in

Cry Cute LOL Love OMG

Mindset Bagaimana ? 3 Tips Ini Akan Membantu Dapatkan ‘Growth Mindset’

Selesai melengkapkan sesi 2 jam bersama pemimpin pelajar.

Bicara tentang grooming asalnya. Saya tukar kepada Grooming Your Mind.

Mindset atau set minda perlu diteroka.

Perlu dipandu arah. Perlu dibaja dengan bahasa indah.

Set minda kita bagaimana? Jenis yang berkembang atau jenis tetap?

Itu antara kategori set minda seperti yang dipelopori oleh Carol Dweck.

Pemilik Set minda berkembang atau Growth Mindset ialah orang yang merasakan kecerdasan boleh ditingkatkan.

Sentiasa mahu belajar. Mahu mencuba. Tidak kenal erti menyerah.

Fokusnya pada bagaimana mahu selesai atau sempurnakan sesuatu tugasan.

Pemilik set minda tetap atau Fixed Mindset pula lebih cepat mengelak.

Takut salah. Mengalah pada perkara sukar. Cenderung kepada perkara-perkara mudah.

Risiko mesti dielak. Harus nampak bijak. Andai ditegur kualiti kerjanya,

Ianya menjadi personal. Makan dalam kata orang sekarang.

Andai kita pemilik set minda tetap, hidup tidak beranjak.

Pegun. Play safe memanjang. Lebih selesa dengan rutin.

Kalau bekerja naik pangkat kerana faktor masa. Bukan prestasi atau upaya.

Penyakit mudah bersarang. Sebab stress memanjang.

Bagaimana mahu lenyapkan set minda tetap ini?

Tiga Tips Berikut Boleh Membantu.

1. Andai belum tahu atau pandai elakkan dari berkata “aku tak tahu” atau aku tak pandai”.

Tukarkan kepada “Aku belum tahu LAGI” atau “Aku belum pandai LAGI”.

Ini dinamakan The Power of YET.

2. Tuliskan perkataan negative yang selalu menjengah keluar.

Gantikan dengan perkataan-perkataan yang positif atau neutral.

Dari berkata “Aku tak boleh buat” katakan “Aku perlu belajar cara untuk buat!”.

3. Berkawan dengan orang-orang yang mempunyai set minda berkembang.

Kenapa perlu tukar? Otak menjadi tidak aktif.

Seperti gambar imbasan otak yang berwarna hijau yang disertakan. Merah lebih aktif. Lebih baik.

Mahu maju? Mahu hebat? Mahu sihat?

Mahu otak lebih muda?

Bertukar kepada set minda berkembang.

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Makanan Yang Pantang Pada Kulit

Perkataan Negatif & Otak