Meatballs Sihat Atau Tak? Ini Perkongsian Dr Rizal

Bebola daging masuk kategori sumber daging berproses.

Jenis makanan ultraproses dengan jumlah garam, perasa dan bahan pengawet yang tinggi.

Selain tinggi lemak tepu (saturated fat).

Terutama yang dijual frozen di supermarket dan di tepi jalan.

Ini risiko jika kerap makan:

  • Risiko masalah jantung tersumbat
  • Risiko tekanan darah tinggi
  • Risiko berat badan berlebihan

Bebola daging boleh jadi makanan sihat atau tak sihat.

Bergantung pada bahan digunakan dan cara penyediaannya.

Bebola daging dibuat sendiri.

Dengan daging tanpa lemak, serat sayur dan herba.

Dikawal jumlah garam, perasa serta dikukus, direbus ataupun dibakar.

Boleh jadi sumber protein dan nutrisi lain yang bagus untuk tubuh.

Tapi bebola daging segera guna daging tinggi lemak.

Digoreng pula dalam takungan minyak, ia bekalkan lemak tepu dan kalori tinggi.

Ini resepi buat bebola daging sihat.

Bahan:

  • 450g isi daging kisar
  • ¼ cawan epal sagat
  • ½ cawan lobak merah sagat
  • ½ cawan bayam cincang
  • ⅛ cawan daun bawang cincang
  • 1 sudu besar tepung flaxseed
  • ½ cawan tepung bijirin penuh
  • ½ sudu teh serbuk jintan
  • ½ sudu teh garam Himalaya
  • ¼ sudu teh lada hitam
  • Minyak MCT cukup rasa

Cara:

  1. Gaul semua bahan dalam mangkuk.
  2. Biarkan seketika bagi menyerap rasa.
  3. Panaskan oven suhu 200°C.
  4. Golekkan adunan jadi bebola.
  5. Susun atas dulang dilapisi baking paper.
  6. Bakar 15-25 minit atau sampai tukar warna.

Buat sendiri lebih baik untuk tubuh dan otak sihat.

Boleh begitu?

Anda Juga Mungkin Berminat

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

6 Kelebihan Daun Kucai Selain Penyedap Rasa

6 Khasiat Utama Kangkung ‘Murah’

5 Risiko Kesihatan Jika Tidur Tak Cukup

Kenapa Kena Elak Memakan Sayur Kubis Mentah?

Scroll to Top