4 Langkah Turun Berat Badan! Ingat B.R.I.M

Berat badan meningkat adalah malapetaka.

Undang kebencian tahap dewa. Biasanya meragut sentosa jiwa.

Motivasi tergendala. Rajuk menjulang. Putus asa berulang ulang.

Berikut 4 langkah padu untuk turunkan berat badan.

Mudah ingat sebab ada B.R.I.M.

B – Banyakkan makanan lemak sihat.

Contohnya minyak kelapa, minyak zaitun, avocado, kekacang, seeds seperti kuaci.

Lemak sihat adalah pembakar lemak semulajadi.

Lemak sihat punya bacaan bio-electrical yang lebih tinggi. Beri kesan baik berganda ganda.

R – Rendahkan makanan yang beri keradangan.

Dalam kesibukan bekerja manusia cari jalan pintas. Terutamanya makan dan makanan.

Sibuk jadikan kita ambil apa sahaja. Ambil makanan segera.

Sebabnya mudah, pantas dan tepati selera.

Malangnya makanan segera seperti fries, processed food seperti nuggets adalah punca kepada keradangan dalam tubuh.

Pewarna, perisa tambahan & bahan pengawet beri kesan buruk pada otak.

Antara makanan lain yang beri keradangan ialah makanan dan minuman tinggi gula.

Gula putih contohnya lemah dan matikan sel otak di bahagian memori iaitu hippocampus.

I – Imbangi dengan makanan mesra sistem pencernaan.

Makanan tinggi kandungan air seperti sayuran dan buah buahan adalah lebih mesra tubuh.

Mudah dicerna. Kurang kesan sampingan. Nutrisi pula lebih tinggi dan pelbagai.

M – Maksimakan kebaikan dengan detoks yang betul.

Detoks yang terbaik ialah banyakkan ambil air kosong.

Pastikan sukatan tepati kehendak tubuh.

Air kosong yang dicampur lemon, timun, kurma adalah contoh minuman mesra perut.

B.R.I.M boleh bantu lancarkan jalan bahagia.

Jalan hadirkan Otak Cantik Otak Cerdik Badan Lentik.

Boleh boleh?

Sihat itu jihad.

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top