Kesan Pengambilan Makanan Ringan Pada Otak

Tahun lepas universiti tempat saya belajar dahulu,

iaitu the Australian National University (ANU) dan Deakin University membuat kajian bersama.

Kedua-duanya mengkaji kesan pengambilan makanan ringan ke atas otak.

Berikut adalah dapatan kajian kesan makanan ringan ke atas otak:

1. Bahagian otak yang terlibat dalam pembelajaran, memori dan kesihatan mental iaitu hippocampi menjadi kecil.

2. Mengurangkan hormone BDNF di dalam otak.

Tugas hormon ini ialah memelihara sel-sel otak dari rosak.

3. Lebih terdedah kepada kemurungan, kerisauan dan nyanyuk.

4. Menyebabkan keradangan pada otak.

Ia juga mengganggu pembentukan memori sekurang-kurangnya 3 minggu setiap kali kita mengambil makanan ringan

Kefahaman dari kajian ini ialah makanan ringan atau jajan merosakkan otak.

Kita jadi sukar untuk belajar.

Memori gagal terbentuk selama tiga minggu setiap kita berjajan-jajan.

Yang terburuk sekali ianya mengecilkan otak.

Adakah jeruk termasuk?

Ya. Termasuk sekali.

Sihat adalah jihad.

Anda Juga Mungkin Berminat

Kesan Penggunaan Handphone Sebelum Tidur: Punca Tidur Tak Lena Ramai Tak Sedar

Rahsia Terbongkar: Makanan Mengganggu Tidur Buat Anda Penat Setiap Pagi!

Tips Tidur WWW: 3 Amalan Sebelum Tidur Yang Ramai Tak Buat

Tidur Nyenyak Dengan Cahaya Matahari? Ini Sebab Ramai Tak Sedar Kesannya Pada Otak

3 Sebab Kenapa Anda Cepat Lesu Bila Tidur Lepas Sahur

Bagaimana Kita Jadi Lapar? Rupanya Otak Anda ‘Tipu’ Anda Tanpa Sedar

Scroll to Top