5 Langkah Awal Cegah penyakit RABIES!

Mungkin ramai yang tak ambil peduli

tentang bahayanya penyakit rabies!

RABIES atau lebih dikenali sebagai penyakit anjing gila, sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus rabies

Tahukah anda?

Rabies kebiasaannya disebarkan melalui

gigitan, cakaran atau calitan haiwan

yang dijangkiti pada luka.

Pembawa utama virus ini adalah anjing,

namun kucing, kelawar, musang atau

haiwan liar lain juga tidak terkecuali boleh

menyebarkan virus ini.

 

Simptom awal penyakit ini mungkin

kelihatan macam biasa seperti;

demam, sakit kepala, badan rasa

tak selesa, rasa gelisah dan sebagainya.

 

TETAPI!

Bila sudah melarat, ia boleh menyebabkan

keadaan menjadi lebih serius seperti;

kekejangan, sukar bernafas, halusinasi,

lumpuh dan koma.

Yang paling menggerunkan lagi,

penyakit ini boleh membawa MAUT!

 

Namun, jangan risau!

Ada beberapa langkah mudah yang

boleh mencegah penyakit ini!

 

i. Segera bersihkan luka jika digigit /dicakar 🩹🩺

Kalau anda atau sesiapa sahaja

Digigit atau dicakar oleh haiwan,

segera bersihkan luka dengan air

dan sabun selama 15 minit.

 

Gunakan antiseptik atau

segera pergi ke klinik atau hospital

terdekat untuk dapatkan rawatan lanjut.

Doktor mungkin akan beri suntikan

vaksin anti-rabies untuk cegah jangkitan.

 

ii. Vaksinasi Haiwan Peliharaan 🐶🐱

Salah satu cara paling berkesan adalah

memberi vaksin rabies kepada haiwan

peliharaan, terutamanya anjing & kucing.

 

Vaksin ini membantu melindungi

daripada jangkitan dan menghalang

penyebaran virus kepada manusia.

Pastikan juga mengikuti jadual

vaksinasi secara berkala!

 

iii. Vaksinasi Pesakit Rabies

Pesakit rabies akan menerima vaksin

rabies immunoglobulin (RIG),

sejenis suntikan yang beri perlindungan

segera kepada pesakit.

 

iv. Jangan Sentuh Sembarangan Haiwan Liar🦇🦊

Walau sebaik manapun niat anda

untuk membantu haiwan yang cedera,

kita sentiasa kena berhati-hati!

 

Tahukah anda?

Haiwan liar boleh menjadi pembawa

virus rabies tanpa menunjukkan

sebarang simptom yang jelas.

 

v. Laporkan Haiwan Berkelakuan Pelik 📢🐕

Sekiranya melihat haiwan berkelakuan pelik

seperti kelihatan agresif tanpa sebab, takut cahaya

atau mengeluarkan air liur berlebihan,

segera laporkan kepada pihak berkuasa.

 

Haiwan yang menunjukkan gejala sebegini

mungkin dijangkiti rabies,

perlu segera dikendalikan agar tidak

merebak kepada manusia atau haiwan lain.

 

Ingatlah!

Rabies adalah penyakit sangat berbahaya.

Ia boleh mengancam nyawa jika tidak

mencegahnya dengan betul!

 

Jadi,

sangat penting untuk kita tahu

cara rawatan dan mencegahnya

daripada ia terus menular.

 

Tahu sesuatu?

Anda Juga Mungkin Berminat

5 Langkah BERKESAN Cegah Psoriasis!

Kanak-Kanak Berdengkur – Normal Atau Sebaliknya?

Ketahui Punca GASTRIK Ramai Tak Sedar!

Rutin Penting PEMAKANAN SIHAT Untuk REMAJA!

7 Manfaat Peluk Pokok Menurut Kajian

6 Cara LATIH OTAK Untuk Kekal Cergas!

Scroll to Top