in ,

Makanan Bergoreng & Otak

Melihat pada makanan sahaja boleh menggiurkan.

Warna yang pelbagai menambah tarikan untuk mendekatinya.

Cara hiasan dan persembahan meningkatkan harga pada sesetengahnya.

Mendengar tumisan mengundang rasa ingin makan. Bunyi hentakan sudip di dalam kuali seakan memanggil-manggil.

Begitu juga apabila mendengar makanan dialihkan dari kuali ke pinggan.

Aroma makanan pasti menggigit rasa. Lidah kecur dibuatnya. Perut mula mengeluarkan lagu ciptaannya.

Makanan dan minuman adalah nikmat. Banyak juga mengundang mudarat.

Lebih-lebih lagi apabila main makan sahaja tanpa maklumat.

Tadi dalam misi mengambil anak dari sekolah.

Kenderaan seolah-olah terlebih banyak hari ini. Penantian di lampu isyarat agak lama.

Handphone tiada. Jadi jari tidak lagi ditarikan di atas skrin. Mata melilau memandang ke luar.

Di sebelah kanan orang sibuk membeli. Sebuah gerai dikerumuni. Rupanya menjual pisang goreng dan cucur-cucur.

Masakkannya semua deep-fry. Mungkin sedap. Sebab itu ramai yang tertumpu di situ.

Dalam kepala mencongak kesan mengambil makanan itu. Berminyak. Mengandungi tepung dan bergula.

Apa khasiatnya?

Mungkin tiada. Penuh kalori. Satu pisang goreng sudah mencecah 200 kalori. Belum masuk cucur dan minuman.

Congakan kasar mungkin sekitar 800 kalori termasuk air. Andai 100 kalori perlu berlari selama 15 minit, berapa agaknya kalau 800 kalori.

Apa yang berlaku andai tidak senaman selepas itu?

Pembentukan lemak pasti berlaku. Peningkatan gula di dalam darah tidak terkecuali.

Kesan buruk pada CEO otak iaitu Prefrontal Cortex (PFC) jugak berlaku. Makanan-makan itu menurunkan aktivitinya.

Andai inilah makanan yang dimakan ketika mesyuarat, apa akan jadi pada kualiti hasil mesyuarat?

PFC adalah tempat membuat keputusan. Tempat merancang. Tempat mengawal.

Lemah bahagian ini lemahlah yang lain. Merosotlah prestasi.

Mulalah rasa tidak puas hati di sana sini.

Mahu minum dan makan di waktu petang, pilih yang berikut:

1. Buah-buahan segar seperti jambu batu potong, pisang, betik, mangga dan lain lain.

Kaya dengan vitamin dan punyai khasiat yang tersendiri.

2. Kekacang seperti almond. Almonds naikkan dopamin dan adrenalin.

Juga penting untuk belajar. Bahagian otak yang dapat manfaat ialah Left Temporal Lobe.

Bahagian belakang mata kiri kita. Ini tempat belajar.

3. Buah-buahan kering seperti buah tin dan apricot. 

4. Teh bunga tanpa gula. Maniskan dengan madu atau stevia. Itupun kalau mahu.

Ini adalah contoh-contoh makanan dan minuman yang boleh menjadi ubat.

Jangan jadikan ubat sebagai makanan.

Sihat itu Jihad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Stres, Makanan & Otak

Rendah Diri & Otak