12 Manfaat Ubi Kayu Untuk Kesihatan Ramai Jarang Tahu

Orang kata ubi kayu sedap kalau cabut pagi pagi.

Tu yang tersibuk untuk cabut pagi pagi ni.

Boleh lah tuai hasil sekotak ubi kayu.

Ubi kayu rebus bila gabung dengan kelapa parut dan gula kelapa.

Dia punya rasa terangkat lain macam.

Pasal apa ubi kayu ni kena ambil?

Dia kaya dengan Iron.

Kerja Iron ni angkut oksigen ke seluruh tubuh.

Macam sistem pengangkutan.

Kalau sistem transport collapse, barang tak sampai ke destinasi.

Boleh cegah risiko anemia – kurang darah merah.

Dulu kita selalu dengar,

Minum susu bagus untuk tulang dan gigi sebab tinggi Kalsium.

Ya betul tapi kalau nak Kalsium senang diserap tubuh, makan ubi kayu.

Cara tubuh proses Kalsium dari sumber tumbuhan dengan haiwan lain sikit.

Settle bab Kalsium untuk kuatkan tulang.

Lepas itu, ubi kayu juga bagus untuk tingkatkan sistem ketahanan tubuh.

Zaman tok nenek dulu mereka banyak makan ubi kayu.

Untuk bertani, bergetah dan bersawah. Sistem imun tubuh kena kuat.

Sebab itu orang dulu dulu susah nak jatuh sakit.

Penyakit pun takut nak datang dekat.

Selain tinggi sumber karbohidrat untuk energi.

Ubi kayu juga tinggi Kalium.

Bantu kembangkan salur darah. Elak tekanan darah tinggi.

Kalau dok cari sangat gluten free,

Hangpa tau dak ubi kayu pun gluten free!

Ubi kayu ni ada ‘resistant starch’ atau orang panggil kanji degil.

Bakteria baik dalam usus suka.

Boleh turunkan insulin pula tu.

Beza sikit ye dengan tepung sebab dah diproses.

Kalau diproses secara komersil resistant starch dah kurang banyak.

Ubi kayu boleh dijadikan sebagai salah satu sumber karbohidrat gantikan beras putih.

Disebabkan banyak manfaat untuk tubuh.

Jom sekali sekala ambil ubi kayu.

Boleh begitu?

 

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top