Lelaki , Perempuan & Otak

Ketika berjalan di sekitar taman.

Terserempak dengan seorang jiran.

“Saya selalu baca perkongsian Doc di neuroversiti.com.

Ianya adalah lambakan ilmu ilmu mahal yang boleh digunakan dalam kehidupan kami sekeluarga.”

Bersungguh beliau bercerita.

“Alhamdulillah, jika ianya bermanfaat.” Balas saya.

Kali ini giliran beliau pula bertanya.

Ianya berkenaan dengan otak anak lelaki dan perempuan.

Soal: Budak lelaki dan budak perempuan sama tak?

Jawab: Maksudnya? Sama dan beza dari segi macam mana?

Soal : Hmm. Begini. Anak saya macam lambat nak kenal reaksi muka.

Kita marah ke tidak macam lambat jer dia nak tahu.

Jawab: Ada perbezaan pada budak lelaki dan perempuan dalam linkungan umur 8 hingga 11 tahun.

Kedua-dua jantina menggunakan bahagian yang berbeza untuk kenalpasti wajah dan ekspresi muka.

Budak lelaki menggunakan lebih banyak bahagian kanan otak.

Budak perempuan pula menggunakan bahagian kiri otak.

Penggunaan otak kiri menyebabkan budak perempuan lebih tepat mengenalpasti ekspresi muka dan mood seseorang.

Anak puan lelakikan?

Soal: Ya, lelaki. Jadi ?

Jawab: Penggunaan bahagian kiri otak membolehkan mereka membaca mulut dan pergerakkan mata dengan mata dengan lebih tepat.

Assosiasi dengan emosi orang akan dibaca dengan lebih baik.

Hippocampus iaitu penyimpan memori penuh dengan reseptor estrogen.

Hippocampus cepat berkembang di kalangan budak perempuan berbanding lelaki.

Ini menjadikan budak perempuan lebih baik dalam mengingati hal-hal yang berkaitan dengan emosi.

Soal : Betul ke otak perempuan berkembang dulu berbanding lelaki?

Jawab : Betul. Ada kajian tentang hal ini.

Soal : Boleh bagi contoh?

Jawab : Contohnya, apabila otak kanak kanak perempuan berkembang pada usia 10 tahun.

Otak kanak-kanak lelaki mungkin pada umur 15 tahun atau lebih lagi.

Soal : Pada bahagian yang sama?

Jawab : Ya.

Soal : Jadi cara besarkan anak lelaki dan perempuan tidak sama lah ye?

Jawab: Tidak syak lagi berbeza.

Soal : Ada perbezaan lain lagi?

Jawab: Banyak. Lelaki akan exaggerate pada fakta dan data.

Perempuan akan exaggerate pada emosi dan perasaan.

Lelaki akan exaggerate pada pentingnya kerjayanya, pendapatannya, saiz ikan yang dipancing. Kenderaan yang dipandu dll.

Otak perempuan pula lebih fokus kepada kehidupan dan perhubungan.

Jadi fantasi lebih tinggi dalam aspek-aspek ini. Aspek inilah yang selalu dibualkan.

Lelaki berbual pasal kenderaan, bolasepak, politik dan lain-lain yang berbentuk fakta dan data.

Soal: Oh, baru saya faham kenapa my hubby selalu cakap pasal kereta dan bola.

Ok. Terima kasih doc.

Jawab: Sama-sama.

Ilmu otak mesti tahu dan ambil tahu.

Otak tanggungjawab kita.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

Scroll to Top