Maryam Naik Pentas Lagi, Alhamdulillah !

Pagi ini santuni Majlis Pemyampaian hadiah sekolah Maryam.

Jadi berpagian sudah sampai ke Swinburn University. Tempat acara diadakan.

Maryam anak bongsu. Anak perempuan seorang. Di atas abang abang. 3 orang.

Hari ini Maryam naik pentas lagi.

Maryam dapat tempat pertama dalam peperiksaan tahun akhir. Dengan semua subjek 93% ke atas. 

Bayangkan hanya empat orang sahaja pelajar bumiputera dalam kelasnya.

Saingan sangat hebat. Perbezaan markah sangat kecil. Ada antaranya ialah .1% sahaja.

Maryam sekolah harian biasa. Bukan berasrama. Sekolah harian ini majoritinya pula pelajar kaum Tiong Hua.

Masuk tahun ini sudah enam tahun berturut turut Maryam naik pentas.

Bermula dari tahun 2 lepas pulang ke Malaysia tahun 2012.

Pada Tahun 1 saat baharu pulang beliau pernah dapat tempat tercorot. Itu dulu. Mendung tidak berpanjangan.

Sedari tahun 2012 jugalah Maryam mula ambil coco OCOC. Fokus mahu berjaya ditingkatkan.

Apabila ada fokus, pemakanan konsisten keputusan juga akan konsisten.

Seperti yang saya maklum, coco OCOC dibuat untuk anak anak sendiri.

Tanda kasih saya, seorang ayah pada anak anak. Tanda ayah dan ibu mahukan anak anak cemerlang dalam kehidupan.

(Klik Gambar Untuk Dapatkan Coco OCOC)

Apabila Maryam naik pentas, saya bangga. Isteri juga gembira.

Begitulah perasaan ibu ayah. Kita sentiasa dambakan perasaan seperti ini.

Perasaan bangga gembira ayah ibu ini penting.

Tetapi perasaan bangga anak seperti Maryam naik ke atas pentas lebih penting lagi.

Biar mereka jadi pemilik perasaan itu. Biar wangi perasaan ini terus menyerbak.

Tugas kita ibu bapa ialah besar dan banyakkan perasaan itu.

Biar hidup mereka dibaluti perasaan bahagia bangga ini. Diulang ulang perasaan ini.

Bukan perasaan kecewa. Bukan perasaan rendah diri. Bukan kalung gagal yang disarung di leher.

Wahai ibu bapa bantu bina librari perasaan positif ini.

Cari cara. Bina jalan.

Anda Juga Mungkin Berminat

19 Makanan Bantu Tingkatkan Hubungan Sel Otak

7 Suplemen Terbaik Untuk Penyakit Autoimun!

9 Kesan GULA Ke Atas 9 Organ Tubuh Ini

7 Risiko Bahaya Insomnia (Sukar Tidur Malam)

Ketahui 11 Kelebihan Luarbiasa Air Zam Zam!

6 Bahaya Racun Toksik Disembur Pada Buah!

Scroll to Top
0