Bagaimana Makanan Mempengaruhi Fungsi OTAK?

OTAK bekerja 24 jam, walaupun semasa Tuan/Puan tidur.

Jadi, OTAK perlu sentiasa diisi ‘minyak’.

‘Minyak’ datang daripada makanan yang dimakan.

Apa yang dimakan akan hasilkan kualiti ‘minyak’ yang berbeza.

Senang cakap,

Apa yang Tuan/Puan makan beri kesan terus kepada struktur, fungsi dan emosi OTAK.

Pernah pandu kereta mahal?

Kereta mahal tak pakai minyak biasa. Minyaknya bertaraf ‘high-premium.’

Yang pernah pandu kereta mahal saja akan rasai perbezaan ketara jika dibandingkan dengan kereta biasa.

Sama juga dengan OTAK.

Nak fungsinya laju, pantas, cekap dan mantap.

Jenis makanan yang diambil juga perlu dalam kategori ‘high premium.’

Contoh makan ‘high-premium’ ialah,

Makanan bebas bahan kimia, perisa sintetik, pewarna, perasa tiruan & pengawet.

Makanan semula jadi yang tidak diusik. Nutrisinya dikekalkan seperti asal.

Tapi jika kereta mahal diisi dengan minyak ‘low-premium’.

Mahal macam mana pun,

Perkakas dalam terkena tempias.

Bila pandu, tak sama macam masa pakai minyak ‘high-premium.’

Sama lah kalau OTAK diisi dengan minyak ‘low-premium’ (makanan segera berproses, karbo ringkas, lemak trans, gula putih).

Habis perkakas dalam. Berkarat. Dikakis. Kelajuan OTAK berkurang.

Belajar sesuatu?

Anda Juga Mungkin Berminat

7 Kesan Perubahan Iklim pada Badan Ramai Tak Sedar

Rahsia Puasa Enam: Bukan Sekadar Ibadah, Tapi ‘Reset’ Otak & Badan Anda!

Kesan El Nino Kepada Badan: Kenapa Ramai Tiba-Tiba Cepat Letih, Sakit Kepala & Mudah Stress?

Rahsia Anak Lebih Bijak & Fokus: Aktiviti Berseni Bantu Otak Anak Perform Secara Semula Jadi!

Rahsia Terapi Muzik untuk Otak: 4 Cara Mudah Tajamkan Memori & Fokus

Tips Jaga Otak Ketika Shift Malam: 5 Cara Elak Otak “Burnout” Walaupun Kurang Tidur

Scroll to Top