in

Love OMG

Makanan Untuk Kesihatan

Makanan menyihatkan dan boleh juga memudaratkan.

Al-Quran sangat tegas dalam perkara ini. SuruhanNYA ialah “Kulu minat tayyibat”.

Statistik obesiti menggusarkan. Kadar peningkatan sangat mendadak.

Dari 1996 hingga 2016 meningkatnnya ialah 250 peratus.

Kajian menunjukkan dua daripada setiap lima orang dewasa atau 43 peratus mengalami sama ada kegemukan atau obesiti.

Saudara Mohd Faiz (Jom Memborong Di China) sedar akan perkara ini.

Dalam masa 3 minggu lebih dari 5kg berjaya disingkir. Ada tiga faktor yang mendorong kejayaan beliau ini:

1. Perancangan – beliau merancang secara mingguan apa yang perlu dibeli, dimasak dan dimakan.
2. Istiqamah – setiap hari makanan yang dijamahnya adalah berasaskan brain-based food. Nescafe ais idaman pun tidak diminum lagi.
3. Berguru – beliau mencari guru untuk belajar. Guru sebagai penunjuk arah.

Ringkasnya Saudara Mohd Faiz sedang menunjukkan jalan. Kata beliau ‘’Orang yang BIJAK ialah orang yang belajar dari pengalaman sendiri tetapi orang yang BIJAKSANA ialah orang yang belajar dari pengalaman orang lain”.

Resepinya ialah perancangan, istiqamah dan berguru. Jom. Tunggu apa lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Software For Brain

Kesan Berdengkur