Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

Penampilan diri sering dikaitkan dengan wanita kan?

Tetapi, SIAPA KATA lelaki kurang peka terhadap penampilan diri mereka!

Malah, ada lelaki yang membelanjakan lebih banyak untuk penjagaan diri berbanding wanita

Dalam sekitar 10 atau 15 tahun yang lalu,

Jika ditanyakan kepada lelaki mengenai rutin penjagaan diri,

Majoriti daripada mereka mungkin menjawab hanya dengan menggunakan pencuci muka.

Namun, tidak hairan juga ada yang memilih sabun mandi untuk membersihkan muka.

Tidak masuk akal kan?

 

Tetapi!

Mereka beranggapan

Menjaga kecantikan wajah bukanlah menjadi suatu keutamaan

Walau bagaimanapun,

Senario itu pun sudah banyak berubah dek ditelan zaman yang serba moden ini.

Kini, golongan lelaki semakin sedar dan bijak dalam menjaga kulit wajah dan penampilan diri mereka.

 

Perasan tak?

Kalau ditanya kepada lelaki,

Mahkota apa yang paling mereka jaga pada diri?

Sudah pasti, majoriti lelaki mungkin akan jawab ialah RAMBUT.

Kalau rambut lelaki serabai atau tak jaga dengan baik,

Habis hilang seri mereka kot!

 

Selain wajah,

Lelaki juga perlu mengambil berat terhadap penjagaan rambut.

Ia sangat penting,

Kerana lelaki masa kini tidak lagi hanya tahu bekerja semata-mata tanpa memikirkan aspek penjagaan diri

Penampilan diri juga merujuk kepada pemilihan PAKAIAN harian kita.

Lelaki juga perlu bijak memilih busana harian supaya sentiasa kelihatan kemas dan teratur

Nak tahu tak?

Penggunaan minyak wangi juga dapat menyempurnakan imej diri

Bagi lelaki yang kurang rajin atau tidak mempunyai masa untuk mengikuti rutin penjagaan yang terlalu banyak,

Mereka boleh cuba beberapa tips ini:

i. Penjagaan Wajah

  • Mencuci wajah 2 kali sehari (waktu pagi dan malam) bagi menyingkirkan kotoran dan minyak

ii. Penjagaan Rambut

  • Potong rambut secara berkala
  • Pilih gaya rambut yang sesuai dengan bentuk wajah
  • Pilih syampu yang sesuai mengikut jenis rambut

iii. Pakaian Kemas

  • Pilih pakaian yang sesuai dan bersih agar kelihatan kemas

iv. Penjagaan Kuku

  • Pastikan kuku dipotong supaya sentiasa bersih

v. Bercukur

  • Bercukur membantu lelaki kelihatan lebih kemas dan profesional terutamnya dalam situasi formal

 

Persoalannya?

Kenapa lelaki ni perlu jaga penampilan diri mereka?

Mari kita ketahui lebih lanjut;

i. Meningkatkan keyakinan diri

Apabila seseorang lelaki berasa dirinya kelihatan sudah baik, dia cenderung berasa lebih yakin dalam berinteraksi dengan orang lain

Keyakinan diri sangat penting terutamanya dalam bekerja atau berdepan dengan situasi sosial.

ii. Melambangkan gaya hidup berdisiplin

Pernah dengar orang cakap,

Kulit yang bersih dan tubuh badan yang sihat menunjukkan seseorang itu pandai menjaga pemakanan dan mengamalkan rutin penjagaan diri yang baik

Ini bukan sahaja baik untuk kesihatan fizikal, tetapi juga memancarkan imej positif kepada orang di sekeliling

iii. Menghormati orang di sekeliling

Contohnya,

Berpakaian rapi untuk acara formal atau sekadar kelihatan kemas ketika bertemu keluarga atau rakan menunjukkan rasa hormat atau kesediaan untuk menghargai situasi tersebut

 

Kita tahu tak?

Penampilan diri bukan lagi isu remeh bagi lelaki.

Dalam dunia yang semakin moden,

Penampilan diri bukan sahaja meningkatkan keyakinan diri tetapi juga mencerminkan keperibadian yang positif dan profesional

Jadi, tunggu apa lagi?

Mulakan langkah anda untuk tampil dengan lebih baik,

Hargai potensi diri sepenuhnya!

Belajar sesuatu?

Anda Juga Mungkin Berminat

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Anemia Mampu Jejas Perkembangan Otak Anak?

14 Makanan Bantu Cegah Radang Apendiks!

Scroll to Top