Membaca & Otak

Membaca bukan sebarang aktiviti.

Ianya adalah aktiviti otak yang kompleks.

Sebanyak 17 bahagian otak menjadi aktif secara serentak semasa membaca.

Kalau sekadar menelaah FB, twitter atau yang sama waktu dengannya,

itu tidaklah dikira sebagai aktiviti membaca yang sebenarnya.

Banyak antara kita tahu membaca meningkatkan pengetahuan.

Ianya tidak terhenti di situ sahaja. Membaca meningkatkan brain power.

Membaca secara konsisten membantu meningkatkan keupayaan mengingat.

Sama kesannya seperti abam-abam sado mengangkat besi meningkatkan keupayaan otot.

Semakin berumur seseorang semakin menurun keupayaan mengingat dan fungsi otak.

Tetapi membaca secara konsisten boleh mengurangkan kesan-kesan ini.

Malah, ia juga membolehkan minda menjadi lebih tajam dalam berfikir.

Selain itu membaca boleh:

1. Mengurangkan stres.

Kerana dengan membaca ianya boleh membawa kita ke mana-mana sahaja atau menyebabkan kita lebih terfokus kepada bahan bacaan kita.

2. Memberi stimulasi kepada minda dengan mengurangkan peratusan untuk menjadi nyanyuk atau dementia.

3. Meningkatkan pengaliran darah yang membawa nutrien ke otak.

Ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi SAW juga adalah ” Bacalah ”

Manfaatnya besar. Kesannya luar biasa.

Jom baca !

Anda Juga Mungkin Berminat

5 Aktiviti Harian Turunkan Risiko Sakit Jantung

7 Nutrien Badan Anda Perlu Selepas Usia 30 Tahun

10 Khasiat Minyak Zaitun Untuk Jantung Dan Otak

8 Aktiviti Riadah Sihat Untuk Sekeluarga

9 Minuman Sihat Untuk Otak Kekal Cergas Dan Tajam

7 Khasiat Oat Untuk Jantung Lebih Sihat!

Scroll to Top