Masuk Universiti

STPM selesai. SPM pun sudah. Sekarang masa mengorak langkah. Keputusan harus dibuat.

Yang mana satu pilihan?

Jelajah Jom Masuk U singgah di bumi kenyalang. KPT melancarkan Soaring Upward. Yang dipamirkan kehebatan pencapaian cendikiawan universiti tempatan.

Mungkin maklumat ini agak asing sebab senarainya tidak mendapat liputan media. Yang positif kurang menarik khalayak pembaca barangkali.

Usai persembahan KPT, booth universiti ku jelajahi. Pelbagai ragam bakal pelajar U dan ibubapa terakam. Banyak persoalan dilontarkan. Semuanya bersekitar program yang ditawarkan.

Ada juga mahu tahu cara kehidupan di U. Pastinya tidak sama di sekolah. Cara studi pun harus diubah.

Ada cara dan kaedah studi yang baik sangat bagus. Lebih bagus lagi kalau ada cara pemakanan dan kehidupan yang efektif untuk otak.

Otak perlu dibajai dengan sumber nutrient yang betul untuk membantu pelajar mendapat hasil yang diidamkan.

Ramai mengadu yang studinya berjam-jam. Jadual studi diikut. Keputusan masih corot.

Sebabnya? Mudah jawabku.

Otak yang boleh membantu kita mendapat keputusan gempak tidak dibantu. Setiap hari diracuni. Bagaimana otak mahu cantik dan cerdik.

Andai mahu otak cantik dan cerdik, perlu:
1) Makannya dijaga
2) Bicara pada diri dipelihara
3) Lingkungan persahabatan baik adanya

Mungkin ini ilmu baru. Yang menulis sedia membantu.

Anda Juga Mungkin Berminat

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Anemia Mampu Jejas Perkembangan Otak Anak?

14 Makanan Bantu Cegah Radang Apendiks!

8 Tips Mudah Jaga Kebersihan Gigi

Kenapa Negeri Pantai Timur Sering Dilanda Banjir?

Biji Cili Penyebab Radang Apendiks?

Scroll to Top