betul apa yang doktor cadangkan tempohari.” Kata Udin beriya-riya menafikan yang dia ada mengambil produk kecantikan.

“Apa yang saya cadangkan dulu Udin,” tanya saya seolah-olah menguji Udin. Melihat kelaku Udin kadang-kadang melucukan.

“Dr Rizal cadangkan tiga perkara kepada saya. Tiga perkara tu ialah:”
1. “Jaga pemakanan. Elakkan makan malam. Kalau boleh sebelum maghrib”
2. “Tidur mesti cukup. 6-8 jam dah memadai”.
3. “Cari hobi baru. Keluar dari rutin”.

“Saya buat betul-betul doktor. Semua saya ikut. Tiap-tiap hari saya buat. Dah sebulan lebih dah.”

“Saya jaga tidur saya sekarang. Kulit saya pun cantik. Doktor pun perasan. Ramai kawan-kawan sebut pasal kulit saya ni,” panjang penjelasan Udin.

“Baguslah macam tu. Tak payah membazir beli produk-produk kecantikan. Allah dah berikan cara untuk mencantikkan kulit secara semula jadi.” Jawab saya seolah-olah berceramah.

“Nak jumpa untuk apa sebenarnya Udin?” Tanya saya pula.

“Nak ucapkan terima kasih sebenarnya. Nasihat doktor tu memang terbaiklah. Menjadi betul,” kata Udin sambil mengangkat tinggi ibu jarinya.

“Terima kasih Udin kerana sudi ikut. Sekurang-kurangnya adalah bekalan untuk pencen kubur saya nanti.” Jawab saya mengakhiri perbualan dengan Udin.

 

Tidur cukup manfaatnya besar. Kulit kita membuat kolagen baru ketika kita tidur. Banyak kolagen kulit menjadi tegang. Kendur dan kedut hilang.

Cukup tidur juga membuatkan kulit lebih ‘glowing’ atau berseri. Darah dialirkan secukupnya ke kulit kita semasa kita tidur. Darah yag mencukupi mengembalikan seri pada kulit.

Mahu dapatkan tidur yang nyenyak mesti :
# Tidur awal waktu.
# Makan makanan yang sesuai dengan otak.
# Buat aktiviti selari pekerluan otak.

Anda Juga Mungkin Berminat

19 Makanan Bantu Tingkatkan Hubungan Sel Otak

7 Suplemen Terbaik Untuk Penyakit Autoimun!

9 Kesan GULA Ke Atas 9 Organ Tubuh Ini

7 Risiko Bahaya Insomnia (Sukar Tidur Malam)

Ketahui 11 Kelebihan Luarbiasa Air Zam Zam!

6 Bahaya Racun Toksik Disembur Pada Buah!

Scroll to Top
0