in

Cry Cute Love OMG

Dengan Gaya Hidup OCOC, Jane Kembali Ceria!

Jalan dari Wallan di Melbourne ke Seymour tidak sesak.

Lawan arus. Aku pula gunakan lebuhraya. Mudah.

Pagi itu aku masuk ofis seperti biasa. Sebelum 8:30 aku dah tiba.

Sambil menanti yang lain tiba, aku siapkan bilik untuk Conference Call.

Pintu utama bangunan menggunakan sistem magnetic.

Tepat 8:30 akan terbuka sendiri. Tetiba terdengar ketukan kuat dari luar.

Aku dan Mary si receptionist memandang sesama sendiri.

Aku katakan pada Mary cuba tengok siapa di pintu.

Ketika itu aku memangku jawatan sebagai Pengurus Klinikal sebab bos bercuti tiga bulan.

Mary akur dengan arahan.

Usai menjengok Mary kembali ke bilik aku. Katanya ada perempuan di luar klinik.

Nampak cemas katanya. Aku katakan pada Mary biar aku ambil alih.

Aku ke pintu. Aku bukakan pintu dan bertanya terus. Ada apa yang boleh aku bantu.

Jane, wanita berambut perang berpakaian ala korporat terus berkata

I need to talk to someone”. Aku angguk. Mengajaknya masuk ke bilik konsultasi.

Duduk sahaja Jane terus bercerita. Suaranya kuat. Rasanya boleh didengari di luar bilik.

Jane seorang yang cekap dalam kerjanya.

Cuma tingkahlakunya menyebabkan perbalahan antara dia dan rakan sekerja. Juga dengan suami, anak-anak dan keluarganya.

Asalnya Jane menganggap tiada apa-apa masalah dengan dirinya.

Menganggap dirinya betul. Orang lain lembab.

Sehinggalah berlaku pertengkaran besar dengan anak-anak dan suami menyebabkan dia sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya.

Kata-katanya berbau negatif. Bermasalah untuk fokus.

Tidur terganggu. Adakalanya rasa mahu terus tidur. Tidak mahu bangun.

Tiada selera makan. Badan semakin letih katanya. Ingatan makin buruk. Lupa menjadi perkara biasa.

Apa yang digambarkan oleh Jane menunjukkan tanda-tanda kemurungan. Perkara biasa dalam hidup manusia moden.

Ikut statistik, 1 dari 4 orang pernah mengalami kemurungan.

Antara sedar atau tidak sahaja. Yang kena biasanya kurang sedar.

Yang berada di sekeliling akan lebih terasa perubahan.

Seperti biasa, intervensi dicadangkan pada Jane setelah semua maklumat diperolehi.

Jane mahu berubah. Tugas menjadi mudah.

Perbincangan dengan Jane akhirnya membawa kepada Jane untuk bersetuju mengambil tindakan seperti berikut:

  1. Pengambilan supplemen St John’s Wort kerana Jane menolak ubat kemurungan.
  2. Perubahan diet biasa beliau kepada Brain-based Diet
  3. Kenalpasti ANTs(Automatic Negative Thoughts) dan cara mengatasinya.
  4. Menggunakan teknik Ketara Sedar atau mindfulness
  5. Membuat regim senaman baru
  6. Membaiki tidur beliau.

Jane ambil masa dua minggu untuk mula menikmati hidupnya yang hilang sebelum ini.

Anak-anak kembali mendekati Jane. Di wajah suami terukir senyuman kembali.

Cerita Jane mungkin cerita kita juga. Atau cerita saudara dan rakan kita.

Andai ada persamaan, dapatkan bantuan. Usah malu.

Ada jalan selesaikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 Cara Buat Otak Fokus & Tenang Ketika Solat

Yang Mana Satu? Talent Atau Latihan?