Lelaki Mai Baca Sat

LELAKI MAI BACA SAT

Ini kisah benar. Hasil kajian saintifik. Kisahnya perempuan lebih tertarik pada lelaki makan bawang putih.

Biaq betui? Betui baq hang. Jangan makan bawang putih sekilo pulak. Biawak pun lari.

Bawang putih ambil 4 ulas sahaja. Boleh ambil dalam bentuk kapsul 1000mg sehari. Bagus untuk rendahkan kolesterol.

Bawang putih juga tingkatkan takat anti oksida dalam tubuh dan bunuh bakteria bakteria bahaya.

Nak tahu lebih boleh baca journal APPETITE.

Tak habis lagi. Relaks. Ada satu lagi jenis makanan kalau abam-abam mahu kelihatan lebih menarik tertarik dan ditarik.

Abam-abam kena ambil makanan ada carotenoid. Menatang apa tu? Sabaq bang.

Contoh makanan ialah karot, labu dan buah aprikot. Kajian dibuat di Australia. Boleh baca detail dalam jurnal Evolution and Human Behaviour.

Nak tau pasai perempuan tertarik? Ikut kajian peluh lelaki yang makan makanan lebih carotenoid, tak bau hapak. Tak sebabkan orang tutup lalu di sebelah.

Bau ala-ala buah gitu. Manis dan sedap dibau. Kajian kata macam tu. Cer try kalau tak percaya?

Oh satu lagi. Carotenoid ni bagus untuk otak. Power baq hang.

Amacam abam-abam? Boleh tolong SHARE dak? Ini SHARE yang RARE ni.

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

Scroll to Top