in ,

Angry Cry Cute Love OMG

Makanan Ringan, MSG & Otak

Isu makanan ringan tidak ringan.

Yang ringan pada khasiatnya.

Berat pada kesan buruk terhadap kesihatan terutamanya otak.

Ianya mudah didapati. Diletak tempat yang mudah dilihat.

Tangan mudah mencapai. Aromanya menggiurkan.

Bunyi rangupnya mengujakan. Rasa mahu sentiasa dikudap-kudap.

Harganya pula mampu milik. Warna bungkusannya hasil kajian psikologi warna.

Temanya memanggil. Menjemput. Mengajak. Nikmatnya bermain di fikiran.

Makanan ringan dicipta untuk memporak perandakan bahan kimia di otak.

Antaranya ialah serotonin. Tugasnya mengangkat mood.

Membahagiakan pemiliknya. Andai seimbang.

Tingginya serotonin yang bersifat sementara ini membuatkan kita susah untuk berhenti makan.

Pernah terjadi?

Tangan terasa ringan untuk menjamah. Mulut dengan mudah mengunyah.

Puncanya ialah serotonin lebih serta tinggi dari biasa.

Natijahnya:

1- Mudah mengantuk
2- Penerimaan pelajaran menjadi perlahan
3- Sukar memproses maklumat 
4- Berat meningkat, pinggang membesar, baju dan seluar mengecil.

Banyak minuman ringan mengandungi Benzoate.

Ianya dikesan mengganggu fungsi otak.

Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif. Sukar dikawal.

Selepas waktu rehat di sekolah contohnya, mententeramkan pelajar menjadi cabaran besar kepada guru.

Cabaran lain pada makanan ringan ialah monosodium glutamate (MSG).

Bahan ini secara agresif merosakkan sel-sel otak.

Pemakan menjadi cepat marah. Terlalu reaktif.

Migrain juga adalah hasil kepada pengambilan MSG.

Ianya mengandungi excitotoxin. Tugasnya ialah memporak perandakan sel otak.

Seolah-olah membuka suis sakit kepala dan membuatkan migrain semakin teruk.

Dalam erti kata lain ianya adalah toksid.

Mahu hilangkan migrain?

Henti pengambilan MSG secara total.

Kepala menjadi ringan. Nikmat hidup kembali semula.

Kajian di American Journal of Clinical Nutrition. Keluaran Jun 2011.

Kajian di jalankan di China. Libatkan 10 ribu orang selama 5 tahun 6 bulan.

Kajian dapati pengambilan MSG sebabkan obesiti.

Apabila diambil dengan kadar 5mg sehari sebabkan kegemokan berlebihan iaitu sebanyak 30%.

Makanan di kedai, makanan proses, makanan segera, sos semuanya ada MSG.

Nilainya lebih dari 5mg.

Otak kita tanggungjawab kita.

Sihat itu Jihad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Aku, Dia & MSG

Kenapa Perlu Bersenam?