Mimpi & Otak

1. Mimpi bukan sekadar mainan tidur. Walau itu ungkapan yang lazim diucapkan. Mimpi berlaku bukan secara tidak sengaja. Mimpi ada tujuan.

2. Ada yang berkata, “Saya tidak pernah bermimpi.” Tidak ingat pada mimpi bukan bermakna kita tidak bermimpi. Norepinephrine adalah hormon yang berkait rapat dengan daya ingatan. Semasa bermimpi, ianya dikesan menjadi kurang.

3. Natijahnya hanya sipi-sipi mimpi yang diingat. Ini normal.

4. Bahagian otak yang aktif ketika bermimpi ialah amygdala. Pengeluar perasaan takut dan bahagian yang sarat dengan emosi.

5. Mimpi sangat penting untuk kesihatan emosi. Mimpi ialah proses mengumpul memori berdasarkan tema-tema tertentu. Mimpi menangani isu-isu emosi. Mimpi menyelesaikan masalah. Ya. Betul mimpi menyelesaikan masalah.

6. Di waktu siang otak terdedah dalam mengumpul terlalu banyak maklumat. Waktu malam adalah waktu menyisih, mengasing, memberi makna kepada maklumat yang diterima.

7. Pada waktu yang sama juga otak membuat keputusan samada menyimpan atau membuang maklumat. Semasa inilah mimpi berlaku.

Tiadalah Allah menciaptakan sesuatu itu sia-sia.

 

 

Anda Juga Mungkin Berminat

7 Kesan Perubahan Iklim pada Badan Ramai Tak Sedar

Rahsia Puasa Enam: Bukan Sekadar Ibadah, Tapi ‘Reset’ Otak & Badan Anda!

Kesan El Nino Kepada Badan: Kenapa Ramai Tiba-Tiba Cepat Letih, Sakit Kepala & Mudah Stress?

Rahsia Anak Lebih Bijak & Fokus: Aktiviti Berseni Bantu Otak Anak Perform Secara Semula Jadi!

Rahsia Terapi Muzik untuk Otak: 4 Cara Mudah Tajamkan Memori & Fokus

Tips Jaga Otak Ketika Shift Malam: 5 Cara Elak Otak “Burnout” Walaupun Kurang Tidur

Scroll to Top