Mandi Terlalu Lama Boleh Jejaskan Kesihatan Kulit!

Tuan/puan geng mana?

Mandi kejap atau mandi lama? 

Kalau nak kulit sihat, jangan mandi lama sangat!

Mandi ala P. Ramlee pun tak boleh!

Saranan waktu mandi ialah antara 5 – 10 minit secara purata.

Ada yang mandi lebih 20 – 40 minit minit lamanya!🛁

Buat konsert katanya…

 

Kenapa kena elak mandi lama?

Mandi lama dan pada masa sama guna air panas penyebab dehidrasi kulit.

Air panas juga sebabkan lapisan minyak semula jadi kulit berkurangan.

Liang kulit membuka & membesar sekali gus menyebabkan kelembapan menghilang keluar.

Pastikan suhu air suam suam sahaja agar kelembapan kulit dikekalkan.

Elak guna sabun / bahan antiseptik dalam kuantiti berlebihan.

Ramai gemar buat ni sebab nak kasi berbuih.

Tabiat sebegini boleh sebabkan kulit jadi tegang, ketat, kering & rasa menyengat

Rasa menyengat tanda permukaan kulit kurang minyak semula jadi.

Elak juga gosok badan terlampau kerap atau kasar

Skrub badan perlu untuk buang sel kulit mati.

Tapi jangan terlalu kerap guna skrub bagi elak permukaan kulit rosak

Pastikan guna span atau kain lembut untuk gosok badan.

Selepas siap mandi,

Elak gosok badan dengan kasar sebaliknya lap dengan lembut.

Dengan cara menekan pada pemukaan kulit.

Anda Juga Mungkin Berminat

Persekitaran Tidur: 7 Faktor yang Mempengaruhi Kualiti Tidur Anda

Mikroplastik dalam Otak: Ancaman Senyap untuk Generasi Muda

Snek Kenyang Palsu: Perut Rasa Penuh, Badan Tetap Tertipu

Naik tangga antara aktiviti fizikal mudah untuk kesihatan

Kenapa 10 Minit Aktiviti Fizikal Sudah Cukup Beri Manfaat

7 Punca Nyanyuk di Usia Muda & Kenapa Ia Terjadi

7 Tanda Awal Strok Senyap Yang Wajib Anda Kenali

Scroll to Top