Makanan Yang Menganggu Tidur

 

Tahukah anda makanan berlemak dan manis ganggu tidur? Mudah fahamnya ialah makanan dalam kategori tinggi saturated fat.

Kajian dimuat di Journal of Clinical Sleep Medicine. Pengkaji dapati kedua jenis makanan ini sukarkan seseorang untuk tidur.

Apabila dimakan ia sebabkan mereka ambil masa 2 kali ganda lebih tinggi iaitu 30 minit untuk terlelap.

Kajian ini juga dapati mereka juga gagal dapat tidur yang nyenyak. Slow wave atau deep sleep tidak berlaku.

Tidur jadi tidur tidur ayam. Berpaling ke kanan dan ke kiri sepanjang malam. Bangun pagi dengan keletihan.

Perkara ini berlaku walau sekali sahaja makanan berlemak dan manis diambil dalam sehari. Bayangkan kalau diambil lebih dari sekali.

Berbeza dengan mereka yang ambil makanan tinggi fiber. Mereka lebih cepat terlelap. Tidur mereka lebih nyenyak.

Mereka rasa segar dan puas apabila bangun keesokannya.

Cuba semak hari ini makanan apa yang diambil? Berlemak dan berminyak? Manis?

Sekiranya ya, ucapkan selamat tinggal pada tidur nyenyak. Jemput datang letih dan sakit badan.

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti

Anda Juga Mungkin Berminat

Khasiat Plum Kering Bagi Wanita Menopause

Apa Penyebab Anda ‘Ketagih Makan’?

3 Nutrien Ini Bantu Menguatkan Jantung Anda!

3 Bahaya Demam Kepialu (Typhoid Fever)

6 Tips Untuk Wajah Lebih Runcing Dan Tirus

Apa Perlu Tahu Tentang ‘Sindrom Kesunyian’?

Scroll to Top
0