19 Makanan Tidak Berkhasiat

Makanan hari ini tidak sama seperti di zaman datuk nenek kita dahulu. Jika sayur dan buah yang ditanam itu mungkin disembur bahan kimia, ada juga makanan yang diperbuat daripada bahan kimia itu sendiri. Kemudian di labelkan dan di paket kan kedalam bungkusan yang menarik mata memandang.

Makanan tidak berkhasiat ini memberi kesan buruk pada otak dan tubuh manusia. Anak-anak kecil yang sedang membesar dan memakan makanan tidak berkhasiat ini misalnya, akan berlaku sedikit gangguan pada pertumbuhan otaknya.

Begitu juga dengan orang dewasa. Apa yang kita makan memberi kesan pada otak dan tubuh, samada positif atau negatif.

Di artikel kali ini, jom lihat senarai makanan tidak berkhasiat yang biasa orang kita ambil.

1. Nugget

Makanan Tidak Berkhasiat

Antara makanan favourite kantin sekolah biasanya ialah nugget ayam.

Kenapa? Sebab mudah dan murah. Mungkin untung tinggi bila beli banyak. Entahlah. 

Mungkin juga sebab ramai suka. Permintaan tinggi. Jadi itulah yang dijual.

Pada chicken nugget ada 25 bahan atau lebih. Salah satunya ialah isi ayam. Bayangkan jumlah bahan berbanding saiz nugget.

Soalnya sekarang yang selebihnya itu apa?

Dari ingredient jenama restoran makanan segera terkenal diletakkan maklumat-maklumat ini (sebahagian sahaja):

1. Sodium Acid Pyrophosphate
2. Sodium Aluminum Phosphate
3. Monocalcium Phosphate
4. Calcium Lactate
5. Sodium Phosphates
6. Yellow Corn Flour,
7. Bleached Wheat Flour
8. Food Starch-Modified
9. Salt
10. Safflower Oil
11. Dextrose
12. Citric Acid
13. Hydrogenated Soybean Oil with TBHQ
14. Dimethylpolysiloxane
15. Autolyzed Yeast Extract mengandungi MSG.

Mungkin ada yang tertanya apa dia TBHQ (Tertiary Butylhydroquinone)?

TBHQ adalah petroleum-based preservative yang dijumpai dalam varnish perabot kayu, produk pesticide atau racun serangga, kosmetik, dan pewangi atau minyak wangi.

Mahukah kita bagi anak kita atau kita sendiri makan benda begini?

Mungkin ada yang akan kata “Dah bertahun makan tak sakit apa pun”. Kalau begitu syukur Alhamdulillah.

Mungkin juga sakit itu belum muncul. Sudah ada tanda cuma kita yang tidak sedar.

Apapun bila bagi duit kat anak esok, pesan beli makanan lain. Tak payahlah beli nugget. Harapnya adalah buah dijual. Itu opsyen yang lebih bagus.

2. Pizza

Makanan Tidak Berkhasiat

Terdengar bualan. Antara anak dan ibu. Anak sebut kelaparan. 

Si ibu pandang. Lihat sekeliling. “Makan pizza nak?”

“Yeay, yum yum pizza.” Si anak melompat gembira. Tangannya ditepuk tepuk.

Si ibu tersenyum. Puas barangkali. Gelagat anak menambah rasa percaya si ibu.

Dua perkara menarik pada pizza. Satu pada rotinya. Satu lagi pada cheesenya.

Pada roti ada kompaun bernama gluteomorphins. Apabila makan, gluteomorphins akan masuk dan melekat pada reseptor opioid di otak.

Sama seperti morphins masuk ke reseptor opioid. Ia sebabkan rasa ketagih. 

Faham mudahnya seperti kita masukkan kabel 3 pin laptop ke soket 3 pin di dinding. Ia masuk dan melekat.

Pada Cheese pula ada casomorphins. Hampir sama seperti gluteomorphins. Ia juga masuk melekat ke reseptor opioid di otak.

Apabila makan sahaja otak akan keluarkan dopamine - feel good hormone. Hormon ini juga sebabkan rasa ketagih.

Keinginan untuk makan berulang. Nampak cheese meleleh, kecur air liur. Meleleh jua akhirnya.

Dr Neal Barnard dalam bukunya The Cheese Trap sebut “Ia adalah dadah makanan, sebabkan ketagihan berulang. Ketagihan yang sebabkan obesiti."

Hati hati engan perangkap ini. Walau kenyang kita tetap mahu makan dan rasa. Penangannya luarbiasa.

3. Jajan (Makanan Ringan @ Cekedis)

Makanan Tidak Berkhasiat

Waktu itu aku sedang menuils laporan. Tengah kusyuk menulis, terdengar namaku disebut.

Dr Andy sudah berada di sisi ketika aku berpaling. Dengan penuh teruja dia mengajak aku ke lab.

Dr Andy adalah pakar neuropsikiatri. Hampir tiga dekad menabur bakti dalam dunia psikiatri. Pendekatannya sedikit berbeza.

Apabila tidak sama pasti mengundang jelek bicara. Ramai jadi tukang kutuk. Tukang fitnah.

Sehingga Dr Andy dihadap ke lembaga disiplin bidang perubatan. Dr Andy tidak berundur. Tidak kendur.

Ketika orang lain mengasing diri, Dr Andy keluarkan data saintifik. Terus dengan dunia imbasan otak

Ya, dulunya tidak pernah rawatan psikiatri gunakan imbasan otak. Biasanya Talk Therapy. Dia melawan arus.

Kini dia dihormati. Khidmatnya ditagih. Pendapatnya jutaan nilaiannya.

Keluar dari bilik kami berjalan beriringan. Dr Andy tunjukkan hasil imbasan otak Jay. Seorang pesakit berusia 19 tahun.

Dia tunjukkan bahagian Hippocampus. Pusat memori manusia. Aneh.

Hippocampus Jay lebih kecil saiznya. Dr. Andy bertanya kepadaku. "Apakah punca Pusat Memori ini mengecil?"

Berat soalan ini. Aku berfikir sejenak. Mencari jawapan yang terbenam dalam subconscious mind.

Dengan tenang aku menjawab. Puncanya PUSAT MEMORI MENGECIL ialah MAKANAN RINGAN atau JAJAN.

“Betul,” kata Dr Andy. “Spot on,” tambahnya lagi lebih teruja wajahnya kali ini.

Jay selalu habiskan masa dengan makanan ringan. Berjajan sahaja. Pada jajan ada pewarna. Ada perasa.

Pada jajan ada bermacam bahan kimia. Semuanya mengakis. Semuanya merosakkan.

Bagaimana mahu belajar apabila pusat memori makin mengecil? Bagaimana dapat jadi pintar terdidik apabila OTAK DIRACUN JAJAN setiap hari?

4. Nasi Putih dan Tepung Putih

Makanan Tidak Berkhasiat

rice

Elak nasi putih. Ambil beras perang. Alternatif yang lebih baik.

Ada perbezaan antara nasi dahulu dengan nasi sekarang.

Beras putih sekarang melalui proses polishing.

Di mana segala fiber yang baik membekalkan nutrisi yang bergizi seperti dahulu dilekangkan di beras pada hari ini.

Ianya tidak beri lagi nutrisi seperti mana yang datuk nenek kita dapati pada zaman dahulu.

Nasi ni apabila kita makan, kajian menunjukkan karbohidrat yang kita ambil ini apabila masuk ke dalam sistem tubuh badan kita, dia akan bertukar menjadi gula. Untuk bekalkan tenaga untuk kita bekerja.

Tetapi memandangkan kita tidak bekerja, seperti bersawah dan berkebun, jadi gula ini akan mula membentuk lapisan-lapisan lemak.

Berlakulah benjolan di sana sini. Mulalah seluar menjadi kecil. Mulalah baju menjadi kecil.

Sebabnya adalah kerana gula yang terbentuk dari karbohidrat tidak digunakna dan membentuk lapisan lemak demi lemak.

Ya, datuk nenek kita makan nasi setiap hari. 

Tetapi mereka mempunyai aktiviti ekonomi yang berbeza dari kita.

Mereka bekerja di ladang, mereka berkebun, mereka bersawah, mereka menjadi nelayan, dan semua itu memerlukan penggunaan tulang empat kerat.

Tetapi kita berbeza pada hari ini, kita tidak menggunakan ataupun kita tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti seperti itu.

Kita hanya berada di pejabat, kita hanya menggunakan jari untuk menaip ataupun tangan untuk menulis.

Dan kita jarang menggunakan keseluruhan tubuh badan kita untuk bergerak.

Beras perang adalah alternatif yang lebih baik berbanding beras putih.

Ataupun beras yang ditulis "parboiled" atau beras basmati. 

Tetapi andai kata berat badan menjadi isu utama kita, pastikan kita elak dulu dari makan nasi sebab walaupun nasi dari beras putih parboiled dan beras basmati ini umumnya lebih baik opsyennya, tapi ianya akan tingkatkan berat badan kita.

Selain nasi putih ini, elakkan juga tepung putih. Ganti dengan tepung unbleached, multigrain atau wholemeal. Kedua-dua nasi putih dan tepung putih mempunyai kisah yang sama.

Kedua-duanya apabila kita makan, akan terus bertukar menjadi gula dalam badan, dan gula ini memberi kesan buruk kepada otak, memberi kesan buruk kepada tubuh badan manusia.

5. Gula Putih & Makanan atau Minuman Yang Diletakkan Gula Putih 

Makanan Tidak Berkhasiat

Gula putih terdapat dalam hampir kesemua makanan proses. Dalam sos, dalam coklat, kek, minuman berkotak, tin, dan paket dan banyak lagi.

Kita juga tanpa segan silu letak gula putih dalam minuman, pada donut, pada masakan dan lain-lain.

GULA PUTIH juga BESARkan BADAN. Ikut kajian 62% wanita dan 48% lelaki di Malaysia jadi obes. Terkena penangan GULA PUTIH. Jangan masuk dalam statistik itu.

Ikut kajian juga lebih dari 85% lelaki "mengandung". Penangan GULA PUTIH juga.

GULA PUTIH juga tonik kepada sakit kepala, migraine, cyst, anxiety, depression.

Oh ya. GULA PUTIH LEMBABKAN OTAK.

Malan malam nanti, semak makanan dan minuman apa kita ambil.

Boleh boleh?

Ikut kajian 40% penyakit kanser boleh dicegah. Caranya MUDAH. JAUHI gula putih. KANSER memBESAR dengan GULA PUTIH.

Gula putih juga rosakkan kulit. Sudah diterangkan dalam artikel sebelum ini: 5 Tips Kulit Cantik & Awet Muda 

Makanan seperti coklat, donut, kuih-muih, air gas dan banyak lagi, kebanyakannya mengandungi gula putih.

Jika ingin manis, dapatkan dari sumber semulajadi seperti buah. Atau madu. Dan alternatif gula yang terbaik adalah gula kelapa.

6. Organ Dalaman

Makanan Tidak Berkhasiat

Rakan pernah bertanya saya. “Kenapa kau tak ambil organ-organ dalaman ni?”

Saya katakan bahawa organ dalaman ini mendatangkan bahaya pada otak.

“Ok ok. Teruskan. Aku nak dengar ni,” jawabnya seolah-olah tidak sabar.

Begini. Dengar sini ya ma’asyaral muslimin, kataku berseloroh seolah-olah memulakan khutbah.

1. Dalam organ-itu ada bahan logam seperti tembaga (copper), zinc dan zat besi (iron).

2. Keperluan harian kita untuk tembaga ialah 0.9mg sahaja. Saiz sederhati hati ayam sahaja dah membekalkan lebih dari 14mg tembaga.

3. Hati ayam yang bersaiz sederhana juga membekalkan 7mg zat besi serta 5mg zinc. Keduanya hampir melebihi keperluan otak kita. Lebih buruk pakej utamanya ialah 400mg kolesterol.

4. Kesan lebihan tembaga memberi impak kepada fokus, pembelajaran dan memori. Lebih buruk lagi ialah penyakit Alzheimer.

5. Kesan lebihan zat besi pula menyebabkan keletihan, sakit-sakit dan lemah badan. Lebih buruk ialah natijah ke arah diabetes, kerosakan hempedu dan arthritis.

6. Lebihan zinc pula adalah toksid kepada otak. Mengganggu komunikasi antara sel-sel otak. Kesannya kita jadi pelupa. Bila cakap tak dapat habiskan ayat. Kawan tolong habiskan ayat kita waktu kita terkial-kial mencari perkataan yang sebenar.

“Habis tu nak buat macam mana? Sedap betul benda-benda ni. Kufur nikmat kalau tak makan.” Pintas kawan saya.

Bangga menjadikan agama sebagai alasan.

Saya menjawab dengan padat. Menggunakan hujah agama juga. “Bukankah Allah sebut di dalam Al-Quran, ‘Kulu Minat Tayyibat’. Makanlah dari perkara-perkara yang BAIK.”

“Jadi kalau secara saintifiknya terbukti tidak baik, kita makan juga, bukankan itu melanggar perintah Allah. Jadi macam mana? Nak makan lagi.”

“Sumpah, taubat aku tak makan dah,” ringkas jawab rakan saya ini.

Antara nikmat sementara dan cukai KESAKITAN yang berpanjangan, yang mana satu pilihan?

7. Air Gas (Air Bikarbonat)

Makanan Tidak Berkhasiat

Kajian baru yang keluar pada 5 Mac 2017 di jurnal saintifik Alzheimer's & Dementia. Ujian OTAK ke atas 4000 orang.

Mereka ini suka minum minuman bergas atau air jus sehari dua kali atau 3 kali atau lebih seminggu.

Otak mereka diukur. Prestasi otak dinilai. Hasilnya menakutkan!

1. OTAK peminum minuman bergas atau jus komersil MENGECIL

2. Hippocampus - pusat memori juga mengecil.

3. Tanda-tanda STROK meningkat.

4. Tanda-tanda NYANYUK juga jelas menjelma

5. Tiga kali ganda lebih tinggi untuk dapat strok dan dementia.

Mereka juga dapati kesan yang sama kepada yang hanya minum sekali sehari.
Minuman bergas, jus, dan yogurt penuh gula, Terlalu tinggi gula. Sewajarnya digelar racun manis. Bukan minuman.

8. Pisang Goreng

Makanan Tidak Berkhasiat

Di sebelah kanan orang sibuk membeli. Sebuah gerai dikerumuni. Rupanya menjual pisang goreng dan cucur-cucur.

Masakkannya semua deep-fry. Mungkin sedap. Sebab itu ramai yang tertumpu di situ.

Dalam kepala mencongak kesan mengambil makanan itu. Berminyak. Mengandungi tepung dan bergula.

Apa khasiatnya? Mungkin tiada. Penuh kalori. Satu pisang goreng sudah mencecah 200 kalori. Belum masuk cucur dan minuman.

Congakan kasar mungkin sekitar 800 kalori termasuk air. Andai 100 kalori perlu berlari selama 15 minit, berapa agaknya kalau 800 kalori.

Apa yang berlaku andai tidak senaman selepas itu? Pembentukan lemak pasti berlaku. Peningkatan gula di dalam darah tidak terkecuali.

Kesan buruk pada CEO otak iaitu Prefrontal Cortex (PFC) juga berlaku. Makanan-makan itu menurunkan aktivitinya.

Andai inilah makanan yang dimakan ketika mesyuarat, apa akan jadi pada kualiti hasil mesyuarat?

PFC adalah tempat membuat keputusan. Tempat merancang. Tempat mengawal.

Lemah bahagian ini lemahlah yang lain. Merosotlah prestasi. Mulalah rasa tidak puas hati di sana sini.

9. Cereal

Makanan Tidak Berkhasiat

“Pagi pagi kau bagi cereal ke pada anak-anak kau?”  Soal aku pada teman.

“Ye lah. Sihat apa. Cepat dan senang. Kat kotak pun tulis bagus.”

Jawab Ramli seolah puas hati dengan jamuan sarapan pagi anak-anaknya.

”Ada 3 benda dalam cereal yang ganggu hormon kenyang. Ganggu interaksi otak dan perut."

1. Butylhydroxytoluene (BHT). Diletak untuk elakkan lemau atau cepat masuk angin. Sebab tu rangup jer.

2. Perfluorooctanoic acid (PFOA). Bahan ni ada dalam kuali non stick dan kosmetik. Dikaitkan dengan kanser.

3. Tributyltin (TBT). Ada dalam cat.

Ketiga ini sebabkan anak-anak tak rasa kenyang. Putuskan komunikasi otak dan perut.

Anak-anak terus makan. Tapi tak kenyang kenyang.

Sebab ‘makhluk ghaib’ ni sekat hormon kenyang dari keluar.

Dalam tak mahu itu terpanjang pula ceramah aku.

Ramli menyampuk.

“Ha betul la tu. Anak anak aku memang pelahap. Ingatkan hantu raya ke apa. Rupanya 3 ‘makhluk ghaib’ ni punya angkara.”

“Balik nanti kau semak kat bahagian kandungan. Ada atau tidak jelmaan ‘makhluk ghaib’ di atas. Kajian di Australia kaitkan 3 kandungan tadi dengan kanser.”

Pesan aku pada Ramli.

10. Biskut Raya

Sumber gambar: https://iresipi.com

Biskut raya. Macam macam warna. Bentuk dan rupa juga pelbagai. Bekas simpanan juga pelbagai. Ada besar. Ada panjang. Pendek kata berbeza.

Teringat masa kecil kecil. Apabila biskut raya dibakar, baunya semerbak. Menggiurkan. Tanpa diminta akan volunteer mahu bantu. Duduk di sebelah oven pun tidak mengapa. Asal berada di barisan hadapan.

Kalau ada yang rosak, patah dan hangit, bolehlah ngap terus. Itu motif. Niatnya mahu makan.

Jalan melimpas deretan biskut raya bangkitkan memori silam. Bagus dan indah memori itu. Tetapi masa hadapan lebih penting dari memori silam.

Untuk masa hadapan biskut raya undang padah. Tarik derita mendekati.

Umum mengetahui cara bikin biskut raya. Sarat dengan gula putih. Diadun dari tepung putih. Diletak marjerin lagi. Perisa ditambah. Pewarna meriahkan suasana.

Pendek kata biskut moden raya sarat dengan bahan bahan bahaya pada tubuh. Bahaya pada otak.

Gula putih keraskan pembuluh darah. Seperti menuang konkrit ke dalam pembuluh darah di jantung.

Gula putih juga kikis kolagen dari kulit. Kulit kendur dan berlapis. Menarik lagi gula putih mampu bina lapisan lemak yang kita cintai.

Rekahan pada kulit mula terbentuk. Wajah selulit muncul beri seri pada tubuh kita.

Marjerin penambah derita dengan lemak trans. Pembuluh darah mengeras ditambah dengan lemak umpama bongkah batu besar piramid. Mudah sahaja ia tutup laluan darah di pembuluh darah di jantung dan otak.

Pewarna juga bahaya. Ada dibuat dari petroleum. Pewarna contohnya merah 40, kuning 5 dan 6 mengandungi bahan kimia benzene - sejenis penyebab kanser atau karsinogen.

Kajian ke atas 200 kanak kanak kaitkan pewarna dengan ADHD. Anak menjadi terlalu aktif hingga sukar dikawal. Tingkahlaku mereka berubah dan kembali normal apabila mereka hindari makanan mengandungi pewarna.

Apabila mahu membeli atau buat biskut sendiri, berwaspadalah. Ingat masa hadapan. Ingat tubuh badan yang lama kita akan pakai lagi.

Sihat itu penting untuk ibadat. Sihat itu jihad.

11.  Marjerin

Banyak biskut raya guna margerin. Sepatutnya butter. Tapi sebab mahal, margerin dibuat ganti.

Margerin ni masuk dalam kategori trans fat atau lemak tepu. Masuk dalam pembuluh darah jadi macam paip sinki tersumbat.

Jenuh mengepam. Tak jalan juga. 

Paling takut trans fat ni masuk ke sel otak. Dia ganggu komunikasi antara sel. Macam kita call line jadi tak clear. Terputus putus. Dengar ayat awal tapi ayat hujung terpotong. Sakit hati jadinya.

Itulah bahana margerin buat kat otak. Bukan itu sahaja. Trans fat juga dikaitkan dengan kemurungan. 

Lebih malang lagi prestasi otak merudum macam nilai ringgit berbanding nilai dollar. Asyik jatuh sahaja sebelum ni. Paling takut ialah terkena alzheimer. Lupa habis.

Kalau nak buat kuih atau yang sama waktu dengannya elaklah dari guna margerin. Tak de faedah untuk tubuh dan otak. Bagi jantung tersumbat, bagi otak meningkat tahap ke-mangkuk-kannya.

12. Makanan Yang Ditulis "No Added Sugar", "Sugar Free" atau "No Sugar"

Sumber gambar: https://ecofrenzy.com/

Pernah beli makanan atau minuman yang bertulis No Added Sugar, Sugar Free atau No Sugar? Apa maksud disebalik terma dan label begini?

Mari kita telusuri satu persatu.

1. No Added Sugar - Maksudnya tidak ada gula tambahan pada produk. Tidak diberitahu bahawa bahan asasnya terkandung gula yang banyak. Contohnya jus buahan.

Pada jus buahan ada lambakan Fructose. Ditambah lagi dengan pemanis sintetik.

2. Sugar Free -Memberi erti produk tidak mengandungi gula. Tetapi sudah dimasukkan pemanis sintetik. Biasanya nama-nama pemanis sintetik ini adalah perkataan yang susah disebut atau dieja.

3. No Sugar - Produk tidak mengandungi gula. Tetapi diletak sugar alcohol (yang dibuat secara sintetik) dan pemanis tiruan, juga dibangun secara sintetik.

Kesian pengguna. Dimanipulasi. Asyik terkena sahaja.

Bagaimana mahu elak dari terpedaya lagi? Caranya ialah:

1. Baca label
2. Elakkan beli makanan atau minuman yang kandungannya punya perkataan yang sukar dibaca atau susah dieja.
3. Jauhi apabila perkataaan SUGAR berada pada kedudukan 3 kandungan awal.
4. Berhati-hati beli apabila kandungan bahan melebihi 6 bahan. Baca dan faham.

Tips mudah ini untuk disampai dan dipanjang-panjangkan. Sudah lama kita terpedaya.

13. Frankenfood

Semalam balik semula ke sarang. Sebelum masuk ofis, rasanya dapur perlu restock. Saya dengan bangganya ajak cikpuan isteri ke pasaraya.

Sampai sahaja pasaraya tengok banyaknya kereta. Jenuh cari parking. Ingatkan lepas raya tak ada orang dah.

Masuk dalam bangunan memang ramai. Semua nak restock barang dapur kot. Bila ramai ni saya suka tengok apa dalam troli orang. 

Nak baca tingkahlaku membeli manusia. Saya bagitahu cikpuan isteri jalan dulu. Saya nak buat studi sikit.

Masa dok tengok tu terpandang satu keluarga kecil. Saya tengok wajah puas sang isteri. Yang mencuka menolak troli ialah sang suami. Anak anak ada yang berlari lari. Belek sana pegang sini.

Happy sahaja anak-anak. Mahu tak happy kat tangan ada gula gula, chikedis dan chewing gum.

Tiba tiba famili tu datang dekat saya. Sang isteri sibuk pilih barang dekat rak. Troli betul-betul parking depan saya.

Saya tengok apa yang ada dalam troli. Terpandang satu kotak. Bahagian ingredient betul-betul ada di depan mata.

Saya ambil handphone terus snap. Lepas tu besarkan dan tengok ingredient pada kotak. Yang tertulis:

“Ingredients: Enriched Bleached Wheat Flour [Flour, Reduced Iron, B Vitamins (Niacin, Thiamine Mononitrate (B1), Riboflavin (B2), Folic Acid)], Corn Syrup, Sugar, High Fructose Corn Syrup, Water, Partially Hydrogenated Vegetable and/or Animal Shortening (Soybean, Cottonseed and/or Canola Oil, Beef Fat), Whole Eggs, Dextrose. Contains 2% or Less of: Modified Corn Starch, Glucose, Leavenings (Sodium Acid Pyrophosphate, Baking Soda, Monocalcium Phosphate), Sweet Dairy Whey, Soy Protein Isolate, Calcium and Sodium Caseinate, Salt, Mono and Diglycerides, Polysorbate 60, Soy Lecithin, Soy Flour, Cornstarch, Cellulose Gum, Sodium Stearoyl Lactylate, Natural “and Artificial Flavors, Sorbic Acid (to Retain Freshness), Yellow 5, Red 40.”

‘Makanan’ di atas bukan food. Ia Frankensfood. Sediaan utama ialah bahan kimia. Sedap di lidah sakit di perut dan otak. Sepatutnya dibakulsampahkan saja.

Bila kita nak beli ‘makanan’ lihat kandungan. Kandungan dengan perkatan sukar disebut wajar dihindari. Sampai nak tergeliat lidah tu jauhkan sahaja. 

Kalau kandungan lebih dari 6 wajar berhati-hati. Maksudnya banyaklah bahan kimia.

Frankensfood inilah yang membanjiri sekolah dan universiti. Di dapur rumah juga tersusun rapi. Seolah bom jangka yang menanti. Jadikan hospital tempat istirehat sebelum mati.

Soalannya adakah ini yang dihajati? Jadi tetamu hospital setiap hari?

Oh ya, rasa rasanya apakah ‘makanan’ itu?

14. Fries

Makanan Tidak Berkhasiat

Apa ada dalam french fries? Ada 15 bahan. Ada gula ada pewarna.

Ada sodium acid pyrophosphate dan tert-butylhydroquinone.

Hasil kajian dapati dos tinggi dan ambil kerap boleh beri masalah pada penglihatan. Rosakkan mata.

15. Makanan Deep Fried

Sumber gambar: https://thewirecutter.com

Makanan "Deep Fried" adalah makanan yang digoreng dengan minyak yang banyak sehinggakan minyak itu menutupi keseluruhan makanan tersebut.

Banyak sangat kajian berkenaan hal ini. Banyak makan makanan deep fried tingkatkan tahap kebodohan. 25-35% itu biasa.

Kenapa pula? Ia turunkan aktiviti otak di bahagian libatkan learning dan berfikir iaitu Left Temporal Lobe dan Prefrontal Cortex.

Elakkan beri anak makanan seperti ini. Kita pun perlu jauhi benda puaka ini.

Otak kita tanggungjawab kita. Hentikan dari terus menjadi peracun otak sendiri dan keluarga.

16. Fast Food

Makanan Tidak Berkhasiat

Fakta Makanan Segera atau Fast Food

1. Makanan makan segera atau fast food sebabkan lebih banyak kematian mengejut berbanding merokok - Kajian dari Jurnal JAMA 2016

2. Orang yang ambil makanan deep fried, makanan segera, makanan proses 10 kali ganda berisiko terkena serangan jantung - kajian di camconnect.org & census.gov

3. Makan makanan segera 2-3 kali seminggu tingkatkan risiko penyakit jantung sebanyak 50% - BBC News, 4 Feb 2016.

17. Makanan Yang Mengandungi MSG

Makanan Tidak Berkhasiat

Pagi tadi berbengkel. Bincang pelan strategik. Arah tuju fakulti dalam dunia latihan.

Salah seorang yang terlibat tidak makan. Dia disoal oleh timbalan dekan “Do you have specific dietary restriction?”

Pensyarah yang berasal dari India ini nafikan. Hanya sekadar alergik. “Alergic to what?” Soalan sambungan muncul.

“Oh I cannot take food with MSG,” katanya.

Saya dengar sahaja. Tiada menyampuk.

Teringat kajian dari jurnal saintifik Toxicology. Disebut:

“Racun rumpai yang dikenakan pada pokok buah buahan dan sayuran beri kesan langsung kepada OTAK.”

Kajian dari jurnal saintifik Toxicology dapati kesan racun ini sebabkan penyakit Alzheimer - nyanyuk dan Parkinson.

Pengkaji kaitkan racun rumpai dengan “racun putih”’ yang diletak dalam makanan.

"Pesticide-induced glutamate excitotoxicity appears to share similar effects to monosodium glutamate (MSG) and aspartame-linked excitotoxicity."

Maksud kasarnya kesan racun tumbuhan sama seperti kesan MSG. Keduanya toksid.

Kita berusaha jauhi racun tumbuhan. Tetapi ambil makanan yang punya kesan yang sama pada tubuh

Jauhi MSG. Ia toksid. Pelihara diri dan keluarga.

Hidden Names for MSG

Monosodium Glutamate
MSG
Gelatin
Calcium Caseinate
Monosodium Glutamate
Hydrolyzed Vegetable Protein (HVP)
Textured Protein
Plant Protein Extract
Hydrolized Plant Protein (HPP)
Hydrolyzed Protein
Hydrolyzed Oat Flour
Monopotassium Glutamate
Yeast Extract
Glutamate
Autolyzed Plant Protein
Yeast food or nutrient
Glutamic Acid
Sodium Caseinate
Autolyzed Yeast

18. Makanan Yang Mengandungi Maltodextrin 

"Hang tau tak tu racun?"

Soalan ini tiba tiba terpacul keluar. En. Man yang kusyuk mendengar terkesima. Terlopong mulut.

“Awat pulak racun? Kalau racun pasai apa tak diharamkan?” Soal En. Man seolah tidak puas hati.

En Man bukan orang sembarangan. Kedudukan nombor 2 dalam syarikat. Minat main golf.

Segak bergaya. Pakaian branded. Pendek kata En Man bertukar 360 darjah kecuali dialek Kedahnya. Pekat.

Kami sedang borak ilmiah. Tentang makanan. Perihal minuman seharian.

En Man suka makanan ringkas. Cepat. Sedap.

Semua itu kriteria makanan segera. Rutin En Man ialah tangkap apa yang ada. Nak cepat.

Mudahnya dia berdamping dengan makanan segera. Hari hari dijamahnya. Tidak ada kecuali.

“Banyak makanan yang kau sebut tu ada maltodextrin. Hang tau dak tu racun?” Aku mula serius. Tapi muka masih ada sinyium.

“Maltodextrin ni bagi pekat dan likat, bagi tekstur makanan smooth. Makan jadi sedap dan makanan nampak cantik.”

“Sosej, burger, salad dressing, sos, baby formula yang bagi kat anak hang, stevia, pemanis tiruan, puding, baked food, vitamin, minuman bergas & protein bar semua ada maltodextrin."

“Apa kesan pada orang yang ambil?” Saya soal lagi En Man.

“Mana aku nak tau? Aku tau makan ja?” Balas En Man berseloroh.

“Ok. Kesan dia macam ni:”

1. Naikkan gula dalam darah. Maltodextrin punya Glycemic Index tinggi betul. Sampai 110. Gula putih pula sekitar 60-70 indeks GI-nya. Jadi bahaya.

2. Halang terbentuknya bakteri baik dalam usus. Bakteria baik kurang tubuh kita akan jadi macam tong sampah bergerak. Harap baju jer cantik. Dalam tong sampah rupanya.

3. Toksid kepada organ manusia macam buah pinggang, pankreas, sistem peranakan, dan sistem imun.

4. Sebabkan alergi atau alahan

5. Maltodextrin dibuat dari corn starch yang GMO (Genetically Modified Organism). Maltodextrin dapatkan sebabkan penyakit Alzheimer, kanser, kerosakan buah pinggang, dan antibiotic resistance.

En Man yang asyik mendengar dari awal menyampuk. “Pastu apa nak buat?” Bersungguh nampak wajah En Man.

Gantikan dengan pectin, pes kurma atau Gam guar. Ketiga tiga ini mampu pekat, lembutkan tekstur dan beri kemanisan pada masakan. Lebih natural. 

19. Karbohidrat Ringkas 

Makanan Tidak Berkhasiat

Kuih muih, kek, nasi putih, mee dan gengnya, donut, burger adalah karbo ringkas.

Apabila diambil 30-40 gram setiap kali makan, gula akan meningkat di dalam darah. Asalnya bekalkan tenaga.

Apabila tidak diguna untuk kerja kerja tulang empat kerat, ia bertukar menjadi lemak.


Lemak lemak dengan bangga akan berkumpul di perut. Boyot dan buncitkan bumper depan manusia. Rasa mengah mula menghimpit.

Duduk bangun jadi payah. Sengal mula menjelma. Potong kuku kaki jadi sukar.

Lapar pula meningkat. Metabolisme menurun. Tenaga juga menurun.

Apabila diulang hari hari, natijah buruknya membesar. Dekatkan diri kita dengan hospital. Sediakan diri kita untuk terima suntikan demi suntikan. Setiap hari.

Sanggupkah kita sediakan perut sendiri untuk disuntik?

Bukan itu sahaja, gula yang bertukar dari karbohidrat ringkas ini juga ganggu otak manusia. Bahagian memori akan kehilangan selnya. Mati satu persatu.

Kita jadi pelupa. Jadi pemarah. Dimarahi dan dibenci.

Habis Tu Nak Makan Apa?

Kebanyakan makanan yang di share di atas adalah makanan kegemaran orang Malaysia. Habis tu nak makan apa?

Ada banyak makanan dari sumber alami yang sedap lagi berkhasiat. Contoh, boleh lihat di artikel Dr Ini Berkongsi 20 Makanan Sihat Untuk Otak Cantik dan 11 Makanan Terbaik Untuk Otak.

Professor saya di UIA dulu Prof Abdul Majid McKeen selalu berpesan

”Pada setiap makanan yang Allah ciptakan sudah ada kecukupan. Cukup rasanya. Tidak perlu penambahan. Pada tangan manusialah makanan-makanan ini dirosakkkan.”


p/s: Selain makanan di atas, makanan di bawah ini juga tidak baik untuk kesihatan:

20. Yoghurt berperisa

21. Sosej

22. Aiskrim

23. Mayonnis

24. Air jus buah-buahan

25. Minuman berperisa

26. Salad dressing


Anda Juga Mungkin Berminat

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

3 Resepi Roti Sedap, Sihat Dan Mengenyangkan

12 Khasiat Lada Hitam (Blackpepper) Ramai Jarang Dengar

Resepi Ramadan Sihat Dengan Mi Rendah Gluten

Kenapa Chia Seeds Perlu Direndam Sebelum Dimakan?

Berapa Banyak Perlu Letak Perasa Dalam Masakan?

Scroll to Top