Mentega Atau Marjerin? Yang Mana Lebih Baik?

Bila Raya, tak sah kalau tak pekena biskut Raya.

Tapi satu bahan dalam biskut yang dijual yang buatkan saya sedih sangat.

Banyak biskut Raya guna marjerin.

Sepatutnya butter. Tapi sebab mahal, marjerin dibuat ganti.

Marjerin ni masuk dalam kategori trans fat atau lemak tepu.

Masuk dalam pembuluh darah jadi macam paip sinki tersumbat.

Jenuh mengepam. Tak jalan juga.

Bila tersumbat, jantung jadi taruhan.

Sumbat sana sini last last kena buat bypass surgery.

Hidup takkan sama seperti biasa.

Penyebab kolesterol meriah kumpul ramai ramai dalam badan.

Boleh ambil marjerin.

BACA: 9 ‘RAHSIA’ DR RIZAL JAGA OTAK

Paling takut trans fat ni masuk ke sel otak. Dia ganggu komunikasi antara sel.

Satu bentuk trans fat terbentuk nama dia ‘elaidic acid’.

Di mana otak yang ada jumlah elaidic acid paling tinggi.

Mereka inilah yang paling berisiko untuk hidap dementia.

Macam kita call line jadi tak clear.

Terputus putus. Dengar ayat awal tapi ayat hujung terpotong.

Sakit hati jadinya.

Itulah bahana marjerin buat kat otak.

Bukan itu je. Trans fat juga dikaitkan dengan kemurungan.

Mudah bertukar tukar emosi.

Kejap betul kejap tak. Tak sanggup nak hadap.

Lebih malang lagi prestasi otak merudum macam nilai ringgit berbanding nilai dollar.

Perisa ditambah. Pewarna meriahkan suasana.

Sifat manusia ni tertarik pada kecantikan luaran.

Pendek kata biskut moden raya sarat bahan bahaya pada tubuh. Bahaya pada otak.

Gula putih keraskan pembuluh darah.

Seperti menuang konkrit ke dalam pembuluh darah di jantung.

Gula putih juga kikis kolagen dari kulit.

Kulit kendur dan berlapis.

Menarik lagi gula putih mampu bina lapisan lemak yang kita cintai.

Rekahan pada kulit mula terbentuk.

BACA: 7 TIPS PENTING BELI MAKANAN DI BAZAR

Wajah selulit muncul beri seri pada tubuh kita.

Marjerin penambah derita dengan lemak trans.

Pembuluh darah mengeras ditambah dengan lemak umpama bongkah batu besar piramid.

Mudah sahaja ia tutup laluan darah di pembuluh darah di jantung dan otak.

Pewarna juga bahaya.

Ada dibuat dari petroleum.

Pewarna contohnya merah 40, kuning 5 dan 6.

Ada bahan kimia benzene – sejenis penyebab kanser atau karsinogen.

Kalau nak buat kuih atau yang sama waktu dengannya.

Elak dari guna marjerin.

Yang nak jual tu beringat sikit balasan di alam sana.

Jangan jual benda tak elok yang boleh sebabkan nikmat sihat jadi taruhan.

Biarlah bahan mahal sikit, janji tak bahayakan kesihatan.

Kita bagi makan dekat orang apa yang kita harapkan orang bagi dekat kita.

Nak ke makan biskut bahan kimia? Mesti tak nak kan?

Marjerin tak beri faedah untuk tubuh dan otak. 

Deme ni cuma bagi jantung tersumbat bagi otak meningkat tahap ke-mangkuk-kannya.

Boleh begitu?

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Makanan Bantu Cegah Radang Apendiks!

8 Tips Mudah Jaga Kebersihan Gigi

Kenapa Negeri Pantai Timur Sering Dilanda Banjir?

Biji Cili Penyebab Radang Apendiks?

Hari OKU Sedunia: 6 Tokoh OKU Berjaya Ramai Tak Tahu

Ini PERBEZAAN Diet Di Malaysia & Vietnam!

Scroll to Top