5 Makanan Atasi Cirit-Birit

Kadang-kadang bila dah lama sangat PKP.

Duduk di rumah ni asyik makan je.

Makan banyak sangat sampai satu tahap tiba-tiba sakit perut.

Sakit perut pula bukan sekali.

Sampai berkali-kali asyik ulang alik pergi tandas.

Satu hari tu dalam tandas je memang perit.

Sampai satu tahap bila terlalu banyak kali membuang.

Badan memang rasa lemah tak bermaya, dah jadi lembik.

Diarrhae ni kalau bahasa kita cirit-birit.

Tak sama dengan membuang biasa. Ni membuang luarbiasa!

Ada banyak faktor yang boleh menyumbang.

Paling common, keracunan makanan.

Disebabkan pengambilan makanan yang tercemar.

Contohnya tak basuh tangan betul-betul masa jamah makanan.

Ada juga kes tersalah makan atau sebab alergi dengan kandungan makanan.

Contohnya intoleransi laktosa.

Apa tanda-tanda cirit-birit?

  • Dehidrasi
  • Najis terlampau cair
  • Perut cramp, sakit
  • Terlampau kerap ke tandas
  • Rasa nak muntah
  • Badan terasa panas
  • Selera makan hilang

Serangan cirit-birit ni selalunya akan hilang dalam masa beberapa hari.

TAPI sangat penting untuk badan tidak alami dehidrasi pada masa ni.

Jadi, hari ini saya nak share 5 tips macam mana nak atasi diarrhae;

 

 

1- B.R.A.T Diet

Kalau yang ada anak kecil tu bila kena cirit-birit ni punyalah risau.

Akan keadaan anak tersayang.

Kalau kita yang dewasa ni pun rasa terseksa dengan keperitan.

Ketidakselesaan serta rasa sakit serta mual apatah lagi anak kecil.

Tapi jangan risau,

B.R.A.T diet ni sangat membantu dalam atasi masalah sakit perut!

Singkatan untuk Banana, Rice, Apple dan Toast.

Kalau perasan,

Kesemua makanan ni makanan lembut.

Iaitu rendah fiber, lembut dan berkanji yang boleh buatkan najis jadi kurang cair.

Keempat-empat makanan ni juga kaya nutrisi.

Bantu gantikan balik nutrien yang telah hilang.

Akibat terlalu kerap membuang atau muntah-muntah.

Contohnya pisang ni ada potassium yang boleh bantu usus serap air!

Manakala buah epal pula ada pektin.

Untuk bantu pekatkan makanan dalam usus.

Selain roti dan nasi, makanan karbo kompleks lain seperti ubi kentang.

Juga boleh digunakan. Boleh dijadikan kentang lecek.

Sebaiknya, kena elak makanan susah dihadam;

Tinggi protein, buah masam, dan makanan berminyak.

2- Teh O Pekat

Amalan minum teh o pekat ni salah satu petua tradisional.

Untuk melegakan masalah cirit-birit.

Teh ni sangat lazim didapati di negara-negara Asia seperti China dan Jepun.

Teh o pekat ni dibuat panas-panas tanpa ditambah gula ataupun susu.

Boleh guna serbuk teh ataupun beli yang dalam uncang.

Rasanya akan kelat mungkin akan sukarkan masa nak telan tu.

Ada juga pilihan lain iaitu pengambilan teh herba.

Contohnya teh pudina, teh halia, teh bunga atau teh chamomile.

Apa yang mujarabnya teh ni?

Teh ada tanin yang tinggi yang beri kesan positif pada sistem pencernaan serta anti-radang!

Tapi!

Teh ni juga ada kandungan kafein yang tinggi juga.

Bukan tertakluk kepada kopi saja.

Teh ni sering jadi perdebatan sebab ada yang cakap ia boleh sebabkan cirit-birit.

Ada juga yang cakap sebaliknya.

Saya akan jelaskan secara ringkas.

Kandungan kafein dalam teh ada fungsi laksatif iaitu sebagai ‘pelawas’ untuk membuang air besar.

Yang kerap dikaitkan merujuk kepada teh ‘tidak sihat’.

Seperti teh tarik atau teh dengan pemanis tiruan.

Kalau teh ‘sihat’ lebih kepada teh tanpa sebarang tambahan gula atau susu atau pemanis tiruan macam teh herba.

3- Halia

Halia ni juga salah satu bahan semulajadi.

Yang memang digunakan oleh orang dulu-dulu untuk legakan cirit-birit.

Kaya dengan banyak bahan kimia tumbuhan bermanfaat yang disebut sebagai fitokimia.

Sifatnya yang boleh kurangkan kekerapan dorongan untuk membuang.

Selalunya, halia direbus bersama teh untuk dibuah teh halia.

Sangat sedap dan sihat.

Banyak lagi kebaikan halia ni antaranya mencegah masalah gastrointestinal.

Seperti kembung perut, perut bergas dan mual.

Fitokimia ni berkaitan dengan fungsi untuk perangi jangkitan yang sebabkan cirit-birit.

Contonya dalah kurangkan kesan menggigil akibat perut sakit.

Serta ubah otot cramp pada saluran pencernaan.

Untuk keluarkan sumber berlakunya diarrhea.

Halia fresh atau halia siap?

Pada saya, cara pengambilan halia paling terbaik adalah dalam bentuk asal.

Bukan suplemen.

4- Daun pucuk muda jambu batu

Daun pucuk muda jambu batu ni juga dijadikan ubat.

Untuk merawat perut tidak selesa serta cirit-birit.

Sama seperti teh o pekat tadi,

Air rebusan daun jambu batu sering digunakan oleh orang dulu-dulu.

Untuk meredakan diarrhea.

Ada yang guna daun tua (selalunya direbus),

Ada juga yang lebih suka gunakan daun pucuk muda (selalunya dimakan).

Bahagian pucuk muda ni kalau dikunyah serta diminum air rebusannya.

Boleh hilangkan senggugut dan senak perut.

Dimakan mentah dan rasa kelat sikit tapi boleh tahan.

Buah jambu batu pula memang dikenali kerana khasiat luar biasa.

Iaitu mempunyai 4 kali lebih banyak vitamin C berbanding oren!

5- Air kelapa muda

Saya rasa petua ini yang paling ramai orang guna.

Sebab kalau nak dibandingkan dari segi rasa, air kelapa muda ni paling sedap!

Orang pantai timur panggil buah nyor.

Air serta isinya yang lembut dan manis memang sesuai diminum.

Tambah-tambah pada musim panas.

Duduk pula tepi pantai..syok sungguh!

Jadi pelepas dahaga sebab air kelapa muda ni ada karbohidrat mudah cerna.

Iaitu dalam bentuk elektrolit dan gula.

Petua minum air kelapa memang sudah diamalkan sejak dulu lagi.

Sebagai penawar keracunan racun, meredakan cirit-birit dan juga mengubati demam panas.

Kelapa ni semua bahagian termasuk daun dan batang ada kegunaannya.

Airnya ada elektrolit seperti kalium, manganese dan sodium.

Yang boleh ganti kehilangan air dan elektrolit dalam badan akibat cirit-birit.

Petua lain iaitu megunyah biji selasih untuk cirit-birit.

Memang mujarab.

 

#DrRizal #Neuroversiti #ciritbirit

Anda Juga Mungkin Berminat

Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024

Bagaimana Melancong Bantu Lambatkan Penuaan?

9 Manfaat Sebenar Senaman Squat Ramai Tak Tahu

19 Makanan Bantu Tingkatkan Hubungan Sel Otak

7 Suplemen Terbaik Untuk Penyakit Autoimun!

9 Kesan GULA Ke Atas 9 Organ Tubuh Ini

Scroll to Top
0