Anak Aku Kena Makan Apa ?

Kita adalah apa yang kita makan.

Begitu juga anak-anak kita. Apa yang disemai itulah yang dituai.

“Anak aku kena makan apa?” itu soalan yang terpacul dari mulut Razif.

Tanpa salam. Tanpa ayat-ayat mula.

“Maksudnya Razif? Cuba cerita hujung pangkal. Baharu saya boleh faham.

“Tak ada. You selalu cerita dalam FB pasal otak. Pasal makan.

Pasal Senaman. I nak tahu makanan untuk anak-anak. Sama ke tak?”

soal Razif.

Oh. Ingatkan apa tadi. Lain kali beri salam dulu.” Ujar saya sambil tersenyum.

“Begini Razif. Boleh galakkan anak-anak ambil makanan ini :-

1. Buah Berries – Contohnya blueberries, cherry, blackberries dan strawberries beri kuasa besar pada hippocampus anak-anak.

Memori jadi power.

2. Ikan – Ikan kembung contohnya ada omega 3 yang tinggi.

Bagus untuk otak. Ini makanan wajib untuk anak-anak. Tuna dan salmon pun bagus.

3. Telur – Ia ada Choline.

Penting untuk perkembangan memori anak-anak. Menu wajib sarapan.

“Lagi apa yang perlu beri doc ? ” Sambung beliau lagi.

4- Bekalkan air mineral. Sebut pada anak untuk teguk air apabila buntu.

Air bawa oksigen dan nutrisi pada otak.

5- Kekacang juga perlu untuk otak terutamanya musim peperiksaan.

Elakkan dari beri:

1. Makanan ada MSG. Glutamate sudah ada di otak.

Lebihan glutamate ganggu keluarkan isi yang dihafal.

2. Minuman berkafein. Kafein kecilkan pembuluh darah di otak.

3. Jauhkan anak-anak dari makanan segera yang diproses.

Pewarna dalamnya lemahkan sel-sel otak di bahagian hippocampus – pusat memori.

Saya percaya kita sayang pada anak-anak.

Kita mahukan mereka berjaya. Lakukan tanpa tunggu. Buat tanpa nanti.

Makanan mempengaruhi sikap anak. Beri kesan kepada tingkah laku.

Tinggalkan impak kepada prestasi otak.

Perlu hati-hati dalam menjamu anak. Usah meracun anak sendiri.

Sihat adalah jihad.

Anda Juga Mungkin Berminat

Senaman Berlebihan – Baik Atau Sebaliknya?

Ketahui 5 Punca & Cara Atasi Mood Sentiasa Berubah!

11 Cara Menangani Stress dengan Berkesan Mengikut Kajian Sains

Terapi Muzik – Baik Untuk Kesihatan Mental

Fakta Sebalik Mitos Selepas Pembedahan

5 Langkah Awal Cegah penyakit RABIES!

Scroll to Top