Macam Mana Nak Pandai?

11 Julai 2017.

Pulang sekolah Maryam Safiya bercerita. Ada pelajar bertanya “Macam mana nak pandai?” Saya senyum menunggu reaksi Maryam seterusnya.

Maryam anak keempat. Bongsu dan tunggal perempuan. Saiz kecil.

Di rumah berbicara Bahasa Inggeris. Sekarang darjah 6. Bakal duduki UPSR.

Seawal darjah 3 sudah naik ke pentas. Menjadi juruacara. Darjah 4 sudah jadi pengawas. Paling muda dalam sejarah sekolah.

“Maryam jawab apa?” soal saya cuba memancing Maryam bercerita.

“I ask him back. What do you eat?”  kata Maryam spontan penuh konfiden. Maklumlah Ketua Pengawas.

“Budak tu jawab apa?” soal saya. Bangga menggunakan Bahasa Melayu.

“Dia kata dia makan keropok, nuggets, sosej dan selalu minum air dalam tin atau dalam kotak. Those are his favourites,” tambah Maryam lagi. Lenggok Australiannya masih pekat.

“Then what did you say?” saya pula cuba bangkitkan kembali accent Aussie yang hilang.

“You have to avoid processed foods. Bad for your brain. Eat real foods.”

“Eat more veggies and fruits. Drink plain water,” tambah Maryam. Macam beri ceramah pun ada.

Saya bermonolog sendirian. “Macam ayat aku jer ni.”

“Sounds like my words,” kata saya cuba mengusik Maryam.

“Off course. I learnt it from you dad. Now I’m passing your knowledge to the next generation. I’m carrying your legacy.”

Tambah Maryam makin rancak.

Saya senyum. Pegang kepalanya. Dalam hati masih monolog “Fuyo dahsyat minah ni. Tak padan dengan saiz.”

“Well done. I’m proud of you. Keep on sharing.” kata saya mengakhiri bualan santai antara ayah dan anak.

Kunci mahu pandai kembali kepada yang natural. Buang processed food dari menu harian. Moga Maryam boleh bantu anak-anak sebayanya.

 

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

Scroll to Top