Makanan Berlemak Boleh Tingkatkan Sistem Imun?

Makanan Berlemak boleh tingkatkan sistem imun?

Biar betul kenyataan ni. Tak kan makanan berlemak boleh bantu naikkan sistem imun.

Tapi begitulah faktanya. Tapi ini bukan lemak biasa. Ini lemak sihat.

Lemak sihat dapat naikkan sistem imun bila berdepan dengan patogen. Sekaligus kurangkan inflamasi.

Inflamasi adalah respons biasa bila stress atau berlaku luka. Tapi kronik inflamasi mengundang padah pada tubuh. Kronik inflamasi lemahkan sistem imun.

Bila imun menurun, kita akan terdedah pada ancaman virus. Kita letakkan diri kita dalam keadaan bahaya.

Untuk tingkatkan system imun mudah sahaja. Ada beberapa jenis makanan berlemak sihat yang dapat bantu.

Antaranya ialah minyak MCT. Minyak ini bersifat anti-inflammatory. Ia akan bantu baiki tubuh yang terkena inflamasi. 

MCT juga dikaitkan dengan turunnya risiko terkena serangan jantung dan diabetes. Baguskan? Imun naik, penyakit jantung dan diabetes dijauhkan.

Saya suka dengan MCT ni. Sebab itu setiap hari saya akan campurkan dalam air untuk minum. Sya akan minum sebelum keluar walking biasanya.

Oleh kerana MCT ni power untuk bagi tenaga pada otak, saya sentiasa pastikan ada stok di rumah.

Sekiranya anda mahu alternatif lain, boleh cuba chia seeds. Chia seeds ini adalah bijirin hitam. Kaya dengan fiber dan Omega 3. Kaya juga dengan protein dan anti oksida. 

Kalau MCT dikaitkan dengan lemak Medium Chain, lain pula dengan Chia Seeds. Ia ialah lemak Short Chain atau rangkaian pendek lemak.

Lemak sihat dari omega 3 ini akan bantu turunkan inflamasi. Secara langsung baiki sistem imun kita. Saya juga suka denga chia seeds ni.

Biasanya waktu pagi sebelum keluar walking saya akan masukkan satu sudu chia seeds ke dalam mug.

Kiranya macam rendam dalam air. Bila balik saya akan minum air bersama rendaman chia seeds ni.

Kalau ada bajet bolehlah cuba superfood bernama avocado. Avocado ni ada yang ditanam di dalam negara ada yang diimport. 

Keduanya punyai kualiti yang hampir sama. Walaupun begitu, avocado tempatan lebih murah berbanding yang diimport.

Kenapa avocado? Avocado ada lemak Monounsaturated fat atau MUFA. Lemak ini pentinguntuk kesihatan jantung.

Penting untuk naikkan imun. Selain MUFA ia juga ada PUFA iaitu polyunsaturated fat. PUFA penting untuk rendahkan risiko strok, darah tinggi dan kolesterol.

Saya sendiri pasti akan ambil avocado sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Kalau ada bajet juga boleh cuba walnut. Kacang ni juga kaya dengan omega 3. Oleh kerana walnut ni penting sebab tu saya buat biskut raya campur walnut sebelum ni. 

Tapi biskut ni bukan ada walnut saja tapi campur dengan almond. Kacang yang kaya dengan Vitamin E. Vitamin penting kurangkan inflamasi dan naikkan antibodi kita.

Bajet tak ada? Rileks dulu.

Boleh ambil telur. Boleh ambil tauhu. Boleh ambil isi kelapa. Boleh cuba kuaci dari bunga matahari atau labu.

Satu lagi yang ramai tak tahu yang makanan ni juga ada lemak sihat ialah dark chocolate. Dengan anti oksida yang tinggi, kita kena berdamping dengan saka ni. Dark Chocolate akan dapat bantu baiki sistem imun dan rendahkan inflamasi.

Musim ramai terkena jangkitan ni penting sangat ambil tahu pasal antibody sendiri. Cepat cepat beralih pada makanan yang dapatkan tingkatkan sistem imun.

P/S : Mahu pelajari ilmu bagaimana makanan mampu tingkatkan PRESTASI Otak?

klik https://neuroversiti.com/neurohacking-live/

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

13 Kebaikan Kacang Kuda Untuk Wanita

10 Kebaikan Minyak Zaitun Untuk Tumbesaran Anak

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

Scroll to Top
0