Macam Mana Nak Baguskan Memori

Musim peperiksaan semakin dekat. Di sekolah dan di universiti hampir sama masanya. Pelajar semakin terjepit. Dengan minggu peperiksaan semakin menghimpit.

Pagi tadi Azizul menjengah ke bilik. Katanya ada pembentangan Projek Tahun Akhir atau mini tesis. Perlukan sedikit tips untuk memori.

Azizul pelajar tahun akhir. Bidang Sains. Asal dari selatan tanahair. Anak sulung dari empat orang adik beradik.

Pening katanya memikirkan peperiksaan semakin dekat. “Doktor, macam mana nak baguskan memori? Semakin lama rasa semakin menghilang apa yang dibaca.” Tanya Azizul.

“Okay Azizul. Saya kongsi tiga tips. Boleh?” Tanya saya pula pada Azizul.

“Boleh doktor. Janji dapat tips.” Jawab Azizul dengan pantas.

“Kena salin ni Azizul. Kalau tak salin nanti lupa pula.” Kata saya sambil tersengih.

1. Gunakan konsep visual. Gantikan informasi dengan visual. Tukarkan kepada imej. Gunakan warna untuk menambah karakteristik pada imej tersebut.

2. Bila selesai baca cuba terangkan kepada rakan. Ajar orang lain. Maklumat diperolehi lebih melekat di dalam kepala.

3. Makan telur ketika sarapan hingga waktu peperiksaan. Telur ada vitamin B. Bagus untuk otak.

4. Elakkan makanan berlemak. Lemak boleh merosakkan sel otak.

5. Wajib ambil sarapan. Penting untuk membantu prestasi otak untuk sepanjang hari.

“Dapat tak Azizul? Ini maklumat penting. Kena buat. Perlu konsisten. Nanti ada impak positif.” Ok?” terang dan Tanya saya pada Azizul.

“Ok. Ok. Terima kasih banyak. Boleh saya kongsi dengan kawan-kawan tak?” soal Azizul pula.

“Boleh. Suruh semua yang dengar amalkan. Jangan culas.”

“Boleh-boleh.” Cepat Azizul membalas kata-kata saya.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

Scroll to Top