3 Maksud Di Sebalik Pelekat Kod Pada Buah

Perasan kan, kalau beli buah tu ada pelekat kod bar.

Tapi kebanyakan kita tak ambil tahu pun.

Apa maksud di sebalik pelekat label tersebut.

Lepas ni bila beli buah nanti rajinkan diri check barcode buah tu.

Pada barcode tu ada macam macam info.

Kena ambil tahu info ni sebab yang nak makan buah itu kita.

 

Hati hati kalau barcode tu ada 4 digit – nombor pertama 3 atau 4.

Ini bermaksud buah tu disembur dengan racun serangga atau pesticides.

Kalau dekat pasar raya, paling banyak buah masuk kategori ni.

Nak makan, cuci betul betul.

Boleh lihat instruction yang betul DI SINI

Kalau barcode tu ada 5 digit lain pula maknanya.

Bila nombor awal bermula dengan nombor 9, maksudnya buah tu organik.

Bila organik, buah tak disembur dengan sebarang racun atau bahan kimia

Ditanam macam kita tanam sendiri dekat rumah.

Kalau beruntung, buah kita tanam boleh sampai meja makan.

Kalau bukan rezeki, masuk perut tupai atau burung.

Sebab tu buah organik lebih mahal. Kena spend banyak masa dan tenaga jaga.

Tak nak bagi ulat atau serangga serang.

 

Kalau ada 5 digit lain pula cerita. Bila bermula dengan nombor 8.

Buah tu buah GMO – genetically modified.

Kalau dekat sini, jarang nampak buah GMO. Kalau luar negara mungkin banyak.

Belajar sesuatu?

 

p/s:

Jom CLAIM Discount Kupon💰

Dengan menjawab kuiz mudah ini!🧠

Jawab DI SINI

Anda Juga Mungkin Berminat

20 Mei – Hari Lebah Madu Sedunia

19 Tips Tentang Radang Usus Anda Kena Tahu

Dijuluki Sebagai ‘Ratu Sayur’ – Ini 9 Khasiat Kale

31 Makanan Bantu Tingkatkan Sel Darah Merah

Hari Lupus Sedunia – 10 Mei 2024

Berat Badan Berlebihan Dan Risiko Kanser

Scroll to Top