Menipu & Otak

Anda pernah menipu?

Soalan sebegini mengundang pelbagai jawapan. Pelbagai reaksi.

Orang menipu dengan sebab yang berbeza-beza.

Namun kesannya tetap sama.

Sesaat lepas menipu, otak akan mengeluarkan hormon kortisol. Juga dikenali sebagai hormon stres.

Kortisol mengganggu kelancaran berfikir.

Kortisol mengikis kolagen. Ya, akan jadi cepat tua sekiranya kuat menipu.

Menipu juga memberi kesan buruk pada sistem imun.

Kajian menunjukkan yang rajin menipu mudah terkena selsema. Sebabnya?

Kortisol juga mengakis vitamin C di dalam tubuh.

Tidak sekadar itu sahaja. Menipu juga mengganggu nyenyaknya tidur.

Mengganggu gelombang otak.

Semasa bekerja sebagai Senior Clinician di Jabatan Psikiatri Goulburn Valley Health, Australia, mengenalpasti penipuan adalah skil yang sangat penting.

Sistem di Australia, sekiranya saya sahkan seseorang dengan penyakit mental, dia layak memohon pencen dari kerajaan.

Jadi, ramai yang mahu dianggap mempunyai masalah mental sebab mahu dapat bantuan kerajaan.

Nikmatnya ialah boleh tinggal di rumah kerajaan.

Bayaran elektrik, air, gas dan naik bas tinggal separuh. Makanan boleh ambil percuma dari Salvation Army. Elaun dibayar dua minggu sekali.

Justeru, skil mengesan penipu sangat penting.

Caranya ialah dengan mengetahui di mana pusat penipuan di dalam otak. Ya kena tahu pasal otak. Mesti belajar pasal otak.

Anda Juga Mungkin Berminat

7 Sebab Penting Ambil Protein Ketika Puasa Untuk Kekal Bertenaga

Kenapa Berbuka Dengan Kurma Dahulu? Ini Hikmah Kesihatan Yang Jarang Dikongsi

Menu Ramadan Penentu Tenaga dan Emosi Anak-Anak

Kesan Penggunaan Handphone Sebelum Tidur: Punca Tidur Tak Lena Ramai Tak Sedar

Rahsia Terbongkar: Makanan Mengganggu Tidur Buat Anda Penat Setiap Pagi!

Tips Tidur WWW: 3 Amalan Sebelum Tidur Yang Ramai Tak Buat

Scroll to Top