Minum Kopi Boleh Menyebabkan Osteoporosis?

Kepada ‘coffee lovers’ kat luar sana tu meh sini sat.

Nak tahu tak ?

Kerap ambil minuman atau makanan tinggi kafein.

Boleh tingkatkan risiko terkena Osteoporosis.

Osteoporosis penyakit di mana tisu tulang menipis, kurang padat, ringan, mudah rapuh dan mudah patah.

Bahaya menanti walaupun sekadar kemalangan ringan.

Seperti terjatuh, terpeleot, tersembam atau walaupun sekadar bersin.

Selain kopi. Kerap ambil minuman seperti teh / air bergas juga letakkan anda ‘at higher risks’ terkena Osteoporosis.

Kajian dalam Journal of Bone & Mineral Research (2020) dapati,

Kerap ambil kafein seiring dengan peningkatan usia menyebabkan pengurangan mineral tulang.

Faktor lain termasuklah:

– Merokok / vaping

– Stress kronik

– Kurang kalsium / vitamin D / vitamin K

– Kurang terdedah kepada sinar pagi

– Kurang senaman fizikal

– Kerap ambil makanan masin / awet

 

Jangan ambil ringan kerana Osteoporosis boleh ancam nyawa.

Osteoporosis juga penyebab utama kesakitan dan ketidakupayaan jangka panjang.

Adakah anda sanggup mengaduh kesakitan setiap hari?

Jadi, hadkan pengambilan minuman berkafein, masin.

Banyakkan senaman. Dedahkan diri kepada cahaya pagi sekurang kurangya 10 minit.

Jika minum kopi, sulam dengan air putih.

Contoh: 1 cawan kopi perlu disulami dengan 2 cawan air putih.

Dalam satu hari tu jangan minum bercawan cawan kopi.

1 cawan kecil kopi tanpa pemanis memadai.

Andai kata anda tak boleh ‘break-up’ dengan kopi.

Boleh begitu?

Anda Juga Mungkin Berminat

9 Kesan Cuaca Panas Pada Otak

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Scroll to Top