10 Menu Diet yang Dijamin Berkesan Buat Anda Yang Nak Kurus Cepat!

Mungkin ramai yang tengah mencari menu diet sihat yang sesuai untuk anda. Kalau nak kurus, anda bukan saja perlu bergiat aktif.

Malah makanan sebenarnya menyumbangkan peratusan besar yang boleh membantu anda untuk kurus. Di sini kami senaraikan 10 Menu Diet yang Dijamin Berkesan untuk Anda Yang Nak Kurus dengan Cepat!

MENU 1: HEALTHYLICIOUS

  • Sarapan Pagi: Smoothie Buah (Blend with ½ pisang + ½ buah mangga + 1 cawan sayur kale + ½ Greek yogurt rendah lemak+ ½ avocado kecil + ½ susu tanpa lemak). Anda boleh hias smoothie anda dengan buah-buahan pilihan seperti Beri Biru dan Ceri. 
    • Snek pagi: Sebiji epal + 1 oz kekacang
    • Tengahari: 2 cawan Sup Sayur (Sup Lobak Merah + Kunyit) (1)
                         Bahan-bahan:
                         1. Lobak Merah (Dalam 5-10 batang mengikut citarasa)
                         2. 2 sudu besar minyak zaitun
                         3. Sebiji bawang besar, dipotong dadu
                         4. 3 labu bawang putih, dicincang
                         5. 2 sudu besar halia
                         6. Sedikit garam dan serbuk lada hitam
                         Cara-cara:
                         Panaskan minyak,masukkan halia, lobak merah dan serbuk
                         lada  hitam diikuti garam secukup rasa.
    • Snek Tengahari: Secawan Lobak Merah Mini dan Kacang Pea. 
    • Makan Malam: Sekeping Salmon Panggang + Lobak Merah + Tomato dan Salad. Tambahkan hirisan lemon mengikut citarasa. 

MENU 2: SOUP FOR SOUL

  • Sarapan Pagi: Smoothie Buah Beri (Blend with ½ pisang + 1 strawberi + ½ cawan Greek yogurt rendah lemak+ ½ cup susu tanpa lemak) Anda boleh hias smoothie anda dengan buah-buahan pilihan seperti Beri Biru dan Strawberi. 
  • Snek pagi: Pisang 3-4 biji, bersama kekacang
  • Tengahari: 2 cawan Sup Sayur ​
  • Snek Tengahari: Brokoli Rebus dan Sos Tzatziki
  • Makan Malam: Ayam Panggang (Panggang Bersama Kentang) (2)
    Bahan – bahan:
    1. Ayam ½ ekor
    2. Bawang putih 4 ulas
    3. Kicap manis 3 sudu besar
    4. Madu 3 sudu besar
    5. Halia 2 inci
    6. Lada hitam 1 sudu kecil
    7. Sos tiram 2 sudu besar
    8. Garam secukup rasa

    Cara – cara memasak:
    1. Didihkan air sekejap, kemudian rebus ayam separuh masak, angkat dan toskan. Nota: Sekiranya tidak mahu rebus pun tak apa, boleh sahaja terus perap.
    2. Kemudian, tumbuk lada hitam, bawang putih dan halia.
    3. Lumurkan ayam atau perap dengan bahan tumbuk, kicap, sos tiram, madu dan garam.
    4. Perap untuk 30 minit. Tapi, lagi lama lagi sedap

MENU 3- EAT TO LIVE!

  • Sarapan Pagi: Smoothie Buah (Blend with ½ pisang + ½ buah mangga + 1 cawan sayur kale + ½ Greek yogurt rendah lemak+ ½ avocado kecil + ½ susu tanpa lemak). Anda boleh hias smoothie anda dengan buah-buahan pilihan seperti Beri Biru dan Ceri. 
  • Snek pagi: Beri Biru dan Kekacang (Anda boleh tambah buah-buahan lain mengikut citarasa)
  • Tengahari: Ayam Panggang + Hirisan Lobak dan Sayur-Sayuran Pilihan + Hirisan Limau (3)
    Bahan-bahan:
  • 1. 1 ekor ayam (potong 4 bahagian)
    2. 2 sudu madu
    3. Sedikit minyak zaitun
    4. 2 sudu besar mixed herbs/ daun oregano

    Bahan kisar/ tumbuk

    1. 2 biji bawang besar
    2. 4 ulas bawang putih
    3. 1 inci halia
    4. 1 kiub ayam
    5. 2 sudu serbuk lada hitam
    6. 1 senduk kecil sos lada hitam
    7. 1 sudu kecil garam
    8. 1 sudu besar gula
    9. 100ml air

    Cara memasak:

    1. Campurkan semua bahan kisar dengan madu, minyak zaitun, mixed herbs dan lumurkan pada ayam. Perap selama 4-5 jam dala peti ais.

    2. Bakar pada suhu 220 darjah selama sejam atau bakar menggunakan pemanggan atas dapur hingga masak.

  • Snek Tengahari: Lobak Merah dan Kacang Pea
  • Makan Malam: Sayuran Hijau seperti Brokoli dan Lobak Merah (Distim ataupun goreng dengan minyak sedikit)

MENU 4- FRUITY LOVE

  • Sarapan Pagi: Oat dan Beri Biru (Blend ½ cawan bijiran oat + 1 tsudu besar chia seeds + ½ cawan susu tanpa lemak + ½ cawan Greek yogurt rendah lemak+ ½ cawan beri biru). 
  • Snek pagi: Sebiji Pisang dan 1 oz Kekacang
  • Tengahari:3 oz tuna + 2 cawan sayuran hijau campur + 1 cawan tomato ceri & timun cincang 
  • Snek Tengahari: 1 cawan Brokolidan Bunga Kubis + 2 Sudu Besar Tzatziki
  • Makan Malam: 4 oz Ayam Panggang + ½ cawan ubi keledek + 1 cawan  Brussels sprouts yang dibakar + 1 sudu besar minyak zaitun.

MENU 5-GREEN IS YUM!

  • Sarapan Pagi: Omelet Telur (4)
    Bahan-bahan diperlukan:
    1. 4 biji telur
    2. Beberapa kepingan pepperoni atau sausage yg dipotong nipis
    3. 1 biji kentang dipotong dadu / nipis2
    4. 1 labu bawang besar dicincang
    5. 1 sudu kecil paprika dan garam
    6. 5 sudu besar susu segar / air sejuk
    7. Secubit rosemary / parsley / cheese ( optional)
    Cara menyediakan dan memasak:
    1. Pukul telur ,susu segar/air sejuk , paprika dan garam.Biarkan seketika. *TIPS: Air sejuk / susu akan membuatkan omelette jadi fluffy.
    2. Panaskan sedikit minyak di dalam flat pan dan tumis bawang besar hingga wangi. Masukkan kentang dan pepperoni.Goreng 3-5 minit hingga kentang cukup masak.
    3. Tuangkan telur yang telah dipukul dan sebarkan isi supaya rata. Masak atas api kecil.
    4. Kalau suka cheese, taburkan cheddar cheese sekeping kat atas.Taburkan juga rosemary (optional).
    5. Goreng hingga masak telur.Tak perlu terbalikkan macam masak telur dadar biasa tu.Ni open omelette. Selamat Mencuba!
  • Snek pagi: ​Buah-buahan campuran
  • Tengahari: Sandwich 
  • Snek Tengahari: Buah Pear 3 biji 
  • Makan Malam: 4 oz Ayam Panggang + ½ cawan ubi keledek + 1 cawan Brussels sprouts yang dibakar + 1 sudu besar minyak zaitun.

MENU 6 - SWEET SWEAT

  • Sarapan Pagi: Buah-buahan Campuran
  • Snek pagi: Sandwich
  • Tengahari: Keledek Dipotong dan Digoreng Rangup
  • Snek Tengahari: Sup Lobak Merah + Kunyit
  • Makan Malam: Salmon Panggang  + Buah Tomato Ceri + Salad

MENU 7-HEALTHY DELLY

  • Sarapan Pagi: 3 Keping Roti Bakar + 2 biji Telur Separuh Masak
  • Snek pagi: Beri Biru dan Kekacang
  • Tengahari:Roti Tortilla Wholemeal + Hirisan Ayam + Salad
  • Snek Tengahari: Brokoli dan Sos Tzatziki
  • Makan Malam: Steak Daging (5)+ Sayur Rebus  
    Bahan-bahan:
    1. 4 potong daging steak
    2. 1 1/2in tebal
    3. 1 sudu kecil garam
    4. 1 sudu kecil serbuk lada putih
    5. 1 sudu kecil serbuk lada hitam
    6. 1 sudu kecil serbuk bawang putih
    7. 1 sudu besar minyak zaitun
    Cara-cara:
    1. Daging di ketuk sedikit kelilingnya dengan hulu pisau, kemudian taburi garam, serbuk lada di kedua belah hingga rata.
    2. Rengis sedikit minyak dan perap selama 1 jam.
    3. Panggang di dalam oven atau di atas bara api hingga separa masak (medium well) atau sepenuh masak (well done).

MENU 8- VEGGIE POWER

  • Sarapan Pagi: Oatmeal dan Peach
  • Snek Pagi: Lobak Merah dan Kacang
  • Tengahari: Sup Tomato Berkrim
  • Snek Petang: Mee Soba (6)
    Bahan-bahan:
    * Utk Sup Udon/soba
    1. 31/2 cawan air
    2. 3 inci kombu- ita ganti dengan wakame
    3. 1/4 cawan souyu (kicap jepon)
    4. 1 sudu kecil gula
    5.  1 sudu kecil serbuk dashi - kalau tak ada boleh gune bonito flakes
    6. sedikit garam
    7. mee udon / mee soba
    8.  Utk Topping
    9. Tempura udang, chikuwa, nori, negi, bijan, bonito flake

    (boleh makan dengan cili pedas mengikut citarasa masing-masing)
    Cara-cara:
    1. Rebus kombu dengan air hingga menggelegak dan sehingga kombu kembang (jika gune yg kering).( ita guna wakame dan biarkan wakame didalam) Keluarkan kombu, masukkan serbuk dashi.
    2. Kacau sebati. Masukkan souyu dan gula. Biarkan mendidih dan tutup api.
    3. Rebus udon kering mengikut arahan peket. Goreng tempura udang, chikuwa dan hiris negi nipis.
    4. Cara penyediaan, masukkan udon ke dalam bekas. Curahkan dua senduk sup udon. Susun udang dan chikuwa tempura. Akhir sekali taburkan negi dan juga seaweed. Sedia dhidang.
  • Makan Malam: Smoothie Buah(Blend with ½ pisang + ½ buah mangga + 1 cawan sayur kale + ½ Greek yogurt rendah lemak+ ½ avocado kecil + ½ susu tanpa lemak). Anda boleh hias smoothie anda dengan buah-buahan pilihan seperti Strawberi dan Beri lain.

MENU 9-CHEAP CHEAT

  • Sarapan Pagi: Roti Bakar, Telur Hancur dan Sosej
  • Snek Pagi: Epal dan Kekacang
  • Tengahari: Salmon Panggang
  • Snek Petang: Buah Buahan
  • Makan Malam: Piza Veggie (7)
    Bahan-Bahan ( 2 biji ):
    1. 200g tepung roti
    2. 1/2 sudu besar gula
    3. 1/2 sudu kecil garam
    4. 2 sudu kecil baking powder
    5. 1 sudu besar minyak zaitun 130ml air
    6. Topping – Bawang besar Bawang putih Tomato puri Tomato Cendawan – shitake, butang Lada benggala Lada merah
    7. Keju: mozarella, parmesan, cheddar Mixed spices ( pilihan dan boleh cari di pasaraya ) -Cari keju semulajadi, bukan proses.

    Cara Memasak:
    1. Masukkan semua bahan yang bertanda (*) ke dalam mangkuk. Kacau biar bergaul rata
    2. Masukkan pula minyak zaitun dan air. Kacau sehingga tak nampak debu-debu putih. Rehatkan 5-10 minit. Kemudian uli dengan tangan sehingga licin.
    3. Buat bentuk bulat. Wrap dengan plastik wrap. Biarkan 30 minit.
    4. Bahagikan doh kepada 2. Buat bentuk bulat. Kemudian canaikan senipis yang disukai. Lepas tu bolehlah tarik-tarik/ kebar2 biar jadi lebih nipis. Lagi nipis, lagi crispy.
    5. Panaskan oven sehingga 200C. Kemudian letaklah topping pada pizza. Bakar selama 10-15 minit. 

MENU 10- GO GREEN GORGEOUS!

  • Sarapan Pagi: Minuman Detox Smootie (Bland 2 biji epal + 1/2 cawan Greek Yogurt rendah lemak)
  • Snek Pagi: Roti Pita dan Hummus
    Resipi Hummus (8):
    Bahan-bahan:
    1. Kacang kuda 450g 
    2. 1 ulas bawang putih (lagi banyak lagi sedap).
    3. Jus lemon (perah sebiji lemon fresh).
    4. 1 sudu teh jintan putih (tak ada pun tak apa).
    5. 3 sudu besar tahini (boleh beli di kedai Arab tapi kalau tak ada pun tak apa).
    6. 3 sudu besar minyak zaitun.
    7. 1 sudu teh garam.
      Cara-cara:
      Kacang kuda direbus, basuh dan tapis.
  • Tengahari: Salad Tuna
  • Snek Petang: Sayuran Rebus
  • Makan Malam: Ayam Panggang

Mungkin ramai yang pernah mencuba pelbagai jenis diet untuk kurus. Antara yang popular termasuklah diet atkins. Tapi harus diingat diet atkin mempunyai keburukannya juga. Ia menyekat banyak nutrien berguna masuk ke dalam tubuh anda (9). 

Menu ini banyak bergantung kepada daging, ikan dan produk tenusu dan tidak menitikberatkan nutrien yang anda boleh dapatkan daripada bahan lain seperti sayur dan sebagainya. Jadi, terdapat isu tentang kesan protin yang tinggi dalam badan yang boleh memberi kesan buruk kepada jantung dan juga buah pinggang. 

Untuk mengamalkan diet yang lebih sihat, anda bolehlah mencuba menu yang kami sarankan di atas. Semoga berjaya menurunkan berat badan dengan cemerlang!

Rujukan:

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top